duduk diam-diam dapat duit


Duduk diam-diam dapat duit ? eh biar betul..! tapi yang aku tahu adalah duduk diam cari duit …cari duit secara duduk diam-diam je atas kerusi depan pc . Mungkin ada power juga kalau duduk diam dapat duit ni ! sejauh mana kebenarannya ?

Ada terbaca dalam blog sebut pasal cari duit dengan program 5D,so aku teringat kisah dulu ada beberapa teman mengajak aku menyertai program 5 D atau lebih terkenal dipanggil Duduk Diam-Diam Dapat Duit.

Memang hebat promosinya dengan “kuasa mulut” ibarat “bijak menarik duit dari poket”.Aku pernah terkena dulu 2 tahun lepas dengan program-program yang bercambah tumbuh masa itu..Modus operandinya adalah skim MLM dan Matrix atau ponzi.

Kecairan mereka dengan kuasa mulut memang mematahkan hujah akhirnya terkena juga aku.Program ini dengan mendepositkan wang dan mereka akan gunakan untuk berniaga kononnya.Akhirnya dapatlah terima bayaran bulan pertama pastu hilang cam tu saja.Entah kemana ngan tukang promote tadi.

Pada asalnya aku bukannya berminat dengan program2 macam ni..aku dah banyak kaji dan baca ke sana sini..bukan rezeki aku..nak buat macamana..apapun hidup mesti diteruskan untuk cari duit dengan mencari ilmu pengetahuan,bermacam-macam orang dibincangkan diforum..hasil kajian aku rupa-rupanya benda ini memang kekadang asal daripada mat salleh kat internet,kemudian keluar secara offline diluar sana.Ia bermula dari internet terlebih dahulu.

Seperti juga swisscash,abbfund atau empay ke dan sewaktu dengannya memang heboh kawan-kawan aku dok cerita kat luar padahal aku dah tahu kat internet.Ia mengambil sedikit masa untuk sampai ke luar..Itulah hebatnya kuasa internet pada hari ini mengemparkan dunia perniagaan.Bagaimana status program tersebut..? Aku pun malas nak cerita..!sebab program tu memang sesuai untuk orang tak mahu berusaha.

Apa yang dapat disimpulkan kita mesti tahu dan mencari peluang terlebih awal sebelum orang diluar sana mula melakukan.Bermacam-macam maklumat boleh diperolehi disini.Tapi sejauh manakah kepekaan kita ? kekadang program itu telah berjalan kat internet hampir 2 atau 3 tahun baru tahun ini orang luar mengemburkan dan menghangatkan.

Jenis program 5D ini aku pun bingung kekadang…sekali difikirkan tak logik dek akal..duduk diam dapat duit..itulah method yang digunakan.Apapun sebelum nak masuk kita mesti ada duit dulu..dan bersedia untuk labur dan lebur.!

Sebelum terkena lagi..! beringatlah kita boleh bawa berbincang secara rasional melalui komuniti atau forum yang terdiri dari mereka-mereka berpengalaman.Jangan Jadi Pak Turut dengan orang diluar sana ! kaji dan fikir2kan dulu.Kuasa terletak dijari anda.

Aku mengambil satu contoh orang yang ” cari duit dengan dinar iraq ” dengan menjual dan membeli dinar iraq pada sewaktu dulu..perbincangan di forum memang pro dan kontra juga masa itu..dan heboh diluar sana orang mempromote ke sana sini beribuan modal dikeluarkan untuk beli dan jual dinar iraq !Bagaimanakan statusnya sekarang..!aku telah tahu dari 2 tahun lepas lagi yang mat salleh menjual kat stormpay dan website2 mereka..mengambil masa dalam 6 bulan atau setahun untuk terus merebak diluar sana.Tulisan aku tahun lepas https://lebah.wordpress.com/2006/12/01/heboh-tentang-dinar-iraq/

Jangan buang duit begitu saja !lebih baik membeli ilmu terlebih dahulu!kekadang kita berkira dari segi “beli ilmu” untuk cari duit .

Tak ada orang belajar semua percuma.Dari tadika ke university..semuanya pakai duit.Kalau dah kita dapat percuma2 ni kekadang kita tidak mengambil berat dan tidak menghargai sekaligus menganggap benda itu tidak bernilai.

Kesimpulannya program 5D ini adalah jenis permainan ponzi atau money games atau duit berpusing dan ia boleh dikatakan sebagai kutu yang orang-orang tua kita main dulu2.

Tiket Penyertaan

Cabaran WangCyber: SEO Contest for Keyword Cari Duit

“Laman ini sedang bertanding bagi keyword ‘cari duit’, anjuran WangCyber.com – Komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Ditaja oleh BuySignal.Net – Komuniti Trader Malaysia.

Bersempena pelancaran ebook ‘Panduan Maybank2u.com Online Stocks’“.

Posted on June 4, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: