Mata wang kita diramal RM3 berbanding dolar AS tahun depan


KUALA LUMPUR 9 Feb. – Nilai ringgit dijangka kukuh pada paras RM3 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan selepas mencapai RM3.35 tahun ini, sekali gus menggambarkan momentum ekonomi negara yang positif untuk tempoh dua tahun akan datang, kata seorang pakar ekonomi hari ini.Pengukuhan mata wang tempatan akan membolehkan negara mengatasi kerugian mata wang semasa krisis kewangan serantau 1997 apabila nilai ringgit ditambat kepada RM3.80 bagi setiap dolar AS berbanding sekitar RM2.50 bagi setiap dolar sebelumnya, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan ulasan tentang prestasi ekonomi Malaysia. Ringgit hari ini ditutup tinggi 3.4925 berbanding dolar AS daripada 3.4930 semalam.

Mohamed Ariff berkata, antara faktor utama kenaikan itu adalah ‘penghijrahan’ para pelabur asing ke pasaran modal tempatan daripada pasaran Thailand ekoran krisis politik di negara jiran itu.

“Selain itu, pertumbuhan ekonomi yang kian mengukuh, peningkatan minat pelabur antarabangsa dalam pasaran modal tempatan, kejayaan mencatatkan lebihan dagangan, kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai dolar AS turut mendorong kenaikan ringgit.

“Pelaksanaan banyak projek pembinaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) turut mengukuhkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun ini berbanding tahun lalu,” kata beliau.

Mohamed Ariff berkata, kenaikan ringgit itu akan menyebabkan rakyat negara ini membeli barangan luar negara pada kadar lebih murah, sektor domestik mengaut keuntungan hasil pembelian barangan asing yang lebih murah, kelebihan kepada pelabur tempatan yang melabur di luar negara serta menjadi faktor menarik untuk membawa pulang rakyat negara ini yang bekerja di luar negara.

Namun begitu, beliau menambah, kenaikan nilai ringgit itu sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap eksport firma-firma tempatan terutama dalam industri petroleum dan kelapa sawit yang menjalankan urusniaga dalam dolar AS.

Sementara itu, Pakar Ekonomi OSK Investment Bank Bhd., Sia Ket Ee percaya eksport negara dijangka tidak akan terjejas kerana negara serantau lain turut mengalami peningkatan nilai mata wang mereka berbanding dolar AS yang turut menyebabkan barangan menjadi mahal seperti mana barangan tempatan.

Pada masa yang sama, kata beliau,firma tempatan yang mengeksport produk mereka ke luar negara mengalami peningkatan kecekapan pengeluaran dan produktiviti yang membolehkan mereka mengurangkan kos pengeluaran, sekali gus penurunan harga jualan seunit.

Beliau berkata, nilai ringgit dijangka terus mengukuh secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur menjelang akhir tahun ini, tambahan pula dengan isyarat jelas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai prestasi mata wang tempatan itu tahun ini.

Sumber Utusan Online

Posted on February 10, 2007, in Forex News. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: