ORANG POLITIK DAN FATWA HARAM PELABURAN INTERNET


Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata fatwa pelaburan Internet haram yang dikeluarkan oleh Majlis Ftawa Kebangsaan Khamis lalu perlu dihormati, lapor Bernama semalam (14 April 2007). Saya bersejutu seartus peratus dengan Zahid kerana jika institusi tertinggi agama yang bertanggungjawab membuat fatwa itu tidak dihormati, mana lagi ada institusi agama tertinggi yang boleh menjadi tempat bergantug orang ramai dari segi fatwa.

Bagaimanapun, bila Zahid bercakap tentang pengharaman berpunca daripada ketiadaan akad, saya tidak bersetuju langsung kerana akad adalah masalah fiqah dan ia boleh dilakukan dengan apa cara kerana akad itu bermaksud kontrak atau perjanjian.

Selain itu ada satu perkara lain yang saya tidak bersetuju langsung dengan Zahid, iaitu beliau berkata sebagai mana dipetik Bernama: “Skim pelaburan ini mempunyai risiko kerugian yang tinggi berbanding keuntungan yang diterima sedangkan Islam hanya mengizinkan jika pelaburan itu menentukan pulangan.”
Terdapat dua perkara dalam kenyataan Zahid di sini dianggap dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

(1) – Skim pelaburan Internet berisiko. Sebenarnya pelaburan yang berisiko inilah yang dianggap tepat dengan Islam menurut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Fatwa ini juga digunakan dalam Bank Islam, Bank Muamalat dan lain-lain bank yang membuka bahagian kewangan Islam. Itulah yang dipanggil mudharabah.

(2)- Islam hanya membenarkan pelaburan yang menentukan pulangan. Ini juga tidak betul kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam fatwanya mengharamkan pelaburan Internet kerana memberi pulangan tetap.

Dalam laporan Bernama itu dipetik Zahid menyatakan akad adalah bai’ah, apakah kaitan dengan akad jual beli dengan bai’ah politik?
Saya tidak tahu apakah Zahid keliru atau wartawan Bernama salah petik. Bagaimanapun, saya ingin menasihati semua orang politik supaya buat kerja rumah sebaik-
baiknya sebelum memperkatakan tentang isu-isu agama, apatah lagi berkaitan dengan fatwa. Lebih baik rujuk dulu kepada orang yang lebih tahu dan lebih pakar dalam bindang danjangan sama sekali tembak tidak tentu arah kerana akibatnya sangat buruk.

Sila baca laporan penuh Bernama di bawah.

PETALING JAYA, 14 April (Bernama) — Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan skim pelaburan melalui Internet perlu diterima, dihormati dan dipatuhi umat Islam.
Beliau berkata kaedah pelaburan itu tidak mempunyai akad iaitu tiada “Bai’ah” antara pelabur dengan pihak yang menerima pelaburan.
Skim pelaburan ini mempunyai risiko kerugian yang tinggi berbanding keuntungan yang diterima sedangkan Islam hanya mengizinkan jika pelaburan itu menentukan
pulangan,” katanya selepas merasmikan seminar komunikasi di Kolej Segi di Subang Jaya, di sini.

Zahid yang juga Pengerusi Dewan Amal Islami (Damai) berkata urus niaga seperti itu bukanlah satu pelaburan tetapi lebih merupakan penipuan yang dibuat secara profesional tetapi tidak disedari oleh orang ramai.

Jumaat lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-77 di Kuala Terengganu memutuskan bahawa skim pelaburan melalui internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda secara tetap adalah haram kerana berunsur riba.
Zahid berkata RTM akan menjemput pengerusi majlis berkenaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin sebagai tetamu dalam rancangan “Selamat Pagi Malaysia”

untuk membicarakan mengenai perkara ini dengan lebih mendalam.
“RTM akan menjemput Dr Abdul Shukor sebagai tetamu dalam rancangan itu menerusi slot Islam Hadhari yang bertujuan menjelaskan secara terperinci mengenai
pengharaman skim pelaburan berkenaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya di kalangan umat Islam.

“Langkah seumpama ini bukan sahaja perlu diambil oleh RTM malah stesen televisyen swasta lain juga perlu melaksanakannya sebagai satu tanggungjawab sosial,”katanya.

Posted on April 15, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Mungkin YB Zahid pun tak baca fatwa dan x faham apa yg difatwakan. Pendapat dia dalam artikel lebah ni adalah anti-thesis kepada fatwa…dia nak menyokong tapi apa yg dicakapkan exactly the opposite.

    Hmm org politik…org bercakap dia pun nak bercakap…

  2. ini menunjukkan org polotik x suke membaca…

Leave a reply to kociriemann Cancel reply