Heboh cari duit


haa..sejak 2 menjak ni aku hanya cite pasal topik heboh cari duit je ni..sebenarnya tak ada apa sangat saje boring ni..kalau orang dulu cari duit sampingan dengan bermain kutu dikampung-kampung secara kecil-kecil lepas tu heboh pula dengan skim cari duit berkonsepkan pakman telo yang kutip duit tanpa lesen…kemudian heboh lagi dengan menggunakan kaedah Piramid atau MLM dan sebagainya…kini pula orang cari duit dengan pakai internet..dengan gegarnya jual duit dinar iraq le..skim pelaburan internet dan sebagainya.

Macam-macam konsep dan macam2 cara direkacipta untuk mendapatkan duit sekarang ni..modus operandinya adalah lebih kurang sama dan memastikan duit itu berpindah randah.Tak mau nampak sangat jual barang so,duit tu bertukar dengan barang.Lepas tu jual produk lain pula.

Sejauh manakah berjayanya orang zaman sekarang buat duit dan cari duit ? Dan sejauh manakah kita sebagai pengguna bijak menjimatkan duit ? Dunia semakin hari semakin itulah orang perlukan duit banyak dan bagaimana pula cerita orang kaya terus kaya dan orang miskin tetap miskin.Mana sederhana atau atas pagar pula bagaimana?

Kalau di negara2 yang miskin atau sederhana dibeberapa negara Afrika seperti Somalia ke Utopia pula bagaimana dengan nasib mereka ?

Sebut pasal kutu ni aku teringat di Mesir , setelah dimasuk ke kampung-kampung arab mereka juga ” main kutu ” mengikut kadar tertentu kebiasaanya terdiri dari kaum kerabat dia.Maknanya lebih kurang sama je kat kampung aku dulu2.

Mereka juga suka membuat perkongsian dalam pelaburan seperti perumahan dan perladangan.Itulah tautan antara kaum kerabat mereka adalah kuat,sebab tu lah arab ni dari dulu lagi terkenal dengan kabilah atau kaumnya.Mereka bangga dengan kaum kerabat mereka dan saling jaga menjagai.Teramat mengaibkan kalau ada dikalangan mereka itu suka mencuri.

Sepanjang aku dikampung arab dulu,masalah sosial seperti mencuri ni jarang berlaku dan benda ini adalah mengaibkan mereka.Tapi kalau di bandar-bandar itu kebiasaanlah seperti gak negara kita.Kehidupan di bandar berlainan dikampung, semuanya kos hidup adalah tinggi.Semua orang perlukan duit tambahan bagi menampung situasi sedemikian.Dari yang skit nak bagi jadi banyak..dari yang banyak inginkan bertambah lagi..hakikatnya tak de duit ni kawan pun tak de ? itu susah hidup bagaikan penjara ! Allah Maha Kaya..rezeki ada dimana2 saja…ada orang kata ulat dalam batu pun boleh hidup ! Jadi topik ini berhenti memikiran bagaimana cara cari duit ?

belajarforexmarketiva

Posted on June 5, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: