BANK ISLAM YANG TIDAK ISLAM



Semua bank Islam yang ada di Malaysia dan lain-lain negara Islam dan bukan Islam sebenanya bukan bank Islam dalam erti benar-benar tepat dengan ajaran Islam.

Ini kerana semua bank Islam samalah dengan semua bank konvensional disebabkan ia diwujudkan untuk berkhidmat kepada orang berada termasuk para kapitalis (pemodal) untuk menguasai lebih banyak kekayaan.

Sedangkan orang miskin tidak ada yang mereka boleh mendapat faedah secara langsung dari semua bank Islam itu.

Jika orang miskin tidak dapat menabung dalam bank konvensional kerana mereka tiada wang dan mereka juga tidak boleh meminjam daripadanya kerana tiada cagaran, maka bank Islam pun bagi juga.

Bagi saya bank yang paling dekat dengan ajaran Islam ialah Bank Grameen, yang didirikan oleh ahli perbangkan Bangladesh, Muhammad Yunus yang menang Hadiah Nobel Kedamaian tahun lalu.

Sebaliknya semua bank yang mengatasnamakan Islam di Malaysia dan merata dunia adalah salinan bank konvensional yang didirikan untuk orang berada, tetapi hanya diberi celupan agama dengan dikaitkan dengan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak muktamad serta pandangan fiqah ulama dulu dan sekarang.

Tidakkah ini penipuan atas nama agama?

Saya berani mendakwa Bank Grameen dianggap paling tepat dengan ajaran Islam kerana ia memberi tumpuan untuk membantu orang miskin.

Mahu mengetahui lebih lanjut tentang Bank Grameen sila kunjungi laman web ini:

1- http://www.grameen-info.org/bank/

2- http://en.wikipedia.org/wiki/Grameen_Bank



Posted on March 29, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: