Pegawai kanan Kerajaan Terlibat Dalam Skim Cepat Kaya?


KANGAR: Ada pegawai kanan kerajaan di negeri ini dikesan terbabit dalam skim cepat kaya melalui pelaburan di Internet yang semakin popular hingga menjejaskan prestasi kerja masing-masing.

Justeru, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit jika masih berdegil meneruskan kegiatan skim itu yang didakwa turut membabitkan keseluruhan kakitangan sebuah jabatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pelaburan di Internet dengan pelbagai keuntungan yang ditawarkan itu sudah sampai ke peringkat serius dan perlu ditangani segera.

“Jika masuk sesebuah jabatan kerajaan, kita akan melihat segelintir kakitangan kerajaan sibuk berurusan atau mengendalikan pelaburan skim pelaburan menerusi Internet.

“Apa yang menarik, bosnya (ketua jabatan) turut mengeluarkan wang untuk menyertai skim ini. Ia bukan saja menyebabkan prestasi kerja menurun tetapi menjadikan seseorang papa dan miskin.

“Gejala ini perlu disekat dan kakitangan kerajaan di sini diminta segera meninggalkan skim itu atau berhadapan dengan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, seorang kakitangan awam di negeri ini sudah dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati serius terbabit dalam skim cepat kaya di Internet.

Bagaimanapun, beliau yang tidak menyatakan bentuk tindakan terhadap pegawai terbabit berkata, beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan sedang diawasi sebelum tindakan diambil.

Sebelum ini, laporan akhbar menyebut beberapa skim pelaburan di Internet seperti swisscash, em-pay, abb-fund, winlifund dan eaindex ditawarkan kepada pelabur dengan kadar keuntungan menarik.

Mengulas lanjut, Shahidan meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap anggota perkhidmatan awam yang terbabit dalam skim pelaburan Internet.

Katanya, di peringkat negeri, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri agar mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang terjebak dalam skim itu.

Harian Metro – 5 Mac 2007

Lebah berpendapat adalah wajar tindakan tatatertib diambil kerana mencampuri urusan kerja di pejabat dengan urusan bisnes dan menyalahgunakan kemudahan internet ditempat kerja.Tak mau kerja ramai lagi yang sedang menunggu kat luar…

Faktor kedua kemungkinannya gaji tidak mencukupi..kalau nak bisnes online ni..buatlah ler kat umah diluar waktu kerja.Ni dah melampau bila masuk ke pejabat.! Adus macam2………..

Posted on March 9, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: