Penulis blog perlu diklasifikasikan


 bercutikemesir

KUALA LUMPUR 5 Mei – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan.Ini kerana bagi beliau penulis blog yang profesional adalah mereka yang berasa lebih bertanggungjawab memastikan bahan yang mereka siarkan adalah bahan yang benar dan bukan sekadar khabar angin.

“Pengklasifikasian ini juga akan memudahkan untuk tindakan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang negara,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Zainuddin berkata, jelas berlaku di negara ini bahawa ada pihak tertentu yang telah menyalahgunakan laman blog untuk kepentingan individu dan kumpulan mereka, termasuk menyentuh perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara seperti soal agama dan perkara yang menimbulkan rasa kurang senang kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Yang ini kita perlu kawal. Kita bimbang ia akan disalahgunakan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyebarkan fitnah.

“Seharusnya ada satu mekanisme untuk mengawal perkara ini termasuklah dengan mengklasifikasikan antara bloggers (penulis blog) profesional dan juga yang bukan profesional,” katanya.

Zainuddin berkata, perkara itu penting bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dipercayai atau tidak, dan sama ada bahan yang disiarkan itu adalah sesuatu yang tepat atau hanya berdasarkan khabar angin, yang sebahagiannya boleh menimbulkan rasa kurang senang sehingga menjejaskan perpaduan.

“Kita tidak mahu ia berlaku di negara kita, kerana mempercayai berita yang berasaskan khabar angin hanyalah amalan kita sebelum negara memiliki sistem akhbar, dan ia amat berlainan dengan zaman ini yang mempunyai akhbar serta televisyen untuk menyebarkan maklumat,” katanya.

Menteri itu berkata, dalam lawatan beliau ke Perancis baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Nice-Matin Press Group, Michel Camboul turut membangkitkan mengenai perlunya kerajaan negara itu mengklasifikasikan penulis blog dan menyuarakan kebimbangan beliau mengenai laman blog yang memberi kesan kepada pengedaran dan pembelian iklan akhbar di sana.

Zainuddin berkata, di Malaysia, Internet belum digunakan secara meluas oleh rakyat dan jika laman blog dijadikan alternatif sehingga akhbar terpaksa memberhentikan operasinya, masyarakat luar bandar yang masih bergantung kepada akhbar akan dinafikan hak mereka untuk mendapatkan maklumat.

Beliau turut mengingatkan penulis blog supaya tidak menyentuh atau menyalahi perkara yang telah menjadi konsensus penduduk berbilang kaum di negara ini seperti kedudukan dan hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja dan agama Islam, dalam tulisan mereka demi memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Sumber– Bernama

bercutikemesir

Posted on May 6, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: