Sumolah


Filem Melayu Berjiwa AntaraBangsa

Ia mengisahkan mengenai Ramlee [Lakonan Afdlin Shauki] seorang jejaka Melayu yang sering gagal untuk mendapatkan pekerjaaan yang baik.Ibunya sering kecewa dengan nasib anaknya.Suatu hari, ketika mahu mencari pekerjaan, dia melalui sebuah restoran sushi milik Honda.

Pemilik restoren itu menawarkan makanan percuma sekiranya dapat menghabiskan makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ramlee mencuba,namum dia gagal dan harus membayar kesemua harga sushi tersebut,tetapi dia tidak mampu.Akhirnya,dia diambil bekerja oleh Honda untun membayar hutangnya.

Ramlee bertemu dengan Siti,anak perempuan Honda yang cantik,berdarah campuran Jepun dan Melayu.Dia juga menemui teman sejati seperti Haris dan Andy.

Disamping itu,Ramlee mula tekad untuk memasuki pertandingan sumo yang dijayakan oleh pemilik restoren Jepun di Malaysia.

Namun,ketika menyertai pertandingan persahabatan dan juga pengenalan, Ramlee dimalukan oleh Akira,bekas teman lelaki Siti.Dari situ Ramlee ingin menyertai pasukan Boleh Sushi kerana Honda mahu mencari ahli yang ketiga.

Ramlee ingin menang dan membalas dendam dengan sikap angkuh Akira.Baginya,sekali dalam hidup,dia ingin merasakan kemenangan berpihak dengannya. Buat pertama kalinya juga,Ramlee merasakan kehadirannya di dalam pasukan Boleh Sushi dihargai dan mereka bagaikan keluarga yang banyak menyokongnya untuk terus berjaya.

Cintanya pada Siti juga semakin mekar namun,berjayakah dia menawan hati gadis itu ?….

 

Afdlin Shauki, Pengarah berbakat besar mencipta sejarah lagi dengan filem terbarunya yang berjudul Sumo Lah. Barisan para pelakon yang membintangi filemnya memang mampu mengangkat karya terbarunya ini ke peringkat antarabangsa,sekiranya bukan dunia,pastinya menembusi penonton seluruh Asia.

belajarforexmarketiva

 

Posted on May 11, 2007, in Ulasan Filem. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: