Apa yang aku faham tentang FOREX ?


FOREX adalah singkatan daripada Foreign Exchange yang membawa maksud pertukaran matawang asing yang meliputi sekurang2nya 4500 bank2 di seluruh dunia atau dipanggil spot market yang hanya tertumpu kepada jenis2 matawang asing.

Senang cite cam ‘pasar wang2 dunia’ disana ada pertukaran mengikut nilai2 tertentu..disana mereka bertukar2an matawang antara satu sama lain ada penawaran dan permintaan.Tapi sekarang dunia dah canggih hanya online saja..dunia tiada batasan dah sekarang ni..tak perlu nak p pasar2 tu..petik keyboard dan mouse saja ada internet..ada komputer saja..24 jam 5 hari dalam seminggu..sabtu dan ahad cuti [utk berehat..p jalan2..main golf..rekreasi..untuk release tension..hahaha] .

Berforex sekarang dimana jua kita berada atau tiada satu lokasi yang ditentukan untuk kita melakukan transaksi pertukaran matawang atau nilai matawang itu sendiri.Nak beli/jual matawang eropah seperti EURO [EURO] ke Great Britian [GBP] ke Dollar Amerika [USD] semuanya tanpa batasan..penting ada wang je utk memulakan bisnes tapi jangan lupa cari ilmu dulu sebelum terjun ke dunia forex dimana harus dicari ilmu forex ? di internet bersepah ilmu ini bermula dari kelas2 online,forum,buku-buku elektronik,kelas offline,seminar dan kursus-kursus dengan harga yang berpatutan..dan free pun ada..pandai2 je cari..tak mau buang masa masuk seminar atau kelas offline..kalau nak jimat cari jer kat dunia internet yang terbentang luas ini..nak seribu daya tak nak bertrilion dalih…berlambak2 ade..

Biasalah kekadang itu orang kita ni berkira kot kalau tentang bayaran ilmu tapi..atas dunia ni segalanya memerlukan wang..wang bukan segala2nya tapi segala2nya perlukan wang !!nak free ke? aku biasanya melepak kat komuniti ini yang sedia memberi tunjuk ajar tentang forex secara percuma..jom kalau nak melepak gak..di www.alkiram.net

Transaksi harian FOREX ini sebenarnya melibatkan berbilion..bertrilion dollar amerika dalam seharian saja.

Secara kefahaman aku… nak faham benda2 cam ni senang je..”pasar matawang” istilah aku..kita berurusan jual/beli nilai2 matawang..alah sekarang ni tgk nombor jer..cam gak kita nak tgk akauan bank secara online..ada nombor tu maknanya ada lah duit dalam bank kita tu…kalau korang pakai maybank ke BCB ke CIMB ke..e-gold ke…paypal ke..moneybooker ker…ish macam2 dah dunia sekarang ni..sama gak FOREX ni tgk nilai jualan dan belian dengan memakai platform atau papan FOREX yang disediakan oleh broker2 yang kita join..samaada Marketiva atau Neuimex.

Dulu..aku masih teringat masa kecik2 dulu..orang kata kat wang kertas kita tu ada emas. ! Meh kita tgk tu ada benang emas kat kertas…Tapi skrg bila aku belajar..sebenarnya maksud orang2 tua kata tu..adalah wang kita tu diletakkan diatas nilai emas…bukan kat wang tu ada emas !!

Cuba fikirkan dalam byk2 kertas kenapa wang kertas itu je bernilai sebab dia mempunyai nilai2 yang telah ditentukan antaranya mengikut harga atau nilai emas semasa! jadi berforex online cam tu lah ibaratnya..kita jual/beli nilai tu ler..cuma era nya berbeza..dulu kena p satu tempat..atau market tukaran wang ni..

Apapun nak bisnes semua kena pakai modal…ada org tak pakai modal mungkin ada kot..hanya pakai air liur pun leh..cam org MLM lah kot…org MLM hebat cari duit hanya bermodalkan aset orang atau sponsor company pun jadi..duit tak de tak per..bermodelkan kete besar..berkot..bertie..dan siap disponsor rumah lagi..utk menjalankan program mereka..untung le orang pandai bercakap dan pandai pelepas dan menepis soalan2..itu lah orang bijak..tapi aku dah lalui dan dah terkena benda2 cam ni..aku dah sign out aah benda2 cam ni..jenis sistem piramid ni..yg dok atas tu lah kaya..rezeki masing2..!

Berbalik pada topik yang nak dibincangkan..pasar matawang ini ibarat kita ada sumber2 hasil pertanian atau perternakan dan sebagainya..dari hasil itu di jual di mana..?? mestilah dipasar atau market atau paling kurangnya kat pasar tani !sbb kat situ memang tumpuan orang ramai untuk membeli-belah barang-barang keperluan..takkan ada hasil2 tu dok kat umah..boleh jual kat umah tapi kurang laris..nanti rosak plak hasil tu..so risiko kerugian lebih besar..lebih baik kita bawa ke pasar2 yang ditentukan.

Bayangkan juga pasar matawang asing plak..katakan setiap negara2 berduyung2 membawa wang untuk ke market FOREX..

Dunia sekarang tanpa batasan dah..semua leh buat online..nak jual barang pun online jer..tengak saja kat http://www.ebay.com atau http://www.lelong.com.my ..ledakan teknologi sekarang tanpa masa dan tempat.

Takkan ler nak bawa hasil ternakan atau pertanian kat market FOREX !so,letaklah sesuatu itu pada tempatnya.

Neuimex Forex Trading

Sapa kata FOREX ni tak buat kerja atau skim cepat kaya..itu kefahaman yang silap..duit tak mai dari langit..apapun kita harus berusaha..!bagaimana nak menghasilkan wang kalau kita tidak bekerja..masing2 ada tugas2nya..masing2 ada kerjayanya…itu lah kebiasaannya dulu FOREX ni sesuai orang2 kaya-raya..yang punyai real bisnes yang bermacam2..dan aset beribu riban…

Pasal silap faham ni aku teringat gak cam orang kita kata manusia ini dijadikan dari Ma`in Mahin..air yang jijik !..itu pun silap faham juga..Mahiin ini asal dari kalimat arab yang bermaksud..Mehnah..atau pekerjaan. [kalau kita isi borang dlm bahasa arab di tulis Mehnah /pekerjaan..kenapa mereka mengatakan air yang jijik atau hina..sedang seseorang itu adalah mulia sehinggakan boleh bermanfaat kepada orang lain,bangsa dan negara…yang mempunya modal insan…dan seseorang itu mempunyai kerjaya,karier dan pekerjaan yang mana allah s.w.t memuliakan anak adam..!

Jelas kepada kita..sesuatu kalimah itu ada asal usulnya..lebih2 lagi perkara2 yang melibat dalam agama..jangan silap faham dari nas yang betul !

So,untuk mendapatkan modal kita harus bekerja terlebih dulu..utk dptkan duit..kalau tak de duit cam ne nak berforex ! Forex ada untung rugi cam berniaga lah..cuma risikonya besar..biasalah bila dah periuk besar kerak pun besar lah..High risk High return..Low Risk Low Return..

Dunia telah mengajar bisnes seseorang itu mesti berani,semangat,berdaya saing dan sabar..ada untung ada rugi.! Kalau pengecut ! jangan hampiri dunia bisnes..jangan berumah ditepi pantai !

Ada byk lagi peluang2 pekerjaan atau pelaburan diluar sana yang tiada risiko dan kurang risiko ! cuma bayangkan melabur di ASB 5-10% setahun tiada risiko selagi negara kita aman.Walaupun peratusan keuntungan ada sangat rendah tapi risiko ditanggung oleh pihak ASB.

Berbeza dengan forex risiko kita sendiri yang tanggung sebab kita yang berurusniaga..500% seminggu pun dpt untung atau lebih.Macam orang makan gaji ler mereka mana ada risiko..kecuali keadaan negara tidak aman !

So,patut bersyukur ler..orang yang sediakan kerja utk kita..berilah khidmat dengan terbaik..lainlah ahli perniagaan…banyak ranjau dan duri untuk berjaya.!

Sumber : Kotak pemikiranku yang entah apa-apa. !!

Posted on February 27, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: