MUFTI PERLIS: Saya bukan Wahabi


Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata beliau bukan Wahabi, tetapi terdapat segelintir orang tidak suka orang lain membawa pandangan yang bertentangan dengan amalan yang dilaksanakan mereka sejak turun termurun membuat tuduhan begitu.Beliau juga berkata penduduk Perlis bukan Wahabi, tetapi mereka hanya menghormati Syeikh Muhammad Abdul Wahab sebagai salah seorang tokoh pembaharuan.

Dr. Asri berkata begitu dalam wawancara ringkas dengan majalah AL ISLAM keluaran Jun 2007.

Berikut adalah petikan kata-kata Dr. Asri berhubung isu Wahabi itu.

Dr. Asri: Saya bukan aliran Wahabi. Begitu juga dengan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Islam juga tidak Wahabi. Inilah masalah segelintir masyarakat Melayu Islam di negara ini khususnya.

Bila ada sahaja pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh seseorang yang tidak selari dengan amalan yang telah dilaksana-kan sejak turun-temurun atau pan-dangan tempatan, maka mudah bagi mereka untuk melabelkannya dengan gelaran-gelaran tertentu.
Di Perlis, aliran Wahabi bukan menjadi pegangan utama kami. Tetapi kami melihat tokoh aliran itu, iaitu Muhammad Abdul Wahab adalah salah seorang tokoh pembaharuan.

Sama jugalah kami melihat Ibnu Taimiyah, Hassan al-Banna mahupun Yusuf al-Qaradawi sebagai tokoh pemba-haruan.

Bagaimanapun, diakui tidak semua yang dibawa oleh aliran Wa-habi itu ditelan bulat-bulat dan tidak semua pula yang ditolak. Bukan kita menerima semua pandangan yang dikemukakan oleh setiap tokoh pembaharuan seperti Muhammad Abdul Wahab atau selain beliau. Tetapi dalam masa yang sama kita manfaatkan pembaharuan yang dibawa oleh mereka di seluruh dunia.

Mengenai pergerakan kaum muda, sekalipun gerakan ini banyak membawa pembaharuan namun silapnya apabila negara mencapai kemerdekaan, mereka menjauhkan diri daripada pemerintah. Lama-kela-maan, gerakan kaum muda ini mula lenyap sekalipun sumbangan mereka begitu besar untuk kemerdekaan negara dan minda umat. Ini termasuk Burhanudin Helmy, Syed Syeikh al-Hadi dan lain-lain.


Mengenai saya yang dikaitkan sebagai ‘serpihan’ daripada gerakan kaum muda yang membawa pembaharuan dalam masyarakat, saya bukan orangnya. Tetapi saya hanya mengembalikan suara pembaharuan kerana khuatir Islam pada masa akan datang dianggap Islam yang tidak valid.

Ini kerana banyak perkara yang dilarang atau hanya diharam tanpa alternatif. Manusia akhirnya menjadi liberal kerana ada masyarakat yang jumud. Atau banyak perkara yang dikaitkan dengan Islam tetapi gagal dikemukakan dalil dan fakta.

Wawancara penuh Dr. Asri boleh dibaca dalam AL ISLAM yang berada di pasaran kini.
Dr. Asri sudah banyak kali membuat penafian sepert itu, tetapi setakat kini penafian beliau belum memberi kesan dan muncul golongan menentang beliau di kalangan ulama dan ustaz adalah disebabkan mereka melihat beliau dengan label itu. Ramai ahli politik kerajaan pun begitu walaupun terdapat beberapa orang menteri tampil memberi sokongan kepada beliau. Ahli politik Pas lebih teruk lagi kerana orang Pas melihat Dr. Asri sebagai alat UMNO dan BN. Kini banyak VCD dan kaset yang merakam ceramah ahli politik Pas menghentam Dr. Asri dijual dalam pasaran. Sumber Tematajdid.com

Posted on May 29, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: