Hebatkah manusia ?


alkiramfx

Persoalan perbahasan aku hari ini adalah “Adakah manusia itu hebat”?

Kita masih ingat dlm sepotong ayat dalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya Allah s.w.t memuliakan anak Adam”

Sememangnya manusia adalah makhluk yang hebat ! manusia dalam bahasa melayu,Insan dan Bani Adam dalam bahasa Arab.Kenapa dipanggil Insan? Nukilan pendapat sesetengah ulama` mengatakan ia berasal dari kalimah bahasa arab NASIA [lupa] yang disimpulkan bahawa Nabi Adam a.s terlupa memakan buah larang semasa didalam syurga lalu Allah s.w.t mencampakkan ke muka bumi.Ini juga salah satu dalil bahawa Nabi Adam a.s memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan zikir.. Astaghfirullah Al-Azim Hu Wa Tawwabur-rahim.

Namun,dikatakan sifat manusia ini adalah pelupa…semakin hari semakin lupa..perbezaan otak kita juga jelas di zaman kanak-kanak dengan di era umur 20an ke atas.

Tapi aku mengatakan… bukan apa semakin hari semakin kita berdepan dengan masyarakat dan dunia persekitaran semakin kuat kita berfikir dan semakin banyak perkara telah masuk ke dalam otak..lalu otak sudah sarat dengan pelbagai masalah,tekanan dan membebankan..dan ia juga akan kondem atau weak..sama macam bateri. Tidak seperti zaman kanak-kanak hanya tiada fikir apa-apa..rutin kehidupan mereka hanya untuk bermain saja.

Kenapa.. ? kehidupan kita akan beza dari satu tahap ke tahap yang lain..dari bayi–kanak-kanak–remaja–dewasa–tua.

Bila lepasan kanak-kanak kita akan masuk alam remaja..pemikiran kita mula berubah sedikit demi sedikit..hinggalah dari zaman teruna atau dara kemudian akan bermula era “penyatuan” dengan nikah kahwin. Bermula ikatan keluarga..bila lahirnya cahaya mata atau zuriat kita…bermula membina kekeluargaan..apabila mempunyai anak..kita rasakan kehidupan kita berkitaran semula…

Hakikat manusia..lahirnya manusia ke muka bumi adalah fitrah dan suci…apakah yang dikatakan ia fitrah atau suci ? hatinya bersih dan suci…Otak pun suci dan ingatan pun kuat…

Menurut ulama` alam kanak-kanak di bawah 2 tahun..yang masih belum boleh bercakap…kita mendapati mereka ini kebiasaanya boleh gelak keseorangan dan menangis.Ketawa apabila mereka melihat perkara-perkara yang indah seperti melihat malaikat..dan menangis apabila mereka melihat perkara-perkara yang buruk seperti hantu atau jin.

Ini bermakna mereka tiada hijab atau dinding..mereka melihat dengan basirah atau hati dan diterima oleh Akalnya dan pancaindera seperti mata.Kenapa mata ? dari mata turun ke hati ?

Menurut ulama` lagi..apabila kanak-kanak itu boleh bercakap umurnya melebihi 2 tahun lalu Allah menghijabkan perkara2 aneh dan pelik yang dikurniakannya dan kita tidak dapat menceritakannya lagi..rahsia-rahsia tersebut.Kalau sebelum ini hanya diterjemahkan dengan senyuman,gelak ketawa dan tangisan.

Teringat pula satu kisah nukilan Aulia`..Ada seorang tua bertanyakan kepada seorang budak kecil..Eh..kenapa kamu tidak pergi bermain seperti kanak-kanak lain? Tengok tu kan kanak2 suka bermain dan bergembira saja..?[ Sambil menujukkan ke arah budak-budak lain yang sedang bermain…] Lantas budak itu menjawab ” Adakah Allah s.w.t menciptakan aku hanya untuk bermain-main…? Sedangkan aku melihat emakku semasa menyalakan api..dia menggunakan dan memasukkan kayu-kayu kecil terlebih dahulu apabila dia menyalakan api kemudian dimasukkan kayu besar…kemudian orang tua itu bertanya siapakah kamu ? saya Sidi Ali Zainul Abidin r.a [Ahli bait Rasullullah s.a.w]…kemudian orang tua itu berlalu pergi..Kesimpulannya..fikir-fikirkan !

Yeeaaah ! Manusia memang golongan makhluk yang hebat..yang dijadikan dari Ma`In Mahiin [Air yang hebat dan bermanfaat kepada orang lain] bukannya air yang jijik sebagaimana fahaman sesetengah orang. Dalam kaedah bahasa Arab satu-satu kalimah itu ada perbezaan dari segi makna..Kenapa bukan air yang jijik sebagaimana orang melayu kita pakai ? Hakikatnya NASSUN SAHIH WA FAHMUL KHATI` Nas sudah betul tapi kefahaman itu silap ! [Ini adalah salah satu masalah umat Islam hari ini]

Kenapa ?!!!

1-Buktinya ada manusia itu menjadi seorang pemimpin hebat ! saudagar hebat ! pelajar hebat ! hacker hebat ! mendaki gunung everest ! hebat membuat duit ! hebat cari duit ! segala2nya macam kehebatan manusia adalah terselah !

2-Kalau kita mengisi apa-apa borang dalam bahasa arab kita…kita akan isi nama,alamat dan sebagainya kemudian ada ruangan dipanggil MEHNAH [Occupation/Pekerjaan] Ini jelas menunjukkan air yang boleh membuat kerja dan hebat !

3-Makna air itu dalam Al-Quran disebut bermacam-macam..antaranya…air yang diminum [ma`in tashrabun],air yang keluar dari sulbi [mina sulbi wa taraiib]

Bagaimana pula ayat yang bermaksud ” Wa Ja`alna minal maa` Kulla Syain Hayy” Dan kami jadikan daripada air sesuatu itu hidup ! dengan makna sesuatu itu adalah semua makhluk termasuk jin dan malaikat. Benarkah Allah menjadikan daripada air itu semua hidup ? Adakah malaikat atau jin minum air ia boleh hidup ? adakah ikan di sungai atau dilaut meminum air ia boleh hidup ? Ini jelas menunjukkan bahawa maksud Maa`[air] adalah RUH..!!

Sebenarnya aku tidak menolak mana-mana pandangan mengikut tafsiran ulama-ulama atau agamawan lain..Pandangan aku mengikut syeikhku..aku mengakui BETUL tetapi mengandungi NAAQIS [kurang] sebab ayat al-quran itu sendiri mentafsirkan maknanya tersendiri itulah mukjizatnya wahyu allah.

4-Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi s.a.w mengatasi Malaikat saidina Jibril A.s dimana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan malaikat dijadikan daripada nur..]

Kesimpulannya..manusia adalah HEBAT ! walaupun tahap kedudukan manusia adalah neural antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari binatang !…sehingga ketemu lagi..dilain episod…

==Aku hanyalah untuk berkongsi ilmu dan menyampaikan dari ilmu Sidi Syeikh Mukhtar Ali Mohammad Ad-Dasuqi r.a

===Aku adalah seorang yang jahil semuanya milik engkau Ya Allah…Ya Allah Ya tuhanku lindungilah diriku dari mendakwa diri dengan kehebatan ilmu…kepada engkaulah aku akan dikembalikan.

cari duit

Posted on June 13, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: