Pelabur digesa henti akses laman web


SURUHANJAYA Sekuriti (SC) mengingatkan pelabur di negara ini supaya tidak menyertai sebarang skim pelaburan internet yang tidak sah, walaupun mereka masih boleh mengakses laman web berkenaan di negara lain.

Dalam satu kenyataan semalam, SC berkata pihaknya akan bertindak menyekat akses kepada laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah bagi mengelakkan penipuan bermula 1 Jun ini.

“Pelabur dinasihatkan untuk memeriksa status lesen mana-mana skim pelaburan yang ingin dilabur dengan pihak berkuasa tempatan atau asing,” katanya.

Suruhanjaya berkenaan turut memberi amaran kepada pengendali skim pelaburan tidak sah untuk mengambil langkah menyekat laman web mereka secara berterusan.

Kenyataan itu turut menafikan ada mengeluarkan perakuan kepada beberapa syarikat pelaburan internet bahawa mereka tidak terbabit dengan siasatan seperti yang dinyatakan dalam laman web mereka.

“Kenyataan ini adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan untuk berpandukan kepada senarai pelesenan yang terdapat menerusi laman web www.sc.com.my,” katanya.

Dalam pada itu, SC turut mengingatkan pelabur bahawa pelaburan menerusi pihak tidak berlesen tidak mempunyai perlindungan di bawah undang-undang sekuriti.

Katanya, pelabur yang disabit salah boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain menyekat laman web, SC akan mengambil langkah membanteras aktiviti pelaburan haram, termasuk tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen,” katanya.-Sumber Berita Harian

Posted on June 7, 2007, in Investment Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: