celik cari duit


Tiket Penyertaan

Cabaran WangCyber: SEO Contest for Keyword Cari Duit

“Laman ini sedang bertanding bagi keyword ‘cari duit’, anjuran WangCyber.com – Komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Ditaja oleh BuySignal.Net – Komuniti Trader Malaysia.

Bersempena pelancaran ebook ‘Panduan Maybank2u.com Online Stocks’

Bukan senang cari duit dan memang begitu kompleks bagi anda yang masih baru untuk mencari duit dan membuat duit di internet seperti cetakan wang kertas kalau tanpa ILMU dan Pengetahuan yang cukup untuk mengendalikannya dengan lancar.Dan ia akan menjadi lebih mudah sekirannya anda berusaha bersungguh tanpa jemu dan ingin mencapai sasarannya.

Apa yang dapat aku dapat lakarkan yang menjadi kemestian ialah :

1- Anda mesti tahu menggunakan komputer dan kelengkapnya.

2- Anda mesti tahu dengan internet termasuk internet banking,e-matawang

3- Anda mesti rajin membaca,mengali dan mengkaji.

4- Anda mesti tahu membuat blog atau web.

5- Anda mesti tahu pelbagai bahasa selain bahasa melayu.

6- Anda mesti selalu masuk forum untuk berbincang.

7- Anda mesti tahu bagaimana melakukan promosi.

8- Anda mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh.

9- Anda mesti berkongsi-kongsikan maklumat yang anda perolehi.

10- Anda mesti kikiskan sikap tamak dan haloba.

11- Anda mesti bersabar dan jangan putus asa sehingga tidak berjaya.

12- Anda mesti mencari idea-idea baru untuk dikongsikan dan dibincangkan.

Kemestian tersebut tidaklah tertakluk kepada mana-mana individu.Itu adalah garisan kasar aku.Setiap orang ada pelbagai cara untuk cari duit kat internet ni.

Kalau bercakap pasal duit sapa tak mau..kalau tanya orang gila pun masih kenal lagi duit! Duit…Duit..Duit Dimana Kamu Duit..!Hakikatnya duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit.Duit sering berpindah dari individu ke satu kelompok dan dari satu negara ke satu negara.

Kenapa aku perlu duit ? lakaran aku yang tak seberapa hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dan pengembangkannya agar ia terus bercambah dengan membahagikan kepada 2 perkara dalam hidup.

Pertama : Aku perlu memerlukan pengaliran duit

Kedua : Aku perlu ada wang beku.

Apakah duit yang mengalir?

Duit yang dikira sebagai setiap hari diperlukan untuk kegunaan keperluan hidup seharian yang mesti dibebaskan..pakai komputer mesti guna elektrik..pakai air pun kena bayar..pakai tepon pun kena bayar…hidup mesti makan dan minum..paling kurang pun dalam seharian sekurang-kurang duit akan mengalir keluar sebanyak RM50 termasuk itu semua !

Oleh itu,dalam seharian kita tak terlepas dengan benda-benda yang dikira MESTI diguna pakai..dunia semakin hari semakin kompleks dan mencabar dengan kepelbagaian teknologi dari situ aku terpaksa fikirkan bagaimana untuk membebaskannya dari belenggu tersebut agar ia kembali kepangkuan !

Apakah pula yang dikatakan duit beku ?

Duit tu beku ke ? Aaargg…duit beku yang aku maksudkan adalah yang dikira sebagai hasil pendapatan bulanan kalau kita bekerja dengan orang atau makan gaji sekurang2nya kita boleh membuat tabungan.

Pandanganku, ’seandainya’ aku bekerja makan gaji atau tidak tahu bagaimana duit bekerja untuk aku semata-mata bergantung harap kepada gaji bulanan sememangnya tidak mencukupi pada dunia hari ini..ada benar juga mengatakan bahawa makan gaji hanya untuk keperluan hidup saja…kecualilah orang yang berpendapatan besar kiranya wang bulanan tak abis nak makan dan boleh simpan..kalau semua dalam hidup kita ini adalah bergantung kepada wang pinjaman semata-mata..rumah,kereta dan sebagainya..sehari suntuk memerah keringat bekerja untuk itu saja membayar segala pinjaman kita..adakah kita tergolong dalam kebebasan kewangan?

Kalaulah macam aku ni pula macamana ya ? pendapatan yang tak seberapa..nak berniaga tak pandai,tak reti nak cari peluang,tak ada idea..bla..bla..bla…elektrik semakin naik,harga petrol pun naik,boleh dikatakan tak de lah yang turun dah sekarang ni kecuali air hujan dari langit..nak tak nak terpaksa rebut juga peluang cari duit agar kita tidak ketinggalan mengikut arus perdana..

Jadi aku terpaksa meredah dan meneroka di dunia internet yang bergitu berliku-liku ini..di alam pribumi semuanya hak milik orang dah..aku apa yang ada hah?

Arrrggg..kekadang membosankan..bila hutang keliling pinggang..hidup bagaikan dalam penjara..Justeru itu,aku perlu gali dan cari dari masa ke semasa agar hidup aku bebas dari belenggu hutang..freedom financial itulah cita2 dan harapan aku untuk diterjemahkan disini dan merubah hidup agar hidup mesti bebas dari hutang. Bukan setakat senang bahkan lenang juga adalah harapan.

Bagi yang faham dalam tulisan aku ini adalah mereka yang tergolong dalam orang yang “celik buat duit” yang tidak faham dan tak reti apa maksud aku ni bukan kuasa aku untuk memahamkan sebab allah mengurniakan kefahaman mengikut kadar atau tahap seseorang.Sebagaimana kefahaman yang allah campakkan kepada Nabi sulaiman a.s berbanding dengan Nabi Daud a.s ketika menghadapi kaum masing-masing.Begitu juga kefahaman bagi Saidina Khaidir A.s dengan Nabi Musa A.s dalam memberi kefahaman tentang kelakuan yang ditunjukkan oleh Saidina Khaidir a.s kepada Saidina Musa a.s ketika mereka bersama dalam menghadapi kaum-kaum mereka.

Oleh itu,membaca dan meredah itu bukannya rugi untuk mempelajari bagaimana cari duit.Masalah yang rugi adalah orang yang malas dan tidak mahu membaca ! Bacalah…! Apakah yang ingin dibacakan ? Bila dikatakan sedemikian maknannya kita mesti baca sebab benda sudah ada untuk dibaca.Istilah pembacaan ini juga adalah luas seperti bagaimana cd dibaca oleh cdrom.Bagaimana juruteknik membaca litar elektronik..bagi yang tidak tahu mereka tidak dapat baca!

Kenapa masih leka dan lali untuk merebut peluang cari duit ?

Nah inilah persoalannya ? jangan cepat melatah..jangan cepat mengondem..jangan terburu2 mengejarnya..rilek dan tenang saja.Buat saja mana yang termampu kalau tidak mampu pohon bantuan dari orang yang mahir.Dalam dunia internet ini orang tidak kedekut ilmu ia berbeza dengan alam luar sana..banyak forum telah tumbuh bagaikan cendawan untuk memberikan khidmat..telah banyak blog atau web menawarkan bantuan kepada anda ? Usaha harus dijalankan bila kunci sudah diberi? Nak atau tidak ? terpulang kepada anda untuk merembat peluang…dalam perniagaan adalah peluang yang harus ditembusi bukannya risiko yang harus dicari.

Dibawah adalah antara sebahagian contoh bagaimana aku cari duit di alam maya sekadar menampung keperluan untuk melangsaikan bil-bil saja seperti elektik,air,internet dan sebagainya yang telah dikuarkan setiap bulan.Hakikatnya banyak peluang yang boleh teroka untuk cari duit kat internet.!!! AWAS..jangan tersilap langkah ke SKIM CEPAT KAYA atau pelaburan yang diharamkan !

mencariduit

Semakin maju dunia hari ini semakin cepat perniagaaan bergerak..kenapa ? dengan memetik mouse atau keyboard anda boleh ” cari duit forex untuk poket anda “..kita boleh memasuki pasaran tukarang duit asing ataupun FOREX…boleh sertai di SINI..atau klik banner di bawah…

belajarforexmarketiva

Sekiranya anda inginkan panduan tentang saham atau stok dan memang berminat untuk ” cari duit stock ” dapatkan segera !.

Pelancaran buat pertama kalinya mengenai pendedahan stock melalui online di internet banking maybank2u.

Tiket Penyertaan

Cabaran WangCyber: SEO Contest for Keyword Cari Duit

“Laman ini sedang bertanding bagi keyword ‘cari duit’, anjuran WangCyber.com – Komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Ditaja oleh BuySignal.Net – Komuniti Trader Malaysia.

Bersempena pelancaran ebook ‘Panduan Maybank2u.com Online Stocks’“.

Posted on June 3, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: