Jangan Pandang Belakang


Plot Cerita

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Da’im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri.

Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam file mini. Kepada anda semua, walau apa pin yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!

Cast: Pierre Andre, Intan Ladyanar, Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Jalaluddin Hassan, Rio Elani
Director: Ahmad Idham

Posted on May 9, 2007, in Ulasan Filem. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: