Cari duit tanpa batasan ?


Kerja untuk cari duit atau cari duit untuk bekerja ? Macamana aku nak bahaskan ? Aku berpendapat keduanya berkitaran dan berkaitan rapat.Mengapa ! Mula-mula kita kerja kemudian menghasilkan duit dan disimpan sedikit demi sedikit lama jadi banyak.Setelah banyak kita menguruskannya dengan baik dan cermat dilaburkan di unit-unit amanah atau membeli saham-saham yang ditawarkan secara sah seperti ASB,KWSP,ASN,ASW atau memiliki hartanah,menyewa rumah kemudian menyewakan kembali.Itulah yang dikatakan membuat dan mencari kaedah bagaimana duit pula bekerja untuk kita kerana semakin banyak wang tersebut dilaburkan atau dikongsikan kepada pemegang amanah dalam saham kita mendapat keuntungan yang menarik lagi.Istilah yang sering digunakan adalah make money dan money maker?

Oleh itu,dalam perniagaan kita perlu mencari duit untuk membuat modal dan bila dah berkembang perniagaan tersebut dan mempunyai rangkaian yang pastinya duit juga sedang bekerja untuk kita.Kalau tokey cina kata tidur pun dikatakan rugi.Betapa besarnya kuasa duit tersebut.

Melihat dari sudut trader FOREX pula kita melihat mereka memerlukan jumlah wang yang besar untuk dijanakan dan dikembangkan lagi,sebab nilai matawang sesebuah negara adalah berbeza-beza mengikut kemajuan negara tersebut tercapai termasuk kerancakan industri-industri pembuatan untuk menghasilkan satu-satu produk agar berlaku import dan eksport antara satu matawang ke satu matawang lain.Dari mana timbulnya peridustrian tersebut ? semestinya adalah hasil daripada bahan-bahan yang Allah anugerahkan kepada negara-negara tertentu seperti tanaman,perternakan dan sebagainya.

Walaupun kita lihat sumber petroleum adalah satu bahan yang terpenting dalam hidup untuk menggerakkan manusia bekerja mencari duit.Hikmah yang paling tidak tolak bandingnya dengan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t mengurniakan minyak petroleum di negara-negara Islam untuk menyenangkan umat Islam itu sendiri untuk mengabdikan diri kepada-Nya.Dunia adalah syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang Islam !

Orang barat begitu cemburu dengan orang Islam telah memikirkan bagaimana nak cari duit untuk bangsa mereka.Dengan akal yang Allah berikan kepada mereka juga dapat bangkit dengan kuat untuk membina tamadunnya tersendiru dan menjajah negara-negara yang mereka nampak dan kaji dimanakah negara yang paling banyak hasil bumi terutamanya emas.Ini menunjukkan mereka sebenarnya mengkaji kitab-kitab orang Islam.Bahawa emas adalah antara sesuatu yang amat berharga dan bernilai sebagaimana yang digunakan dalam pertukaran emas dengan emas atau lebih dikenali sebagai dinar emas.

Orang barat menjelajah beberapa negara orang Islam seperti Mesir,Indonesia dan termasuk negara kita juga pada masa dulu.Mereka mempunyai cara tersendiri samada menggunakan kekuatan persenjataan,media dan politik untuk menawan negara-negara yang mempunyai emas dan secara tidak langsung mereka bawa balik ke negaranya dan disimpan untuk kegunaan masa akan datang sehingga ke hari ini.Negara manakah yang paling banyak simpanan stok emas ? Tentunya terdapat dinegara barat kemudian dinilaikan dengan wang kertas yang digunakan oleh kita sekarang.Aku masih teringat masa kecil-kecil dulu orang tua kata simpan duit tu..ada EMAS ! tengok tu kat duit tu..ada benang emas ! hahaha..itulah maknanya duit itu bernilaikan emas !

Oleh itu,sekarang matawang yang digunakan secara meluas dari satu negara ke satu negara adalah Dollar Amerika atau ringkasnya USD.Kalau anda ingin ke luar negara mesti tukarkan dari RM ke USD kan..Amerika semuanya dia mahu kontrol..nak cetak wang kertas banyak-banyak pun boleh tu..dari sudut ekonomi mereka bukannya ada hasil bumi yang sangat bernilai dan mereka bukannya ada produk-produk jualan tertentu pun…kebanyakkan kita pakai made in china,korea,taiwan dan jepun ada lah..sebab tu mereka sentiasa memikirkan idea-idea baru dalam dunia perniagaan apa yang aku nampak Internet yang paling hebat mereka buat untuk mempercepatkan dunia bisnes.Pelaburan dalam membangunkan dunia internet mereka pada asalnya juga mencapai bertrilion dollar untuk merentasi alam dunia masakini.

belajarforexmarketiva

Kini internet kita tidak dapat dipisahkan dengan dunia realiti!sesetengah orang menganggap tidak selesa hidup tanpa internet.

Kini internet digunakan secara meluas tanpa had dan sempadan.

Kini internet juga digunakan untuk cari duit !Semuannya pakai internet samada untuk organisasi,perniagaan,pendidikan dan sebagainya.Setiap hari ada saja benda baru dan ledakan maklumat yang begitu pantas bergerak.

Setiap hari,minggu dan tahun ada saja program-program baru dikemaskinikan dengan versi-versi yang terbaru.

Kalau orang dulu meneroka tanah dari satu kawasan ke satu kawasan untuk membina penempatan dan beranak pinak tempat mana yang sesuai untuk tinggal kemudian dijadikan kampungnya..kalau kita lihat dikampung-kampung kebanyakkan mereka mempunyai hubungan pertalian yang dekat di antara satu sama lain.

Namun,ketika itu siapa bekerja kuat dia akan memiliki tanah dan menandakan kawasannya dan hasilnya kini dapat makan untuk anak cucu dan cicitnya.Di zaman anak cucu dan cicit mereka pula sering menjual tanah untuk mendapatkan duit.Bagi yang bijak orang tua mereka menukarkan atau menjual tanah untuk menyara kos pengajian anaknya..ini berlaku pertukaran tanah dengan ilmu ! bagi yang berpandangan jauh mengatakan bahawa bila anaknya berilmu pastinya tidak mengalami kerugian.

Kita lihat sekarang perkembangan ilmu begitu cepat dan pantas bergerak.Malahan ada juga berlaku ketidakurusan hartanah tersebut menyebabkan mengalami kerugian kerana kegagalan ibubapa memberi pendidikan yang terbaik kepada anaknya dan berlaku penjualan atau pengadaian.Terdapat juga sesetengah mereka yang membahagikan harta pusaka yang tidak mengikut hukum agama atau hukum harta pusaka dan berlaku pergaduhan..tidak bertegur sapa..putus hubungan kekuargaan..buat ubat..santau dan sebagai kerana sifat dengki dan dianggap tidak adil dan tidak puashati.

Walau bagaimanapun,kerja cari duit ni sebenarnya memang dah menjadi aktiviti manusia untuk mencapai dan memenuhi kehendak dan keperluan harian.Bilakah pula akan sampai masanya untuk menantikan duit pula bekerja untuk kita ?Dimana usaha kita disitulah hajatnya sampai..!Bagaimana kita merancang dan mengurusnya dengan baik tidak mustahil sampai jua masanya bukan hari ini mungkin esok atau kemudian hari !Kalau aku menceritakan tentang kekayaaan setiap orang mempunyai perancangan dan pengurusannya tersendiri tapi sesetengah yang aku lihat diluar sana mereka menganggap kaya ini mempunyai kereta mewah atau besar..dan rumah besar ! Tapi ada juga yang kaya pakai kereta biasa-biasa sekadar memenuhi keperluan saja kerana mereka menganggap membazir membeli kereta mahal yang semakin susut nilai yang akhirnya menjadi besi buruk,lebih baik mereka mencapai target tertentu dengan membuat simpanan di unit amanah yang dijamin oleh kerajaan seperti ASB atau mutual fund dan lebih suka memenuhi ASB atau misalnya sehingga mencapai had maksimum ASB untuk dirinya dan isterinya [yang maksima simpanan ASB bagi setiap individu adalah $200,000.00] dan juga demi anak-anaknya untuk digunakan oleh mereka dapat ditukarkan dengan ilmu dan dijamin tidak rugi !Dan terdapat juga yang alirkan duit mereka ke bidang pelaburan hartanah.Kita ketahui bahawa harga hartanah akan meningkat nilainya setiap tahun yang akan memberi double impact kepada nilai aset dan membuatkan kita akan semakin kaya !

Ada juga terdapat jutawan yang memakai kereta lama saja.Bila ditanya kenapa tidak tukar kepada kereta yang lebih mewah ? Jawapannya adalah mudah saja..katanya,dia hanya akan membeli kereta mewah jika sasarannya memiliki sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan lot kedai tercapai pada tahun ini saja..[buat masa ini dia sudah memiliki 10 buah rumah dan lot kedai] tidakkan anda merasa malu disaat itu anda berkereta yang elok sikit daripada beliau jika situasi kita sekarang ini adalah berlagak dengan kereta mewah saja ! tapi hutang !

Aku pernah memasuki kursus dengan usahawan melayu yang berjaya dalam perniagaan pemakanan.Kalau anda ingin mewah dan kaya kita mesti melakukan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan atau sampingan.

Sekiranya anda bekerja makan gaji ! Kalau anda ingin terjun terus dalam bidang perniagaan memang sangat digalakkan..Allah itu Maha Kaya..tidak berkurangnya rezeki seseorang itu dengan sebab ada persaingan dalam perniagaan.Jangan ada sifat dengki dan tamak ! 1/10 adalah rezeki itu bersumberkan perniagaan.

Nah sekarang ! tiba masanya anda memulakan perniagaan diinternet..jangan buruk sangka !cari maklumat terlebih dahulu !atau dapatkan khidmat nasihat dari orang yang berpengalaman dalam dunia perniagaan di internet !Malaysia sudah ada jutawan internet yang terlibat secara langsung dalam bidang ini.Nama Dr.Irfan Khiari adalah yang tersohor dalam bidang ini.Kini telah ramai usahawan-usahawan internet dengan mencipta dan menghasilkan idea-idea baru dalam perniagaan..

Cari duit dan buat duit istilah yang sering diperkatakan di dunia internet hari ini.Jika kita mahu menjadi kaya seharusnya mempunyai perancangan dan prinsip yang telus agar matlamat tercapai.Pelaburan memerlukan pelan dan perancangan serta pengurusan yang baik.Tanpa pelan dalam sesuatu perkara kita gagal kerana berlaku ketidakstabilan.Walaupun kita memperolehi wang dan harta yang banyak pun sukar nak jadi kaya.

Bagi pembaca laman ini jangan mudah mengondem..hakikatnya di internet memang boleh buat duit dan cari duit samada secara sambilan atau sepenuh masa.Banyak peluang yang boleh dibuat dan dirembat dengan pantas seperti kilat !

Rugi benar rasanya sesiapa yang tidak mahu..Apakan daya rezeki masing-masing,mereka tidak mahu..biarlah.Kebanyakkan dari golongan yang tidak mahu ini,hanya tahu mencebik,mengata.mengondem dan mengada-ngada sahaja.Anda bertuah berada termasuk didalam golongan yang terang mata hatinya dan dapat melihat sesuatu yang ramai orang tidak nampak iaitu di internet juga lubuk duit ! Ramai yang melihat,tapi tidak nampak !Kenapa dan mengapa ! Anda harus menggalinya sehingga mencapai sasaran anda bagaimana buat duit di internet ! rujuk saja di http://wangcyber.com perbincangan dan perkongsian maklumat begitu luas untuk mendapatkan ilmu percuma ! jom cari duit tanpa batasan dan jarak ! Dimana ada orang disitu ada duit dan memang cari duit dan buat duit. !

 

Tiket Penyertaan

Cabaran WangCyber: SEO Contest for Keyword Cari Duit

“Laman ini sedang bertanding bagi keyword ‘cari duit’, anjuran WangCyber.com – Komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Ditaja oleh BuySignal.Net – Komuniti Trader Malaysia.

Bersempena pelancaran ebook ‘Panduan Maybank2u.com Online Stocks’“.

Kumpulan ini di sertai oleh beberapa usahawan internet masakini:

1-Ambsmart – http://www.ambsmart.com
2. Amanz – http://blogcariduit.blogspot.com
3-Haris – http://zubaralhadid.blogspot.com/
4-Cyber boyz – http://www.cyber-boyz.com

Saat ini aku harus terima cabaran ini :

cari duit

Neuimex Forex Trading

Posted on June 3, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: