ZUHDI DAN FAISAL: MUFTI PERLU BEBAS MEMBERI FATWA


JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak patut memantau kenyataan mufti kerana perbuatan itu boleh dilihat bahawa mereka tidak lagi ada auritoriti untuk mengeluarkan fatwa dan sekali gus boleh merendahkan pula martabat mereka pada kaca mata orang ramai, kata Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Manakala bekas pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Faisal Othman pula berkata, masalah paling besar yang boleh menyebabkan kekeliruan dan percanggahan pendapat adalah kerana sesetengah golongan agama di negara ini terlalu fanatik terhadap fahaman Salafi atau Wahhabi. Beliau memberi contoh kenyataan yang dibuat oleh seorang mufti bahawa sambutan Maulidur Rasul itu adalah perbuatan bidaah adalah amat kejam kerana kerana Maulidur Rasul adalah adat dan bukan ibadat.

Zuhdi dan Faisal berkata begitu sebagai mengulas cadangan tiga orang senator kelmarin supaya memantau kenyataan mufti.

Menurut Zuhdi, tidak patut saranan supaya JAKIM memantau kenyataan semua mufti yang terdapat di negeri masing-masing. Ini kerana JAKIM sendiri mempunyai jawatankuasanya sendiri yang telah diselaraskan. Begitu pula sekiranya memantauan itu dikuatkuasakan ia akan merendahkan martabat mufti-mufti kerana mereka tidak lagi mempunyai autoriti untuk mengeluarkan fatwa atau kenyataan secara terbuka.

“Mengeluarkan pendapat atau pandangan masing-masing adalah satu perspektif yang bagus di negara ini. Cuma masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dan jangan terlalu sensitif dengan fatwa atau kenyataan yang diberikan oleh mana-mana mufti. Kita mempunyai hak untuk menolak pandangan mereka sekiranya kita tidak bersetuju dengannya. Justeru tidak timbul soal keliru di kalangan rakyat negara ini.

“Saya menyarankan agar mufti-mufti lain yang sebelum ini agak bersifat pendiam agar tampil menyuarakan pandangan lain atau bantahan sekiranya seorang mufti lain menyatakan fatwa yang tidak dipersetujui oleh mereka. Malah ahli akademik lain juga boleh menyuarakan pandangan mereka dan ini membolehkan peningkatan dari segi intelektual. Peranan JAKIM dilihat tidak perlu kerana ia seakan menutup kebebasan mengeluarkan fatwa oleh setiap mufti negeri,”jelasnya.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya mufti-mufti mengeluarkan fatwa masing-masing. Namun yang perlu dititikberatkan ialah mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan fatwa mereka, sama ada dari golongan ulama dan mufti lain mahupun dari golongan akademik supaya membincang fatwa yang dikeluar oleh mereka secara ilmiah dan akademik. Wacana dengan sepenuhnya akan fatwa yang dikeluarkan itu. Perbezaan pandangan tidak mengapa kerana itu menunjukkan bahawa masih ada ruang bagi golongan minoriti sebagai alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan pendapat majoriti.

Faisal di pihak lain menyentuh soal kekeliruan dan percanggahn pendapat. Beliau berkata, masalah paling besar yang boleh menyebabkan kekeliruan dan percanggahan pendapat ini adalah kerana ada sesetengah golongan agama sangat fanatik dengan fahaman Salafi atau Wahhabi.

Sebagai contoh, kenyataan bahawa sambutan Maulidur Rasul itu adalah bidaah seperti dikeluarkan oleh seorang mufti adalah perkara tidak betul malah kejam.. Ini kerana sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan adat yang boleh membawa kebaikan dan bukannya ibadat atau perkara agama.

“Inilah natijahnya fanatik terhadap sesuatu aliran. Ia membuatkan rakyat lintang pukang dan tidak mengghormati Nabi. Sambutan Maulidur Rasul adalah satu usaha untuk menghormati Nabi dan untuk menaikkan semangat orang Islam. Justeru dakwaan seperti berselawat menyebabkan masuk neraka adalah sangat kejam,”jelas Faisal.

Berhubung dakwaan bahawa Jom Heboh itu haram, Faisal berkata, pengharaman hanyalah pada hiburan yang melampau seperti melibatkan pemakaian yang menjolok mata oleh penyanyi-penyanyi sehingga menampakkan sebahagian besar tubuh. Sekiranya Jom Heboh menmpilkan artis yang berpakaian sopan dan menyanyi dengan sopan, ia tidak patut diharamkan.

“Lumrah manusia memang memerlukan hiburan dalam hidup dan selagi hiburan itu tidak keterlaluan ia boleh ditengok. Sebagai contoh Siti Nurhaliza wajar dijadikan idola kerana pemakaiannya yang sopan dan sesuai dengan selera anak muda sekarang. Justeru, semua pihak perlu bersikap terbuka dalam menerima hiburan yang tidak melampau.

Tentang pandangan atau fatwa yang dikeluar oleh ulama termasuk muftim Faisal berkata, harus bersifat ilmiah dan disokong dengan hujah-hujah yang tepat. Individu-indivivi tertentu yang bukan golongan ulama dan mufti juga perlu bersikap terbuka dalam memberi pandangan mereka.

“Perbezaan pendapat adalah perkara biasa kerana sekiranya kita hanya berpegang pada satu pendapat sahaja, susah untuk hidup,”kata beliau. Sumber : Mastika Abadi Mohamad dalam http://www.tematajdid.com

Neuimex Forex Trading

belajarforexmarketiva

Posted on May 15, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: