Raja Muda Perak jadi duta kewangan


KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sudah memberikan perkenan baginda untuk berperanan sebagai duta kewangan bagi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Bank Negara Malaysia, dalam kenyataan di sini, semalam berkata, sebagai duta kewangan, baginda akan menyokong MIFC dengan meningkatkan hubungan Malaysia dengan pemimpin negara dan komuniti kewangan global, khususnya dari Asia Barat.

Raja Nazrin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dari Universiti Oxford; ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, Universiti Harvard dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Antara jawatan yang disandang baginda adalah Pro-Canselor Universiti Malaya, Presiden Majlis Agama dan Adat Melayu Perak serta Presiden Perbadanan Pembangunan Ekonomi Islam Perak.

MIFC memainkan peranan penting dalam memacu proses pengukuhan hubungan dengan pasaran kewangan Islam antarabangsa dan meluaskan pelaburan serta hubungan perdagangan antara Asia Timur dengan Asia Barat dan Afrika Utara.

Jawatankuasa Eksekutifnya ditubuhkan pertengahan tahun lalu bagi menyediakan haluan strategik, memantau peranan dan tanggungjawab pemegang saham.

Kerajaan mencadangkan pembangunan MIFC untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir dari mana-mana lokasi di Malaysia.

Inisiatif MIFC dijangka memacu Malaysia menjadi pusat perkhidmatan kewangan Islam antarabangsa yang mantap.

Inisiatif MIFC dilaksanakan melalui usaha bersama pengawal selia kewangan negara ini membabitkan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Lofsa) dan Bursa Malaysia.-Bharian

Posted on April 4, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: