Mufti Akan Dipantau ?


Berita Bernama hari ini amat memeranjatkan dan mungkin jika dilaksanakan seperti dituntut tiga orang ahli politik dalam berita itu boleh menyebabkan seorang dua mufti yang agak kreatif secara betul dan tidak betul dalam membuat kenyataan atau mengeluarkan fatwa berhenti kreatif dan mengambil pendirian diam diri dan senyap membisu seribu bahasa seperti kebanyakan mufti yang ada.

Bagaimanapun, jika mengawal mufti yang kreatif secara tidak betul boleh diterima, tetapi jika mengawal mufti yang kreatif secara betul tidak boleh diterima.

Di bawah tajuk ‘Jakim disaran pantau kenyataan mufti’ Bernama melaporkan bahawa seorang senator hari ini meminta agar Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) diberi lebih kuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri bagi mengelak kekeliruan dan percanggahan.

Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini perlu kerana sejak kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri mengenai hukum Islam sehingga menimbulkan kekeliruan serta perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Sebagai contoh, baru-baru ini Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi umat Islam menghadiri karnival Jom Heboh yang ketika itu sedang berlangsung di Ipoh,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Kesebelas, pada persidangan Dewan Negara di sini.

Cadangan Syed Ali disokong Senator Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa mufti tidak harus sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengenai hukum Islam tanpa merujuk kepada Jakim atau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.

“Dulu ada seorang mufti yang mengeluarkan kenyataan bahawa menyambut Maulidur Rasul itu merupakan satu perbuatan bidaah dan ini mengelirukan umat Islam terutama di Johor yang menyambutnya berbulan-bulan lamanya bagi menghayati perjuangan Nabi Muhammad,” katanya.

Senator Datuk Abdul Rashid Ngah, yang turut bersetuju dengan cadangan Syed Ali,

berkata Majlis Fatwa Kebangsaan harus memandang berat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti kerana ada kalanya kenyataan itu dianggap oleh umat Islam sebagai fatwa.

Pada 11Mei lalu Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyuarakan pandangan menganggap peribadi seorang mufti bukan fatwa.

Dibawah tajuk ‘Pandangan peribadi mufti bukan fatwa – Mashitah’ Utusan Malaysia keluarakan 12 Mei melaporkan, pandangan peribadi seseorang mufti terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat Islam di negara ini tidak boleh dianggap sebagai satu fatwa selagi ia tidak diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Mashitah Ibrahim berkata, kekeliruan berlaku di kalangan umat Islam apabila beberapa orang mufti membuat kenyataan berhubung sesuatu perkara sehingga ia dianggap sebagai satu fatwa.

Menurutnya, kenyataan seseorang mufti tentang sesuatu isu merupakan pandangan peribadi beliau dan sebarang fatwa yang mahu dikeluarkan seharusnya diputuskan melalui Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

“Ini mungkin pandangan peribadi mufti berkenaan dan tidak patut ia dibincangkan secara terbuka sehingga umat Islam menjadi keliru,” ujarnya.

Menurutnya, bukan orang biasa sahaja yang membincangkan tentang kenyataan mufti tetapi perkara itu juga dibincangkan dalam Parlimen kerana Ahli Dewan Rakyat juga terkeliru dengan isu berkenaan.

Dr. Mashitah menambah, pihaknya menerima banyak reaksi daripada masyarakat Islam yang mahukan kerajaan memberi penjelasan berhubung kenyataan mufti terbabit.

Apabila berlaku kekeliruan berhubung sesuatu perkara katanya, mufti-mufti perlu duduk berbincang sesama mereka dan memberikan satu kenyataan yang jelas termasuk sama ada ia merupakan satu fatwa atau sebaliknya.

Tegas beliau, semua pihak tidak boleh terlalu peribadi dengan mengeluarkan fatwa sendiri tanpa penelitian khusus dan mendalam terhadap soal hukum.

Katanya, mufti mempunyai ruang khusus untuk membincangkan tentang sesuatu dan tidak membincangkannya di khalayak ramai sebelum mengumumkannya kepada khalayak.

Dilihat dari petikan berita harian baru-baru ini pula,

SEREMBAN: Mufti negeri diminta berhenti daripada mengeluarkan pandangan secara terbuka berhubung sesuatu isu bagi mengelakkan kontroversi serta mengelirukan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata walaupun ia pendapat peribadi dan bukan fatwa, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyekat mereka.

“Mereka boleh memberi pandangan atau menjadi tempat rujukan pihak lain, termasuk media yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung sesuatu isu.

“Namun, mufti boleh membuat pertimbangan dengan mengelak daripada mengemukakan pendapat yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi serta tidak selari dengan perundangan syariah.

“Kita tidak boleh sekat (mufti) daripada memberi pendapat, tetapi pandangan terbuka yang kontroversi… jika boleh, jangan keluarkan. Kita juga perlu tahu pandangan itu adalah pendapat peribadi, bukannya fatwa yang perlu dibuat pada peringkat Jawatankuasa Fatwa Pusat serta diwartakan,” katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM100,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan RM50,000 daripada Tabung Haji Negeri Sembilan untuk mangsa banjir di negeri ini kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, semalam.

Mengenai perselisihan pendapat di kalangan sesetengah mufti berhubung sesuatu isu, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka pendekatan untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Ia termasuk menyeragamkan beberapa aspek perundangan syariah seperti pentadbiran, undang-udang keluarga, mal dan tatacara yang ketika ini berbeza, kerana kehakiman syariah sekarang tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Semalam, tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, dilaporkan meminta mufti bermuzakarah sebelum mengemukakan pandangan terbuka, kerana kenyataan seperti itu mungkin mencetuskan kontroversi.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, pula menggesa Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengadakan muzakarah dengan pakar perundangan dan kehakiman syariah untuk mengetahui pelaksanaan undang-undang, termasuk membabitkan kes khalwat.

Katanya, Mohd Asri mungkin kabur dalam memahami isu perundangan syariah kerana tugas mufti tidak termasuk dalam soal perundangan dan kehakiman syariah.

Zainul mengulas kenyataan Mufti Perlis itu yang mencadangkan Jabatan Agama Islam negeri menghentikan pemberian sagu hati kepada pemberi maklumat kes khalwat dan tangkap basah untuk tidak menggalakkan budaya suka mengadu dan mengaibkan sesama Islam.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, bantuan kewangan daripada MAIWP melalui Baitulmal untuk mangsa banjir di Johor, Sabah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka tidak tertakluk kepada umat Islam saja.

“Kita ada fatwa di Wilayah Persekutuan yang membolehkan wang zakat digunakan untuk membantu mangsa bencana, termasuk bukan Islam mengikut peruntukan mualaf dengan tujuan mendekatkan mereka kepada Islam dan menunjukkan keindahan dan kemuliaan agama kita,” katanya.

Katanya, MAIWP turut memperuntukkan RM1.35 juta jika berlaku banjir di Kelantan dan Terengganu, selain bantuan yang turut disalurkan Tabung Haji kepada semua negeri terbabit bencana berkenaan.-sumber Berita Harian.

Lebah : Jom Heboh Haram ! Sambutan Maulidur-Rasul pula bidaah. Mana tak mengelirukan ! Entah apa2..

Pemahaman penulis dari segi bidaah adalah ta`yid ma qoyyada allaha wa rasuluh. Kenapa umat Islam masih kabur tafsiran bidaah ? kenapa sambutan memperingati Junjungan besar s.a.w itu bidaah? Contoh kalau nak faham bidaah cam ni mengikut huraian Sidi Syeikh Mukhtar Ali Muhammad Ad-Dasuqi..katakan dalam sebekas itu susu kemudian dimasukan kertas.Kertas itu bukan dari susu. Kertas itulah yang bidaah..jadi apa-apa benda yang asal dari susu seperti bahan tenusu,yortgut ke..keju ke..dsb itu bukan soalnya..So,apa2 yang dari Islam itu adalah harus ! Jadi orang yang mengatakan bidaah itu adalah menganggap Nabi s.a.w itu bukan dari Islam ke? memang mengelirukan kalau ulama-ulama ni kurang berbincang masih2 ingin mempertahankan hujah tanpa merujuk kepada ulama-ulama lain lagi.Kitakan manusia masing2 ada kelebihan dan kekurangan..kelebihan + kekurangan = sempurna.Wallahua`lam

Posted on May 14, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: