Bila Bercakap Hukum Hakam…



Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang kita bila membincang tentang agama menyebut hukum-hakam halal, haram dan sebagainya.

Tidak sempurna agaknya membincang tentang agama tanpa menyebut perkara itu. Padahal hukum-hakam dalam Islam bukan perkara utama.

Manakala hukuman pula dianggap paling akhir dilaksanakan.Jika mengkaji al-Quran dan hadis secara teliti, anda akan mengetahui bahawa apa yang dianggap hukum dalam kedua-dua sumber ajaran Islam itu amat sedikit sekali.

Malah dalam al-Quran terdapat kurang daripada satu peratus ayat yang memperuntukkan hukum-hakam yang kebanyakannya tentang ibadat.

Saya pernah menyentuh perkara ini ketikka membentang kertas kerja dalam forum Datuk Seri Anwar Ibrahim/Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini dan menjadi sedikit kecoh kerana dibantah oleh seorang ulama Pas, Abdul Ghani Shamsudin.

Kerana kebiasaan inilah meyebabkan ruang perbincangan agama di negara ini dipenuhi dengan wacana hukum-hakam. Ini yang berlaku dalam akhbar, majalah, radio, tv, kedai kopi dan lain-lain.

Mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam Islam yang berhak menentukan hukum halal dan haram hanya Allah melalui nas-nas yang muktamad daripada al-Quran dan penjelasan daripada Rasul-Nya dalam hadis atau sunnahnya.

Sedangkan ulama tidak berhak untuk berbuat demikian. Sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab menyampaikan kepada orang ramai hukum halal dan haram yang ditentukan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul-Nya itu.

Bagaimanapun, ini bukan bererti ulama tidak boleh langsung membuat hukum. Mereka boleh membuat hukum, tetapi hukum yang mereka buat bukan hukum halal dan haram yang menjadi hak Allah itu. Sebaliknya mereka hanya boleh membuat hukum harus dan makruh dan seumpamanya sahaja. Hukum yang dibuat mereka pula tidak muktamad, boleh diterima dan ditolak serta dipertikaikan.

Dengan itu tidak hairanlah jika ulama zaman silam membezakan antara hukum Allah yang muktamad dan hukum manusia tidak muktamad. Mereka memanggilhukum Allah yang muktamad sebagai halal dan haram.

Sedangkan hukum yang mereka buat ditetapkan dengan ijtihad mereka sendiri, mereka memanggilmya harusbagi yang dibolehkan dan makruh bagi yang tidak dibolehkan.

Ini adalah asal usul hukum-hakam dalam Islam dan ia amat berbeza dengan yang difahami masyarakat hari ini.

Bagaimanapun, pembahagian hukum-hakam menurut asal usul ini boleh dikatakan jarang dipeduli oleh ramai ulama zaman ini kecuali di kalangan ulama yang merupakan ahli akademik, sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara Islam lain.

Dengan itu, adalah menjadi perkara biasa di kalangan ulama itu memanggil hukum halal dan haram terhadap hukum dan fatwa yang mereka buat. Inilah yang menyebabkan muncul logo halal.

Padahal perkara itu tidak betul. Hukum yang dimaksudkan pada logo itu mencakupi hukum halal yang dibuat atau difatwa oleh ulama. Sedangkan halal dan haram adalah khusus bagi Allah sahaja.

Penyelewengan ini sebenarnya berlaku sejak beratus-ratus tahun dulu lagi. Tidak dipastikan dengan jelas tentang permulaan muncul penyelewenganitu, tetapi saya menganggap ia berlaku selepas kejatuhan umat Muslim di mana muncul ulama taklid (peniru) buta yang tidak menggunakan pendekatan yang tepat dalam membuat hukum-hakam dan mengeluarkan fatwa sehingga menyebabkan mereka tidak membezakan lagi antara hukum Allah yang muktamad dan hukum manusia yang tidak muktamad.

Pengaruh pengelewengan ini menjadi fahaman yang dominan dalam masyarakat umat Muslim hari ini dan penyelewang itu sudah dianggap sebagai perkara betul atau sekurang-kurangnya perkara biasa.

Ia sudah sebati dengan kita sehingga tidak terlihat lagi penyelewengannya. Itulah yang menyebabkan orang Muslim, sama ada orang awam mahupun ulama akan memanggil segala perkara yang harus (muhah) yang tidak ditentukan hukum oleh Allah secara muktamad sebagai halal. Padahal ia bukan halal, tetapi harus. Manakala perkara-perkara makruh pula mereka menganggilnya haram.

Dalam perkamusan Melayu, istilah halal dan haram yang khusus bagi Allah itu telah digunakan dalam perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan agama, seperti memanggil orang asing yang memasuki negara ini secara tidak sah sebagai pendatang haram dan rumah yang didirikan di atas tanah kerajaan atau bukan milik orang yang mendirikan rumah itu sebagai rumah haram, anak luar nikah atau anak zina dipanggil anak haram dan begitulah seterusnya.

DALIL HALAL DAN HARAM KHUSUS BAGI ALLAH

Untuk memahami tentang perkara tidak betul dulu dianggap menjadi perkara betul kini atau sekurang-kurangnya perkara biasa, tidak dapat tidak perlu merujuk kepada ulama-ulama besar kita.

Dalam kitab-kitab mereka dinyatakan bahawa mereka membezakan antara hukum Allah dan hukum manusia itu dengan sejelas-jelasnya.

Sedangkan ulama zaman ini walaupun ada segelintir yang membincangkan perkara itu dalam buku mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak mengambil endah. Malah mereka sendiri terlibat dalam membuat hukum halal dan haram itu.

Jika merujuk kepada imam besar yang menjadi sanjungan umat Muslim di Malaysia, Imam as-Syafi’i sebagai contoh, boleh didapati bahawa beliau dalam kitab al-Umm menyatakan yang berhak membuat hukum halal dan haram hanya Allah sahaja.

Untuk berhujah dalam kitabnya Imam as-Syafi’i menukil kata-kata Abu Yusuf (ulama mazhab Hanafi) yang berbunyi: “Aku mengenali beberapa syeikh kita yang tergolong daripada ahli ilmu. Mereka tidak suka (yakrahun) memfatwakan dengan berkata, itu halal dan ini haram kecuali yang ada dalam kitab Allah azawajala dan kami (hanya) menerangkan (hukum halal dan haram itu) tanpa tafsir (takwil).”

Seterusnya Imam as-Syafi’i menukil daripada Abu Yusuf lagi: “Telah memberitahu kami Ibnu as-Saa’ib
daripada Rabi’i bin Khaitham – dan dia merupakan tabiinyang terbaik- dia berkata, jangan sekali-kali seseorang
itu berkata bahawa Allah telah menghalalkan ini atau meredhainya, maka Allah berkata, Aku tidak menghalakandan meredhai perkara itu.

Dan (begitu jika orang itu) berkata bahawa Allah telah mengharamkan ini, maka Allah berkata, kamu berbohong, Aku tidak mengharamdan menegahkannya.

Telah memberitahu sesetengah rakan kita (ulama-ulama mazhab Hanafi) daripada Ibrahim an-Nakhai’i bahawa dia bercerita tentang rakan-rakannya bahawa bila mereka memfatwa dan melarang sesuatu, mereka berkata, ini makruh dan itu tidak mengapa (baik). Sedangkan untuk berkata, ini halal dan itu haram adalah amat besar.”

Begitulah yang ditulis oleh as-Syafi’i dalam kitab al-Umm. Ulama-ulama mazhab yang lain dan juga ulama-ulama di luar mazhab pun begitu juga.

Pada zaman itu jika ada ulama yang tidak membezakan antara hukum Allah dan hukum manusia, mereka akan dikritik dan dipertikai seperti yang dilakukan oleh Abu Yusuf kepada Imam al-Auzaii dalam nukilan Imam as-Syafi’i di atas.

Ibnu Hazm dalam kitab Ihkam al-Ahkam fi Usul al-Ahkam menulis: “Maka sesungguhnya mufti tidak boleh mensyariatkan (sesuatu hukum agama), menghalal dan mengharam.

Sebaliknya dia perlu memberitahu hukum daripada Allah taala tentang sesuatu perkara. Adalah tidak masuk akal hukum Allah taala tidak tetap, sama ada hukum halal mahupun hukum haram dan wajib.

Firman Allah taala “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. .Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah 2/173).

(la) menjelaskan bahaua hukum telah tetap dalam setiap perkara, sama ada dengan hukum halal mahupun dengan hukum haram dan wajib. Dan sesiapa yang menghalal dan mengharamkan menurut ketetapan pelbagai ulama, dia mengharam. menghalal dan mewajibkan (sesuatu seperti Allah), itu adalah kafir bagi orang yang menganggapnya begitu.

Dan finnan Allah taala: “Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Ayat ini) membatalkan kata-kata orang yang menganggap bahawa sesuatu itu menjadi halal dan haram, menurut pelbagai ulama dan (ayat yang sama) memberitahu bahawa sesiapa yang berkata begitu adalah berdusta. Kerana sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Allah taala adalah haram dan bukan halal, dan apa yang dihalalkan oleh-Nya adalah halal dan bukan haram?

Beberapa pandangan ulama lain berhubung hak menghukum halal dan haram terletak pada tangan Allah taala sahaja ialah pandangan Imam Malik bin Anas.
Beliau berkata: “Tidak menjadi urusan orang (pada zamannya) dan tidak juga (dilakukan) oleh orang-orang yang terdahulu, dan aku juga tidak mengetahui seorang pun yang aku mengambil contoh daripada mereka berkata tentang sesuatu perkara: “Ini halal dan itu haram.” Mereka tidak berani melakukan perkara itu.

Sebaliknya mereka berkata: “Kita tidak sukai perkara itu (makruh) dan menganggap perkara ini baik, kita minta berlindung daripada perkara itu (tidak mahu buat) dan tidak bersetuju dengan perkara ini. Mereka tidak berkata halal dan haram.”

Imam Ibnu al-Qayyim berkata: “Allah taala menegah seseorang berkata ini halal dan itu haram selagi mana Allah dan Rasul-Nya tidak mengharamkan secara nas.
Ibnu Taimiyyah juga berkata: “Ulama salaf (terda-hulu) tidak menyebut haram kecuali apa yang diketahui bahawa ia haram secara putus (qat’i).”

Jadi, ini menjadi jelas bahawa menentukan halal dan haram itu adalah menjadi hak Allah semata-mata.

Ini berbeza dengan sesetengah agama lain yang didakwa orang agamanya boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu termasuk mengampun dan menghapuskan dosa manusia.

Perbuatan yang dianggap menyekutui Allah, iaitu membuat hukum halal dan haram itu ditegah oleh al-Quran. Allah berfirman: ” Apakah mereka itu mempu-nyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan Allah?” (as-Syura: 21)

Al-Quran menyifatkan ahli kitab telah melakukan perbuatan yang dianggap syirik itu. Allah berfirman: “Mereka itu telah menjadikan para paderi dan pendetanya sebagai tuhan selain Allah; dan begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan), padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya hanya berbakti kepada Allah, Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Suci Allah daripada apa-apa yang mereka sekutukan.” (at-Taubah: 31)

Dalam konteks ayat di atas, Adi bin Hatim telah berkata kepada Rasulullah dan dia pada waktu itu masih beragama Kristian dan belum lagi memeluk Islam, dia setelah mendengar ayat tersebut berkata: Wahai Rasullah! Sesungguhnya mereka itu tidak menyembah para paderi dan pendeta itu. “Maka jawab Rasulullah s.a.w.: “Betul! Tetapi mereka (para paderi dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian me­reka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahan-nya kepada mereka.” (Riwayat at-Tirmizi)

“Memang mereka (ahli kitab) itu tidak menyembah pendeta dan paderi, tetapi apabila pendeta dan paderi itu menghalalkan sesuatu, mereka pun ikut menghalalkan juga; dan apabila pendeta dan paderi itu mengharamkan sesuatu, mereka pun ikut mengharamkan juga.”

Orang Kristian menganggap Nabi Isa a.s. telah mem-beri mandat kepada para muridnya untuk menentukan halal dan haram.

Ulama hanya menyampai hukum.

Pelanggaran yang sama dilakukan oleh kaum Musyrik kerana mereka yang berani mengharam dan menghalalkan tanpa izin Allah.

Allah berfirman: “Katakanlah! Apakah kamu me-ngetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?” (Yunus: 59)

Begitu juga Allah berfirman: “Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia.” (an-Nahl: 116)

CARA MENILAI ULAMA MENGHUKUM HALAL DAN HARAM PADA HARI INI

BERDASAR kepada beberapa pandangan ulama di atas yang sebenarnya berlandaskan nas-nas yang kuat
daripada al-Quran dan hadis termasuk beberapa banyak nas lain yang penulis tidak menyebutnya di sini dapat dikatakan bahawa menjadi kesalahan besar dari segi agama kita membuat hukum halal dan haram kerana iabukan hak kita, tetapi hak Allah.,

Namun begitu, apa boleh buat jika sesuatu perkara sudah menjadi musibah menyeluruh yang dipanggil
dalam fikah sebagai umum al-balwa kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan tanggapan umum begitu. Ini bukan bererti perlu menerima bulat-bulat perkara itu, tetapi kita perlu menanggapinya mengikut suasana dan keadaan setempat.

Dalam kitab-kitab fikah umpamanya ulama menyebut perkara yang menjadi musibah menyeluruh itu menjadi antara punca memberi kelonggaran dan tolak ansur dalam amalan agama.

Dalam kes ulama yang tidak membeza antara hukum Allah dan hukum manusia kerana mereka membuat hukum halal dan haram seolah-olah mereka membuat kerja Allah itu pun begitu.

Cuma jika kita mampu merujuk kepada al-Quran dan hadis sendiri, kita perlulah menilaikan hukum halal dan haram yang dikeluarkan okh ulama itu dengan sebaik-baiknya. Kita bersangka baik dengan mereka dan dengan menganggap hukum halal atau haram yang mereka membuat itu merupakan halal atau haram yang telah ditetapkan oleh Allah berdasarkan penilaian kita kerana ada nas-nas al-Quran yang muktamad memperuntukkannya. Seterusnya kita berkata pula mereka tidak membuat hukum halal dan haram itu, tetapi mereka hanya menyampaikan hukum yang telah ditetap oleh Allah sahaja.

Itu yang pertama. Yang kedua pula, jika kita mendapati hukum halal dan haram yang dikeluarkan oleh ulama tidak betul kerana Allah tidak pernah menetapnya secara muktamad, maka kita kata hukum mereka adalah hukum ijtihad.

Ini maksudnya ia adalah halal dan haram ijtihad mereka. Mungkin juga kita memanggil hukum halal dan haram seperti itu sebagai hukum halal dan haram manusia dan bukan hukum halal dan haram Allah.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah sedar bahawa penetapan hukum halal dan haram itu adalah menjadi hak Allah dan bukan hak manusia, maka lebih baik bagi mereka meninggalkan perkara yang menjadi musibah menyeluruh itu dan jangan sekali menghukum sesuatu itu halal dan haram kecuali ia telah ditetap oleh Allah dan dijelas oleh Rasul-Nya.

Posted on March 19, 2007, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: