Pelaburan Internet adalah luas !


Jom kita tengok2 chart di Last Price.Contoh nilai yang ada dekat carta tu, ialah kadar tukaran wang.EUR/USD atau EUR lawan USD.Harga sekarang ialah 1.3215Bermaksud kadar tukaran wang sekarang antara EURO dan USD ialah 1.3315 pada waktu pagi.

Katakan saya nak beli/buy/long 1000 EURO jadi saya perlu bayar kepada broker adalah USD 1331.50

Petang tu, kadar tukaran wang naik, 1.3400. Kemudian saya jual/sell/short balik 1000 EURO, aku bayar broker aku 1000 EURO tu, dan broker [tak kiralah marketiva ke.. ..dan sebagainya..maksud broker disini adalah yang menyediakan platform/software atau papan harga matawang] saya akan masukkan dalam akauan sebanyak 1340 USD. Macam tu la forex yang skarang ni berfungsi.

Dan kalau kita tengok, tak termasuk dalam kategori tertangguh pun, sebab transaksi tersebut berlaku on the spot antara akaun saya dengan broker.

Soalan:

Macam mana buat untung dengan forex, kalau rate naik buat untung, rate turun pun buat untung?[dalam istilah FOREX dipanggil hedging]

Jawapan:
Untuk position long, kita beli/buy base currency, jual quote currency. contoh seperti diatas.

Base currency ialah EURO, Quote currency ialah USD.

Untuk position short/sell, kita beli/buy quote currency, jual base currency.

Contoh:

Saya beli USD 1000 dengan kadar tukaran wang 1.3315. Saya bayar kepada broker 751.03 EURO. petang tu, kadar tukaran wang turun, 1.3200. aku jual USD 1000 aku, broker akan bayar aku 757.57

In conclusion, kalau nak forex trade (kalau pakai istilah “main forex” macam berjudi/gambling pulak), pilih broker yang boleh bagi instant execution, maknanya transaction berlaku on the spot pastikan forex trade tu biarlah trade dengan ilmu, kalau main hentam2, macam main judi pula akan menjadi hukum tersebut adalah haram.

Apapun dari segi jual-beli tiada penangguhan..kita bayar direct kat broker then kita dpt pair yg kita beli pun direct…siap ada nombor pembelian tu..lepas tu hold position sampai satu masa tertentu..mungkin kita akan kata yang hold/simpan position tu yg dikatakan kita TANGGUH kan…

Cuba kita lihat di alam bisnes apa yg kita tak hold/simpan produk kita..walau jual sayur sekali pun..kalau tiada customer nak beli sayur kita..kena hold la..kalau dah sampai satu masa sayur tu busuk/rosak..terpaksa la kita buang..walaupun rugi..sama mcm forex kalau dah pair tu kita rugi dan melalui analisis yg kita buat mmg susah nak naik balik..kita close je la..dalam bisnes untung rugi biasa la..forex bukan investment yg menjanjikan sekian2 keuntungan tp forex kita trade yang mempunyai konsep jual-beli.

Justeru,bagi mereka yang tidak tahu membezakan antara SPOT FOREX dan FORWARD FOREX saya ingin mengulas sedikit disini Spot forex dgn kata mudah urusniaga yang dilakukan seperti sekarang ni melalui broker spt anda daftar atau trade akaun demo/live kat Marketiva sebagainya. Sila lihat melalui pautan link ini untuk melihat urusniaga yang dilakukan oleh BIFCA (BIFCA adalah merupakan salah satu anak syarikat dibawah kendalian BANK ISLAM MALAYSIA yang bertanggungjawab melakukan urusniaga forex)

http://www.bankislam.com.my/About_BIFCA.aspx

Manakala Forward Forex adalah seperti simpanan tetap,seperti anda beli mata wang pounds dalam masa setahun telah ditetapkan keuntungannya seperti 5% ke 8% ,tidak kira apa pun berlaku sama ada nilai pound turun atau naik jika anda membeli matawang tersebut keuntungannya telah ditetapkan terlebih dahulu. Sila lihat ke link dibawah untuk melihat contoh forward forex di Hong Leong Bank http://www.hlb.com.my/pfs/depffd.htm ini memang tidak dibenarkan dalam sistem muamalah Islam kerana ada ulama` mengatakan mana-mana pelaburan yg menjanjikan pulangan tetap dikira tidak sah dan tidak dibolehkan.

Swap atau Overnight charges

Maksud swap di FOREX sekiranya kita menyimpan atau hold posisi samada buy/sell caj akan dikenakan atau interest apa yang disebut secara umum.

Menurut Support Marketiva semasa pertanyaan pihak kami buat mengatakan”Marketiva has introduced Zero-Interest policy on all open positions. No overnight interest is currently charged or paid on open positions. For that reason there are no conflicts between Marketiva’s service and Islamic religious Riba prohibition.”

Manakala di company FOREX Neuimex Direct Dealing S.A atau dikenali NEUIMEX yang beralamat di Neuimex Asset Management AG , Zuerich Switzerland semasa pihak kami baca dan menandatangani dokumen perjanjian yang ditandatangani antara saya dengan pihak Neuimex juga ada menawarkan free-swap account for muslim dengan syarat Neuimex menambahkan +1 pips pada setiap spread currency pair.

Jika dilihat persoalan mengenai bayar/terima tertangguh sebagaimana yang terdapat pada hadith yang diriwiyatkan oleh Muslim..Sabda Nabi s.a.w

Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai” ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 )

Maka,pandangan ahli fiqh pula berpendapat bahawa matawang dikiaskan sebagai emas.

Kalau macam kereta,ayam beku ke..dan sebagainya konsep bayar/terima secara tangguh tu tidak dikatakan haram.

Maka emas, perak, gandum,tamar dan garam
yang dinyatakan dalam hadith diatas tidak boleh bertangguh kerana dikatakan Riba Nasiah.

Sekian,Perbincangan ini akan diteruskan lagi kerana hukum forex bukan lagi qatie` atau muktamad halal atau haram yang heboh di media metro dan internet sekarang adalah mengenai pelaburan di internet dan berdasarkan pandangan peribadi dan fatwa di beberapa buah negeri telah memutuskan untuk mengharamkan pelaburan ini yang hanya mengaitkan mengenai riba sahaja.

Terdapat memberapa sumber penulis sempat membuat kajian pengajian kuliah dari University Al-Azhar dalam kitab FEQH MUAMALAT menyatakan bahawa Ulama Feqh [Majoriti Ulama` Fekah] masa kini mengharuskan/membolehkan dalam permasalahan ini dan sumber2 dari perkara ini secara mutlak sepertimana juga pandangan Syeikh Muhammad Abduh,Dr.Muhammad Yusuf Musa,Syeikh Muhammad Al-Khalisi [Rehda,Muhammad Rasyid: Tafsir Al-Manar Al-Qaherah : Terbitan Darul Manar Cetakan Ke-3 1952]

Diikutinya Syeikh Mahmoud Shaltut[Syeikh Al-Azhar 1975] [Dalam Al-Fatawa M.S 355 Jeddah.Darul Syuruq Cetakan 8 1975M] walaupun didapati ada unsur-unsur riba didalamnya adalah dikira sebagai darurat atau keadaan terpaksa [tidak boleh dielakkan]

Pandangan ini juga diterima oleh pensyarah Universiti Al-Azhar seperti Dr. Husni Abdul As-Samie Ibrahim.Pensyarah Feqh dan Perbandingan di University Al-Azhar Mesir.Dalam kitabnya Qodhoya Feqhiyyah Iqtisodiah Muasorah[Perbahasan Fekah Ekonomi Semasa Cetakan Tahun 2006M.]

Manakala ulama` lain mengharuskan dengan mengariskan syarat2 tertentu berpendapat :

1- Syeikh Abdul Wahab Khalaf pula[Khalaf :Muhammad Abdul Wahab: Ilmu Usul Feqh M.S 238 -Alkuwait : Darul Qalam Cetakan 20 1986M] mensyaratkan tidak ada padanya unsur2 riba.

2-Syeikh Ali Al-Khafif [lihat As-Syarikat Fil Islami M.S 98] mensyaratkan tidak didatangkan dalamnya asal-asal dalam agama secara keseluruhan seperti diharamkan riba dan penjualan daging babi.

3- Syeikh Al-Qardhawi pula yang mensyaratkan tidak meliputi kerja2 syarikat diatas perkara yang dilarang dalam agama seperti perkilangan dan penjualan Arak tidak terlibat dengan pinjaman yang berkadar faedah.[Al-Qardhawi :Yusuf, Feqhu-Azzakat Beirut Muassasah Ar-risalah Cetakan 2 1973M].

Semoga penjelasan ini dpt membantu pemahaman kepada mereka yang keliru.

Sedutan artikel ini juga di tulis dan disumbangkan oleh : Salah Seorang Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Dalam Falkulti Undang-Undang.Beliau boleh dihubungi melalui flizzoe@yahoo.co.uk atau YM : flizzoe

belajarforexmarketiva

Posted on March 20, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: