Jangan biar pesaing luar atasi Malaysia dalam perbankan Islam


BARU-BARU ini, kita telah melihat langkah positif kerajaan membuka sektor perbankan dan kewangan Malaysia.

Tindakan memberi lesen kepada tiga institusi kewangan Islam luar negara adalah antara langkah kerajaan dalam merealisasikan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pertumbuhan perbankan Islam.

Sehubungan itu, kejayaan kita dalam sektor perbankan Islam seharusnya dipertahankan jika kita mahu serius berhubung inisiatif membawa masuk pelaburan luar negara atau foreign direct investment (FDI).

Untuk pengetahuan pembaca, sektor perbankan dan kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah dan kita seharusnya bangga dengan kejayaan Malaysia dalam mempelopori industri ini semenjak tahun 80-an.

Walaubagaimanapun, seperti industri lain, pesaing-pesaing baru mula bertapak di industri ini.Antaranya, Singapura turut menceburi sektor perbankan Islam.

Mereka telah berjaya membina sebuah industri perbankan dan kewangan konvensional yang kuat maka tidak hairanlah mengapa mereka kini meminati industri perbankan Islam sebagai langkah memperkukuhkan lagi status mereka sebagai pusat kewangan serantau.

Walaupun kita masih mendahului mereka di bidang ini, namun kita perlulah mempertingkatkan lagi usaha kita supaya terus di hadapan.

Perlu diingat bukan senang kita memperoleh kejayaan seperti sekarang, tetapi perlu juga disedari bahawa tidak sukar untuk Singapura mengejar Malaysia.

Badan-badan bertanggungjawab seperti Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu terus memantau dan memperbaiki peraturan-peraturan dan undang-undang negara berhubung industri ini. Liberalisasi sektor ini perlu diteruskan.

Kita juga perlu memberi sokongan kepada industri tersebut dalam konteks sumber manusia dan prasarana

Penting sekali, kita harus mempelawa dan menggalakkan ahli-ahli industri ini khususnya daripada Timur Tengah supaya mereka terus melabur di Malaysia.

Institusi-institusi perbankan Islam bertaraf “global” perlu dipelawa supaya bekerjasama dengan kita agar kita memperoleh pengalaman dan sumber kewangan mereka.

Jangan biar ‘pesaing’ lain mendahului kita dalam bidang ini kerana telah lama kita bertungkus-lumus membinanya.

Posted on January 28, 2007, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: