SATU PANDANGAN: HUKUM MELABUR DI INTERNET


Hukum perlaburan menerusi Internet adalah sah di sisi Islam . Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis Nabi yang menyatakan bahawa pada saat nanti akan datang satu perubahan yang ” jauh menjadi dekat” begitu juga dalil al-Quran yang menyebut pada akhir zaman “sesuatu yang jauh akan menjadi dekat “.

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman. Perubahan ini sekali gus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang business man berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria membawa barang dagangan siti Khadijah , adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana.

Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas alat tulis dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptnya telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan untuk berurus niaga, sehingga ke satu tahap ia akhirnya boleh berhubung di seluruh dunia.

Setelah itu muncul pula faks pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima yang beberapa saat yang sehingga saat ini ia digunakan . Kemudian muncul pula telifon bimbit serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui SMS dengan cepat dan pantas .

Dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar samana ada urusan peribadi, perniagaan danm sebagainya.

Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan Internet adalah sah sekaligus sebagai sanggahan untuk Dr Asri Mufti Perlis, wassalam .
Oleh yang demikian kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan . “Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba?”

Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhnya ekonomi umat Islam. Sebagai satu contoh dua kes. Kes pertama, kisah susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan yang katanya berpunca daripada air susu, Harian Metro mengeluarkan kenyataan sehingga business susu IGG menundum.

Kes kedua, Propolis Gold yang satu ketika memuncak, tiba-tiba dikejutkan adanya alkohol. Padahal minyak cap kapak pun ada alkohol.

Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ??????.

Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan, mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik, atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di Internet.?? Atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan?.

Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar yang kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.? 

Kita sebenarnya tidak tahu mungkin pada masa akan datang ada teknologi yang lebih canggih daripada Iternet. Bagi saya mereka bukan berniaga di INTERNET,  tetapi INTERNET adalah satu sistem , atau satu jaringan , atau jambatan , atau jalan yang menghubungan dengan dunia luar dengan lebih cepat dan pantas dan selamat. Bahkan kita sendiri boleh memindahkan wang ke Maybank To U .

Berdasarkan kajian saya, semua perniagaan yang berada di Internet adalah jelas. Cuma kita tidak tahu, sebab kita tidak terlibat secara langsung, kita hanya berada ” di luar ” kita hanya ” menjenguk ” atau ” mengintai “. Banyak timbul persoalan tentang perlaburan antaranya :

1. Perniagaan yang tidak jelas.?
Jawapan, bagi saya yang melihat kesemua lama web menyatakan jenis perniagaan telah di jelaskan dan nyata. Penjelesan dan kenyataan tidak perlu secara tadqiq atau detil, cukup sekadar apa jenis perniagaan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang dan sebagainya. Bahkan bank di Malysia yang tempat kita menyimpan wang setiap tidak menyakan apakah bentuk perniagaan, seperti yang di sebut pelaburuan di dalam Internet. Jikalau menerut hukum tidak sah menyimpan di bank sebab tidak dinyatakan bentuk perniagaan . 

Pelaburan di dalam Internet menurut pandangan para ulama mengatakan persoalan aqad atau kontrak dianggap sah walaupun tanpa ijab qabul, kontrak yang tidak dilakukan dengan tiada lafaz disebut al-aqad al-mu atah iaitu kontrak yang tidak dilakukan dengan perkataan atau lafaz, tetapi dengan perbuatan dua pihak, iaitu dengan tukar menukar, persetujuan dan kerelaan.

Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padalah tiada lafaz ijab dab qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan, apabila kita parking kereta selama dua jam kita akan membayar RM4 Ringgit di mesin tanpa lafaz ijab qabul.

Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat dan pada zaman sekarang internet adalah sah walaupun mereka tidak ada pada satu majlis .

Para ulama menyatakan yang di maksudkan bersatu majlis bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan. Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir, dan sebaginya.

Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual atau pembeli. Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan Percakapan, Penulisan, Persetujuan. Dalam hal pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin computer. Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.

Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan riba . Ini juga satu tuduhan yang keterlaluan . Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah .

Contohnya apabila kita melabur RM1,000( 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur RM1,000 ( 3,800) pada keesokanya dapat untung, itu namanya judi atau riba .

Pada hal untuk mendapat keuntungan paling kurang selama dua bulan, kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline, ahli dan sebaginya. Ini samalah kita menjual barang, rajin kita berusaha banyaklah kita mendapat imbuhan.

Satu perkara yang di tulis oleh Zaharuddin menyatakan kesemua itu adalah riba, menurut pandangan ulama riba ada tiga jenis :

Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan , seperti Ah Long.

Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.

Ketiga : Riba al-Nasi ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar.

Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman akan tetapi pelaburan.

Oleh Ustaz Ahmad Shukri

Posted on April 1, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: