Senangkah hidup ini…


Sukarkah atau mudahkah membanting tulang empat kerat dalam menempuhi dunia perniagaan ?

Bukan senang nak senang,hanya mimpi saja yang boleh menyenangkan kehidupan kita…bagaimana sekiranya kita berada dalam”golongan bawahan”.

Dunia sebagai tempat menghasilkan atau ladang dan perantaraan untuk ke alam kekal pelbagai onak dan duri arus ditempuhi.

Kehidupan semakin hari semakin rumit dan payah sekiranya tanpa berbuat sesuatu yang produktif.

Nah..dunia peniagaan adalah satu cabaran hidup bagi mereka yang telah melaluinya ! jatuh bangun adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.Semakin hari semakin kompleks kehidupan..kos hidup semakin hari semakin tinggi..apakah yang susut ??? duit sentiasa diperlukan dan sentiasa dicari..alamak mati pun kena pakai duit lagi masa sekarang ni..hanya nafas yang masih lagi percuma ! Alhamdulillah..

Semua orang boleh berkata-kata apabila mereka sudah berduit sehingga menjadi lebihan..tetapi sejauh manakah kita memandang ke bawah..!

Semakin hari berbagai jenis cara untuk cari duit..duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit..kejap ada kejap tiada..kejap penuh kejap susut..itulah yang dikejar ada yang dapat dan ada keciciran.

Apabila kita berada di negara yang aman kita rasa bersyukur dengan apa yang ada.Tetapi bagaimana kita menginsafinya dengan melihat dunia yang penuh penderitaan,ketangisan,kebuluran,peperangan,kekacauan dan sebagainya.Sejauh manakah kita menilai…

BERSAMAMU salah satu program yang menyorot mereka yang kurang bernasib baik ! tetapi bagaimana kita ingin membantu sekiranya sendiri cukup-cukup makan..alangkah baiknya pemimpin atau golongan yang berada mendahului untuk turun BERSAMAMU membantu mereka sebagai perangsang dan dikongsikan bersama..bagaimana mereka menjadi kaya..? nasibkah..rezekikah…kenapa tidak mahu bersama untuk membantu dan membangunkan !

cari duit

Hadis riwayat Syaikhani melalui Abu Hurairah r.a.

 

 

Apabilah seseorang di antara kalian melihat orang lain memiliki keutamaan dalam hal harta benda dan rupa lebih darinya, maka lihatlah orang yang lebih rendah daripadanya.

Posted on June 12, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: