Membangunkan website


bercutikemesir

Berbicara tentang website atau laman di internet secara dasarnya adalah luas ! Kini dari hari ke hari dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun bercambah laman web telah dibangunkan dan diwujudkan di alam maya ini.Tanpa disedari dia tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Kita sebagai pelayar atau customer atau pergi kedai.Dan pemilik web adalah sebagai orang yang melayan atau menyediakan beberapa menu itu lah ibarat sebuah website.Tapi secara keselurahan di internet adalah ledakan beraneka maklumat yang dapat kita perolehi samada melalui forum,tutorial atau website.

Tapi bagi penulis dunia internet ini adalah satu dunia yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia nyata setelah mengenali internet sejak 10 tahun lepas. Tak kenal maka tak cinta ! kenapa? kerana dunia internet kita boleh mendapat apa-apa ilmu dengan pantas dengan cepat.Dan tidak selesa rasanya hidup tanpa dunia internet.

Apapun pencapaian demi pencapaian,kajian demi kajian,belajar satu demi satu di alam virtual ini.Nak ilmu kena rajin membaca dan meredah je kat sini ada macam-macam leh kita tahu.Prinsip aku..bertambahnya sesuatu ilmu maka kan ku kenal kejahilan diriku !

Terdapat juga beberapa rakan di sini cuba pohon pendapat dan bantuan dalam bidang website dan sebagainya.Apa yang aku tahu kita sama2 kongsi.Minggu lepas sudah siap satu web www.zakaria-travel.com walaupun masih ada lagi beberapa kekurangan Insyallah sama-sama diperbaiki.Inilah satu hasil yang aku dapat dari pembelajaran aku dalam dunia website berbentuk PHP [ Hypertext Preprocessor :PHP is a server-side HTML embedded scripting language.] secara umumnya.Hasil pengajian aku membangunkan web www.alkiram.net

Kalau dulu aku biasanya pakai HTML..Rasanya agak rumit dalam pembinaanya.Itu lah dunia internet adalah pantas dan ilmu cepat berkembang hasil dari perbincangan dan perkongsian diantara satu sama lain bermula dari satu idea dan dikembangkan.

Kita dapat lihat lah dalam dunia Linux yang open source yang bebas dan tanpa lesen tidak seperti windows ianya adalah terbatas. Nak belajar sesuatu kalau tidak berguru atau tanpa tutorial adalah rumit dan memeningkan kepala.So,di dunia internet ini apa bila aku nak membuat sesuatu atau menyertai sesuatu aku kena byk kaji dan baca dan tengok perbincangan kat forum2/web2 tertentu dengan menggunakan carian di search engin.Kesabaran mencari ilmu adalah penting !

Inilah gaya hidup aku tersendiri sebagai mengisi masa lapang dengan membaca dan ambil tahu apa jua bentuk dari berbagai idea dan informasi mengenai cara mencapai produktiviti yang semaksimum dengan gaya hidup digital. berbagai ide dan informasi mengenai cara mencapai produktivitas maksimum dengan gaya hidup digital.

Hampir sebulan aku belajar macamana nak buat webserver sendiri atau nak buat server web kita sendiri..ini kalau kita tak mau bayar hosting..kita boleh juga buat dilocalhost atau di PC kita sendiri.Aku buat adalah untuk menceburi bidang ini dan belajar saja..nak tahu bagaimana ia berfungsi.

Pada mulanya aku rasa dah putus asa tapi dengan usaha aku mesti dapatkan sehingga mencapai kepuasan itu sikap aku.Sana sini aku baca dan rujuk semua aku baca web indo pun baca forum melayu pun redah.Akhirnya aku jumpa tutorial kat http://www.dslwebserver.com/

Semuanya atas minat,usaha dan sabar adalah kunci dalam sesuatu perkara sebagai memenuhi gaya hidup aku di alam internet.So..kita jangan ketinggalan di zaman sekarang ini ! dan jangan anggap internet ini adalah sesuatu yang tidak bermanfaat ! Macam-macam boleh buat dan hasilkan…bila lebah menitiskan madu !!!!???

“Hidup dengan productive semaksimum yang mungkin, berdasarkan attitude yang benar dan dengan bantuan IT !”-Dari Kota Sarang Lebah.

Posted on April 27, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: