Tangani isu ekonomi — Negara OIC tidak wajar tumpu pada politik semata-mata – Abdullah


DAMSYIK, 26 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara Islam tidak wajar hanya memberi tumpuan pada isu-isu politik malah perlu memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi dengan memperluaskan hubungan dua hala dalam kalangan komuniti Islam.

Beliau berkata, negara anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) tidak seharusnya hanya memberi tumpuan isu-isu politik semata-mata malah perhatian juga wajar diberikan terhadap isu-isu pembangunan ekonomi menerusi kerjasama.

“Namun, kita perlu praktikal dalam pendekatan dalam memperluaskan hubungan dua hala seperti yang kita lakukan dengan Syria sekarang,” kata Abdullah yang juga Pengerusi OIC pada sidang media bersama selepas menemui rakan sejawatannya Mohd Naji Otri, di Damsyik hari ini.

Abdullah berkata, isu-isu pembangunan ekonomi dalam kalangan negara Islam perlu ditangani dan OIC telah mengorak langkah untuk mewujudkan pusat-pusat kewangan dan bank di negara anggotanya.

“Kerjasama sesama negara Islam perlu, sama ada di Asia atau di Timur Tengah atau Afrika, setiap usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kerjasama, terutama dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan,” kata Abdullah.

Hari ini, Malaysia dan Syria, kedua-duanya anggota OIC, meningkatkan hubungan dua hala dengan mewujudkan suruhanjaya bersama (JCM) yang dijangka mengadakan pertemuan Mei ini.

“JCM pertama antara Malaysia dan Syria akan berlangsung pada Mei ini bagi memberi lebih banyak fokus terhadap pembangunan ekonomi,” kata Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Syria.

Sebagai tambahan, kedua-dua kerajaan juga menubuhkan suruhanjaya ekonomi bersama yang akan membolehkan kedua-dua negara meningkatkan perdagangan dua hala.

Pagi tadi, Abdullah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Presiden Syria Dr. Bashar Al-Assad, di People’s Palace, dengan kedua-dua pemimpin membincangkan masalah yang membelenggu Asia Barat, berkisar daripada isu politik hinggalah kemiskinan.

“Mengenai isu antarabangsa, kami membincangkan mengenai masalah Timur Tenggah dan pada masa yang sama, kami menyedari pentingnya menangani isu-isu politik yang dihadapi masyarakat Islam serta isu kemiskinan,” kata Abdullah.

Selepas pertemuan dengan Presiden, Abdullah mengadakan perbincangan ringkas dengan Naib Presiden, Farouq Al-Shara di pejabat beliau di ibu negara itu serta menemui Mohd. Najib (Perdana Menteri).

Kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani beberapa dokumen, termasuk perjanjian mengenai pengelakkan cukai berganda.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri Pengangkutan Syria, Yaarob Suleiman menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam Kajian Kemungkinan untuk pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Damsyik.

– Bernama

Posted on February 26, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: