Kawal kad kredit — Kerajaan arah bank hentikan promosi agresif secara melampau


 Neuimex Forex Trading

KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan mahu bank menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi’, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tindakan mempromosi kad kredit secara agresif oleh pihak bank perlu dihentikan kerana ia menyumbang kepada pengeluarannya secara melampau yang boleh ‘menjahanamkan satu generasi’ jika tidak dikawal.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, untuk itu satu perbincangan akan diadakan dengan institusi perbankan dalam tempoh terdekat bagi mencari pendekatan terbaik mengawal dan menangani masalah berkenaan.

Katanya, langkah kawalan penggunaan kad kredit itu turut mengambil kira faktor kemudahan pemberian kad kredit kepada golongan muda.

‘‘Kad kredit boleh menjahanamkan satu generasi jika tak dikawal. Ia ada ‘godaan’. Saya berjanji akan berbuat demikian (ada- kan kawalan),” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya terhadap usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) telah meminta pandangan menteri itu mengenai promosi kad kredit yang berleluasa dan melampau oleh pihak bank termasuk di pusat-pusat beli-belah untuk menarik rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Bagi membendung perkara itu, Nor Mohamed berkata, kementeriannya juga telah berbincang dengan Bank Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk mengetatkan kriteria yang melayakkan seseorang memohon kad kredit.

“Secara keseluruhan 48 peratus permohonan diterima oleh bank, iaitu daripada dua yang memohon hanya seorang sahaja diluluskan,” katanya.

Secara keseluruhan, Nor Mohamed berkata, tahap hutang pengguna kad kredit di negara ini tidak membimbangkan iaitu Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) telah menurun kepada 3.7 peratus berbanding 16.1 peratus semasa krisis ekonomi satu ketika dahulu.

Menurutnya, 60 peratus daripada pengguna menggunakan kad kredit bagi memudahkan urusan pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai, manakala 40 peratus lagi membayar pada jumlah yang kecil setiap bulan.

Bagaimanapun, jelasnya, masih ada segelintir yang menyalahgunakan kemudahan itu sehingga nama mereka disenaraihitamkan oleh bank selepas gagal membayar hutang masing-masing.

Mengenai sistem rekod CTOS, Nor Mohamed berkata, kementerian akan mengambil tindakan ke atas bank yang didapati menggunakan sistem itu sebagai rujukan utama dalam proses kelulusan pinjaman.

Beliau menjelaskan, CTOS bukan rujukan utama yang membolehkan bank menyenaraihitamkan peminjam.

‘‘Sekiranya (pemohon) ada bukti bank gunakan CTOS sebagai rujukan pinjaman, maklumkan pada kita, kita akan ambil tindakan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh).-Utusan Online

belajarforexmarketiva

Posted on April 4, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: