Pelaburan Internet HARAM ?


Sekarang terdapat ramai orang yang berpendapat bahawa pelaburan melalui Internet adalah haram.

Namun, sekiranya diteliti Internet hanya bertindak sebagai wadah ataupun medium bagi menyampaikan sesuatu maklumat atau dalam konteks ini medium untuk melabur.

Banyak juga bank yang terdapat di negara ini menggunakan Internet sebagai salah satu medium bagi meluaskan pasarannya dan mempercepatkan proses.

Sebagai contoh Maybank dan Bank Islam sendiri. Di luar negara lebih ketara lagi penggunaan Internet ini dilakukan oleh bank-bank dan institusi kewangan Islam.

Internet tidak berbeza dengan apa juga medium yang kita boleh gunakan sebagai kemudahan.

Ambil contoh kereta. Kereta dijadikan medium untuk kita bergerak ke mana-mana.

Sekiranya kita menggunakan kereta untuk pergi menuntut ilmu, maka kita akan mendapat kebaikan dan sekiranya kita menggunakan kereta itu untuk tujuan merompak, sudah pastilah ia akan menjadi tidak baik. Begitu juga dengan penggunaan Internet yang disebutkan di atas.

Ia hanya menjadi medium bagi kita untuk melakukan sesuatu termasuk melabur.

Justeru, baik buruknya sesuatu perkara tersebut adalah berdasarkan konteks bagaimana kita mengaplikasikannya.

Berbalik kepada pandangan orang ramai tentang isu halal dan haram ini.

Secara dasarnya isu ini telah banyak kali diuar-uarkan kepada masyarakat iaitu hanya Allah melalui nas-nas yang muktamad daripada al-Quran dan penjelasan daripada Rasul-Nya dalam hadis atau sunnahnya yang berhak untuk menentukan hukum halal dan haram.

Orang ramai hatta para ulama hanya bertanggungjawab menyampaikan hukum halal dan haram mengikut ketetapanNya dan Rasul-Nya itu.

Bagaimanapun ini tidak bermaksud bahawa tugas ulama setakat itu sahaja.

Mereka masih dan akan tetap boleh membuat hukum, tetapi hanya hukum harus, makruh dilarang, dibenarkan dan sebagainya.

Hukum-hukum dan pandangan-pandangan ulama yang pelbagai ini pula adalah tidak muktamad.

Ini bermakna kita masih boleh menerima, menolak dan mempersoalkannya.

Oleh itu, sepatutnya para ulama dan bijak pandai perlu meneliti pandangan-pandangan yang berkaitan tentang hukum tersebut. Ini kerana lumrah manusia mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama yang lain.

Dan mereka yang betul-betul arif dalam bidang agama perlu meneliti sebelum mengambil keputusan untuk menerima pandangan yang paling baik.

Namun perlu diingatkan bahawa setelah keputusan dicapai, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengandaikan hukum haram atau halal begitu sahaja.

Justeru pelaburan Internet ini secara keseluruhannya hanya boleh dihukumkan sebagai harus atau tidak harus.

Sekiranya ia bertujuan untuk mendatangkan kebaikan maka hukumnya harus, tetapi jika dilaksanakan untuk tujuan yang tidak elok, maka hukumnya tidak harus. Justeru, tepuk dada tanyalah selera…
Oleh:Mastika Abadi Mohamad

Posted on April 2, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: