Gara-gara kes duit pelajar kena tikam


Penulis mendapat berita dari beberapa teman dari Mansurah dan Cairo.

Seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Dari Terengganu) telah meninggal dunia pukul 1 pagi malam di hospital Dauli Mansurah akibat cedera parah.

Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam hari rabu 13 Jun di sebuah rumah pelajar Malaysia berdekatan dengan pasar di Dirasat, Mansurah.

Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dari belakang dengan kayu penyapu dan bergelut sehinggalah mencapai pisau ditetak seluruh badan dengan menggunakan 3 bilah pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli.

Mangsa yang ditetak bertalu2 terus lari ke balkoni dlm keadaan berlumuran darah dan disedari oleh sebahagian arab di pasar apabila mangsa keluar dibalakoni.

Maka arab tempatan yang nampak bergegas naik ke atas rumah pelajar melihat mangsa terbaring berlumuran darah dan pelajar msia lain disisinya berlumuran darah. Arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital Dauli.

Mangsa sedar kira-kira jam pukul 10 malam dan ditanya sebab apa suspek bertindak begitu; dia menjawab: “Dia tu gila” kemudian dia dibawa ke ICU memandangkan keadaannya hampir nazak.

Pihak Kedutaan Malaysia Di Kaherah sampai kira jam 2 pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.

Mangsa adalah pelajar tahun 3 Kuliah Usuluddin jurusan tafsir Universiti Al-Azhar Mansurah yang datang tahun lepas muadalah KUSZA .

Suspek bukan saja menikam dan terus meninggalkan tempat malahan dia kerjakan sehingga daging dibahagian lengang kelihat tulang dan tempat yang teruk adalah di bahagian kepala kesan tetakan.

Menurut pelajar lain sebelum ini, suspek tersebut memang ada kes juga dengan beberapa pelajar lain dan pernah kena pukul dengan dia.

Menurut sumber, suspek adalah pelajar Malaysia dikenali sebagai Mohd.Siddiqi yang datang ke Mesir pada tahun 2004 dengan menggunakan Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM dan pernah pulang ke tanah air tahun lepas kerana didesak oleh keluarga disebabkan dia mengalami masalah tekanan jiwa .

Kemudian dia datang kembali setelah pulang dari Malaysia kerana dia mengalami tekanan dengan masalah keluarga adik kesayangan keluarga meninggal dan keadaan keluarga yang hilang punca.

Dia yang dikatakan suka bergaduh- gaduh dan pantang ditegur walaupun dengan arab sendiri,walaupun sebelum ini dikatakan pernah ditahan ke dalam jail bawah tanah kerana bergaduh dengan arab.

Menurut cakap-cakap pula, beliau dikatakan ada berurusan perniagaan dengan arab tempatan dalam berniaga line telefon bimbit dan juga kad pra-bayar telefon ke Malaysia dengan menggunakan internet atau VOIP dan tekanannya juga terbawa-bawa dengan kes kena tipu oleh arab dalam urusan perniagaan melibatkan ribuan pound Mesir.

Setakat ini penulis menyimpulkan bahawa kejadian ini adalah berpunca dari kerana masalah duit dan tekanan jiwa.

Pada asalnya dia disyaki untuk cuba membunuh rakan serumah tetapi gagal kerana rakannya tiada dirumah.Secara tiba-tiba mangsa tersebut dijadi tempat lepas geram.

Punca kes kejadian sebenar masih lagi disiasat selanjutnya dan suspek masih lagi ditahan oleh pihak polis Mesir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa Muhammad bin Ishak -Al-Fatihah.

muhammadishaq.jpg

Muhammad Bin Ishak (mangsa)

Sumber rujukan antaranya http://akhisalman.blogspot.com dan cakap-cakap.Siasatan masih berjalan untuk mengetahui kejadian punca sebenar.

cari duit

Posted on June 13, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: