Bila Orang Menghukum FOREX atau Saham??


Sesiapa saja boleh memperkatakan tentang hukum.. tanpa disoal selidik dan kajian yang terperincil serta perbincangan yang sewajarnya.

Bagi penulis disini….sesuatu hukum mestilah berdasarkan perbincangan dengan perbagai ulamak (pakar) samaada ulama-ulama agama, pakar ekonomi dan pelbagai pihak lg..Sebenarnya soal hukum forex ini sudah lama, cuma sejak kebelakangan ini dipersoalkan,semenjak pelabur2 kecil forex mula dibukakan secara online pada tahun 1995.

Sedangkan pelabur2 besar sudah sekian lama berdagang dalam FOREX semenjak dulu lagi.

FOREX ini ada susun galurnya dan peringkat perjalanannya .Ada beberapa pengkaji sejarah ekonomi mengatakan ia bermula daripada pertukaran barangan kemudian pertukaran wang.

Kita lihat bagaimana sejarah pertumbuhan pasar2 niaga atau market2 di negara Rom yang mula memperkenalkan tentang pasar niaga atau suuq maliah atau istilah Colleigin Marcaterum pada kurun ke-5 sebelum masehi.Kemudian berkembang dikalangan orang2 Yunani memperniagakan baranganya di Athena atau Athen dan dan berkembang juga pasar-pasar bagi kaum arab di zaman jahiliah.

Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran pada surah Quraisy yang mana kaum Quraisy menjalankan perniagaannya pada musim sejuk ke Yaman dan musim panas ke Negara Syam [Syiria] yang mana mereka bergerak masuk untuk berniaga di bandar2 besar yang dinamakan Bazara [Bazar] mereka mempamerkan barangan perniagaan dan lahirlah peraih atau orang tengah /broker untuk menyetujui harga barangan mereka.

Kemudian berkembang pula yang dikenali sebagai Al-Bursot atau Bursa [tempat berkumpul atau market] diakhir kurun ke-13 selepas Masihi setelah adanya pembinaan tempat perniagaan yang khusus atau market untuk peniaga2.

Dan berkembang pula Sorofah Al-Italiah [Italy Money Changer] atau tempat pertukaran wang asing yang diasaskan oleh orang Itali dan berkembang ke negara eropah seperti Denmark,German dan Perancis.

Pada tahun 1300 Masehi lahirlah pedagang2 besar yang termasyhur di bandar dan pusat2 perniagaan dunia pada ketika itu adalah di madinah burush [Bruge] Al-Baljikiyyah atau Belgium yang merupakan salah satu tempat yang strategik untuk pedagang2 Italy dan lahirlah tokoh koporat atau dalam bahasa arabnya dikenali sebagai rijalul-a`mal.

Setelah lahirnya tokoh-tokoh koporat yang begitu termasyhur dan ramai dibangunkan pula tempat simpanan harta atau wang atau bank pada tahun 1485 Masehi kemudian berkembanglah ke Antorp hingga tahun 1531 Masehi. [Ridhwan : Aswaq Auraq Al-Maliah M.S 28-29]

Seterusnya mulalah berkembang pasaran2 secara bersistem dan berorganisasi dengan gambaran masa kini yang sebelum ini terdapat beberapa peringkat pertumbuhan tempat2 perniagaan seperti di Perancis,London dan Amerika.

Kembali kita kepada perbincangan kita….Mengikut kefahaman umum rata2 mudah sahaja membuat hukum tanpa perlu kaji..asal jer bunyi SAHAM…RIBA.!.semuanya dihukumkan sebagai HARAM..tambahan bila satu hasil dagangan itu berkaitan dengan Bukan Islam,dan berhubung kait pula dengan Mata Wang Asing Dunia..majoriti adalah Bukan Hak Orang Islam..so, senang2 saja nak jatuhkan hukum itu dengan HARAM..Walhalnya..SAHAM atau RIBA itu tanpa kita sedari ada beberapa hukum yang diharuskan,berdasar beberapa faktor…dari segi uruf dan sebab2 atau `illah seseorang itu.Dan kekadang ulama mengambil kira juga diatas dasar masyarakat awam/dan kemaslahatan dunia.

Rasanya secara rawak tak perlu lagilah kita mengguna wang kertas..tak perlu lagi kita pakai rumah….tak perlu kita pakai itu dan ini sebab sah2 hendak menghukum perkara itu haram atau bidaah sebab tiada pd zaman Nabi S.A.W..Tetapi oleh sebab beberapa faktor tadi..diharuskan..disunatkan dan sebagainya.

Kalau diilihat dari segi kelebihan untuk membuat hukum itu sendiri..kebanyakkan individu Orang Islam itu sendiri hatta Negara Islam pun tiada dapat menguasai empayar ekonomi dunia ..walau pada asalnya ia adalah dari Islam sendiri..sebagai contoh dalam penggunaan dinar dan dirham atau pertukaran barangan import-export dan sebagainya.

Secara peribadi penulis juga mendapati kebanyakkan broker2 FOREX dalam Negara Islam Dunia pun tak terlepas dari membuat penjanjian atau ikatan akad dengan orang bukan Islam yang ditandatangani bersama.Individu Islam boleh menubuhkan BANK sahaja.. dari segi penguasaan market FOREX(Pertukaran Wang Asing Dunia) Kepada Orang Bukan Islam juga yang mengendalikan.Kalau nak bagi hukum berilah secara keseluruhan..jangan mengambil atau mencedok. senang2 nak mengugut2 dengan beberapa nas2 tertentu yang tidak jelas,hanya dari sudut pentejemahan makna sahaja….

Sebenarnya..apa2 hukum yang berkaitan dengan umum perlu kepada perbincangan dengan orang Bukan Islam..Bagi yang bijak pandai bersuara dan senang2 menghukum apa kata jemput Soros, Bernakne, Trichet,Junckle dan sebagainya untuk berbincang berikan pandangan kita dan satukan padangan dia..barulah beri Hujah /Hukum yang tepat dan orang Islam rasa puashati..kalau tidak rasa boleh..kembalikan kepada “ISTINBAT HUKUM”.

Sebenarnya perkara ini adalah perkara2 furu`[cabangan2 dalam agama] kita berbesar2kan..Kesudahannya..orang Islam juga sentiasa dalam kerugian dengan pertikaian yang tidak secara bijaksana dan hikmah sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam..sebenarnya dalam Islam Itu adalah Indah dan mudah..Hanya orang Islam itu sahaja yang membuat ia menjadi sukar..dan menambah bebanan..Atas dasar kejahilan yang sendiri tidak mahu mangaku kelemahan.

Apa yang dpt disimpulkan Jumhur Ulama Feqh [Majoriti  Ulama` Fekah]masa kini mengharuskan dalam permasalahan ini dan sumber2 dari perkara ini secara mutlak sepertimana juga pandangan Syeikh Muhammad Abduh,Dr.Muhammad Yusuf Musa,Syeikh Muhammad Al-Khalisi [Rehda,Muhammad Rasyid: Tafsir Al-Manar Al-Qaherah : Terbitan Darul Manar Cetakan Ke-3 1952]

Diikutinya Syeikh Mahmoud Shaltut[Syeikh Al-Azhar] [Dalam Al-Fatawa M.S 355 Jeddah.Darul Syuruq Cetakan 8 1975M] walaupun didapati ada unsur-unsur riba didalamnya adalah dikira sebagai darurat atau keadaan terpaksa.

Pandangan ini juga diterima oleh pensyarah Universiti Al-Azhar seperti Dr. Husni Abdul As-Samie Ibrahim.Pensyarah Feqh dan Perbandingan di University Al-Azhar Cawangan New Damietta City,Mesir.Dalam kitabnya Qodhoya Feqhiyyah Iqtisodiah Muasorah[Perbahasan Fekah Ekonomi Semasa Cetakan Tahun 2006M.]

Manakala ulama` lain mengharuskan dengan mengariskan syarat2 tertentu berpendapat :

1- Syeikh Abdul Wahab Khalaf pula[Khalaf :Muhammad Abdul Wahab: Ilmu Usul Feqh M.S 238 -Alkuwait : Darul Qalam Cetakan 20 1986M] mensyaratkan tidak ada padanya unsur2 riba.

2-Syeikh Ali Al-Khafif [lihat As-Syarikat Fil Islami M.S 98] mensyaratkan tidak didatangkan dalamnya asal-asal dalam agama secara keseluruhan seperti diharamkan riba dan penjualan daging babi.

3- Syeikh Al-Qardhawi pula yang mensyaratkan tidak meliputi kerja2 syarikat diatas perkara yang dilarang dalam agama seperti perkilangan dan penjualan Arak tidak terlibat dengan pinjaman yang berkadar faedah.[Al-Qardhawi :Yusuf, Feqhu-Azzakat Beirut Muassasah Ar-risalah Cetakan 2 1973M].

Dalam agama perkara yang jelas asal itu haram..haram lah..tapi disebabkan ulama di Malaysia ini adalah masih ditahap yang lama dari segi pengintinbatan hukum boleh memecah-belahkan dan mengongkong umat Islam itu sendiri.

Begitu juga dalam masalah Mazhab bagi mereka yang belajar dan tahu mana-mana atau 4 mazhab dalam feqh atau pandangan mazhab pun kita boleh pakai mengikut keadaan kita nescaya kita tidak lagi menjadi pertelingkahan dengan syarat ulama itu memainkan peranan untuk menjelaskan dengan bijaksana dan berhikmah kepada masyarakat awam bukan di atas kepentingan sesuatu yang dikehendaki dan diharapkan…

Di Mesir sendiri walaupun majoriti adalah Mazhab Imam Hanafiah tetapi ulama juga membicarakan/menerima pandangan dari kefahaman Imam2 lain.

Kesimpulannya..sapa2 nak berpegang kepada HARAM..hukumlah…tetapi perlu kepada hujah2..begitu juga kepada yang menghukum kepada benda ini HARUS perlu juga kepada hujah..TETAPI perlu ingat..jangan terus kepada hukum yang kita sendiri samar2 dan mengugut2 dengan nas2 tidak jelas,dengan kata lain hanya teori..tanpa praktikal..
Bagi HARUS juga adalah kemaslahatannya… kerana disana ada perselisihan pendapat ulama dalam perbicaraan perkara-perkara furu’ (cabang) dlm.agama.

Contoh mengikut instinbat ulama feqh..kalau arak hukumnya adalah haram sbb “memabukkan”..bagaimana pula dengan ubat bius, tak diharamkan..sedangkan kedua2nya adalah “memabukkan” ..so,kerana disitu ada maslahatnya dalam perubatan.

Bagaimana nak fahamkan kalimah istinbat ? Penulis memberikan contoh KEJU, zaman2 dahulu nama keju,dadih,yougurt belum lagi tercipta ..tetapi “ASAL” keju, itu sudah ada iaitu SUSU,dan sekarang sudah tercipta macam2 hasil dari tenusu tersebut, pada asalnya adalan Susu Lembu …..begitu juga seperti BUAH LIMAU….dulu limau adalah sebiji buah..tetapi dari ISTIBATnya sebiji limau itu..terhasillah pil2 vitamin C atau Jus..

Begitulah dalam permasalahan hukum ulama mengambil dari asal mengikut kepentingan dan kemaslahatan umat Islam masakini..kalau wang kertas kita pakai masakini pun ada maslahatnya atau kebaikkannya kalau penggunaa emas terus..kemungkinan risiko lebih besar..maka diistibatkan kepada perciptaan kad kredit..sekarang ini pula orang memakai pula e-currency seperti e-gold,paypal,moneybookers dan sebagainya..semuanya alternatif risiko dan kebaikan utk urusan jual-beli mengikut kesesuaian peredaran masa,sempadan dan tempat.

Fikir2kanlah mana yang patut kita elakkan…Samada Lebih baik hidup dicengkam dengan hutang-piutang dari hidup bebas hutang …hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...

Pesan syeikhku…ingatlah kebinasaan ulama adalah cintakan pangkat,harta dan wanita. !!

Setiap amalan/gerak-kerja itu pasti akan bermula pada niatnya.

Ku pohon Ya Allah Ya Tuhanku jadikan dunia ini ditanganku bukannya dihatiku…adalah layak dihatikan adalah kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH……………

Posted on March 8, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: