FATWA HARAM PELABURAN INTERNET, KENAPA MENTERI AGAMA MINTA PENJELASAN JAKIM


 Neuimex Forex Trading

 Bila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sesuatu fatwa, kita mesti akur apatah lagi selepas diwartakan nanti kerana ia merupakan fatwa yang paling kuat disebabkan bersifat kolektif (al-fatwa al-jama’i/الفتوى الجماعي).

Dengan itu tidak hairan jika pameran hantu dan jin di Muzium Negeri Sembilan dihentikan. Jika dulu arahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yat menuntut dihentikan pameran yang membodohkan orang ramai itu tidak dihiraukan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), tetapi LMNS kini akur dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini menjadi bukti jelas bahawa fatwa agama lebih mudah diterima daripada arahan pemimpin. Pada masa akan datang mestilah lebih banyak lagi perkara-perkara politik, ekonomi, sosial dan sebagainya diberi suntikan agama termasuk yang dinaik taraf menjadi fatwa. Berbahaya. Ya, berbahaya kerana jika perkara ini menjadi fenomena yang berleluasa, ia akan menjadi seperti zaman ketika gereja menguasai politik di Eropah pada abad pertengahan dulu.

Bagaimanapun, Menteri yang bertanggungjawab dalam bahagian agama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdullah Md. Zain nampaknya kurang bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kali ini dalam kaitan mengharamkan pelaburan Internet secara menyeluh dan bukan dalam kaitan mengharamkan pelaburan yang khusus seperti Swisscash.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari (14 April 2007), Abdullah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan senarai terperinci skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan sebagai haram supaya umat Islam jelas dan tidak melabur dalam skim tersebut.

Abdullah berkata, beliau sendiri akan meminta penjelasan serta laporan daripada Jakim mengenai bentuk-bentuk skim pelaburan Internet yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Menurutnya, laporan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pengetahuan beliau.

‘‘Fatwa yang dikeluarkan semalam adalah menyeluruh dan tidak menyebut mana satu yang haram.

‘‘Kita mahu senarai khusus dan saya akan mendapatkannya daripada Jakim,” katanya.

‘‘Kita perlu berhati-hati keluarkan sebarang kenyataan kerana takut menimbulkan kejutan terhadap rakyat. Mungkin tidak semua haram, jadi kita mahu Jakim keluarkan senarai supaya orang ramai jelas,” katanya.

Dalam laporan Bernama semalam (13 April 2007) pula terdapat petikan yang berbeza dengan petikan dalam laporan Utusan Malaysia di atas.

Petikan Bernama itu berunyi: “Kita tidak mahu menghalalkan (perkara) yang haram kerana kalau ianya haram maka ia tetap haram tetapi penjelasan mengenainya perlu dibuat dengan betul (tepat).”

Tidak dapat dipastikan apakah kenyataan Abdullah itu datang dari kesedaran sendiri kerana mengetahui tidak semua pelaburan Internet dianggap haram atau ada orang politik menegur fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak jitu itu. Cuma Abdullah berkata beliau akan menyerah penjelasan yang diterima daripada Jakim kepada Perdana Menteri untuk pengetahuan beliau Ini seolah-olah Perdana Menteri sendiri yang minta penjelasan mengenai fatwa yang keliru dan mengelirukan itu.

Pada pandangan saya memang tepat jika Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pelaburan Internet yang tidak jelas dan meragukan seperti Swisscash dan perpuluh-puluh program pelaburan yang tidak jelas dan meragugakan yang lain. Tetapi tidak betul mengharamkan pelaburan Internet secara menyeluruh kerana kebanyakan bank di Malaysia kini pun melaksanakan transaksi kewangan seperti ‘online payment’, perdagangan dalam talian seperti ‘ e-commerce’, pembayaran kad kredit dalam talian seperti ‘online credit card payment’ dan macam-macam lagi.

Sekadar menjadi contoh disebutkan di sini beberapa bank Malaysia yang terlibat dalam pelaburan Internet atau menggunakannya dalam pengurusan kewangannya seperti Maybank, OCBC Bank, Bumiputra-Commerce Bank, Public Bank dan Ambank.

Malah Bank Islam Malaysia sendiri ada program Internet Banking dan e-banker. Lihat gambar sebelah atau kunjungi laman webnya di pautan ini. Klik Bank Islam.

 

 

Selain itu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan secara tidak langsung menghukum bank-bank konvensional yang ada di negara ini sebagai haram dan wajib mejauhi termasuklah Bank Negara. Ini kerana salah satu alasan yang digunakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan pelaburan Internet ialah kerana ia berunsur riba disebabkan memberi pulangan yang tetap.

Betulkah pelaburan dalam Islam tidak boleh ditetapkan pulangan dan mesti ada risiko? Yang aneh kita melabur dalam Bank Islam, Bank Muamalat dan suku sakatnya tidak boleh dtetapkan pulangan kerana dianggap riba, tetapi jika kita meminjam daripada bank-bank itu pula kita mesti bayar dengan bayaran yang tetap setiap bulan (dan lebih mahal daripada bank-bank konvensional lagi.) Betulkah bank-bank ini berurusan tepat dengan ajaran Islam dengan menetapkan piawaian double standard itu? Kita mengambil faedah tetap daripada bank dianggap haram, mereka (pemilik bank) mengambil faedah tetap dari kita dianggap halal.

Bagaimanapun, para mufti yang mengeluarkan fatwa itu turut berdosa juga kerana mereka dibayari gaji dari wang yang keluar dari Bank Negara yang mengenakan faedah tetap. Fuyoh!! Terkena ke atas batang hidup sendiri.

Yang ironinya orang besar dalam Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri pernah meminta saya menulis mengenai fatwa Syeikh Muhammad Abduh yang menghalalkan faedah bank konvensional. Beliau membuat permintaan itu dalam sebuah mesyuarat mingguan ulama dan cerdik pandai Muslim beberapa tahun lalu.

Saya memberitahu orang besar Majlis Fatwa Kebangsaan itu bahawa saya telah pun menulis perkara itu, tetapi beliau berkata, tidak mengapa jika sudah menulis pun, boleh menulis semula kerana ramai orang masih tidak faham tentang perkara itu.

Ini bermaksud orang besar dalam Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri sebenanrya bersetuju dengan fatwa Syeikh Muhammad Abduh yang menganggap faedah bank yang dibayar kepada para pelabur atau penabungnya secara tetap itu tidak haram. Tetapi kerana ada kedudukan dan jawatan, beliau tidak berani menyatakan pendiriannya yang dianggap menentang arus. Fatwa Syeikh Muhammad Abduh itu sama dengan fatwa Syeikh al-Azhar, Dr. Mohammed Sayed Tantawi, Syeikh Mahmud Shaltut dan Syeikh Rashid Redha. Ia boleh dibaca di SINI

Sember : www.tematajdid.com

belajarforexmarketiva

Posted on April 16, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Salam,

    Saya kira saudara kurang faham apa yg diharamkan majlis fatwa kebangsaan. Bukan sah atau tidak transaction yg menggunakan medium Internet. Yg diharamkan kerana term “pelaburan” yg terlibat dengan riba’.

    Jadi x perlu kaitkan perbankan internet.

    Juga saudara cuba untuk mengaitkan gaji mufti yg diterima dari kerajaan lantas cuba untuk menjatuhkan credibility mereka. Sila rujuk fatwa Selangor untuk gaji penjawat awam

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=428&Itemid=63

  2. Kalau dah haram tu haram la..Toksah corner baring masuk cilok sana cilok sini bagi statement yg mengelirukan pulak masuk soal gaji muftilah, soal perbankan internetlah, soal pelaburan di kaunter2 saham melalui internetlah. Yg difatwakan haram tu pelaburan di internet yg ada unsur skim cepat kaya ala pak man telo. Itu pun tak faham2 ker?. Bodoh betul!!! Kalau dah jahil tentang ilmu muamalah islam tu, toksahla nak pandai2 beri statement pasal kewangan islam seolah-olah macam pandai sangat.

    Belajor dulu ilmu muamalah & kewangan islam kemudian telitikan dia dgn sistem kewangan & perbankan konvensional. Ini la akibatnya kalau dah selalu sangat makan duit haram dari sistem ekonomi & kewangan konvensional sampaikan sistem islam pun dah tak mau terima, tolak bulat2 sistem islam yg diajar oleh al-quran & hadis. Nak jadi apa ni? nak jadi murtad ker?

  3. bro iqtisadi…klu haram pun jgnla marah org cam haram j***h…marah2 org pun haram jugak…bincang btul2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: