Baru lancar untuk akses web


Hari ni aku baru rasa lancar skit nak akses kandungan2 web di internet sejak berlakunya gempa bumi yang berukuran 7.2 pada skala Richter di Taiwan pada 27 Disember lepas, yang merosakkan kabel bawah laut, menyebabkan gangguan perkhidmatan Internet dan telefon merentasi Asia selepas hubungan ke penyedia khidmat utama di Amerika Syarikat (AS) terjejas yang melibatkan di 9 buah negara..rupa2nya baru lah aku perasan rupanya Internet kat Malaysia ni menghubungkan ke Asia Pasifik utk melanjutkan Asia Barat,Eropah dan US.

Laluan baru diperlukan — Sokongan sistem komunikasi negara elak gangguan Internet.

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Suasana kelam-kabut di kalangan lebih 11 juta pengguna Internet di Malaysia setelah berlaku gangguan akibat kerosakan kabel gentian optik dasar laut ekoran gempa bumi kuat di Taiwan semalam dapat dielakkan jika negara ini mempunyai laluan alternatif bagi perkhidmatan itu.

Pada masa ini perkhidmatan Internet di negara ini bergantung sepenuhnya kepada laluan menggunakan kabel dasar laut yang melalui perairan China yang dianggap berisiko tinggi kerana terletak di kawasan lingkaran gunung berapi yang kerap berlaku gempa bumi.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaring Communications Sdn. Bhd., Dr. Mohamed Awang Lah berkata, kerajaan sepatutnya mencari laluan baru untuk perkhidmatan Internet sebagai sokongan kepada keperluan komunikasi negara bagi mengelakkan gangguan seperti semalam berulang.

‘‘Ini kerana kejadian gempa bumi sehingga merosakkan perkhidmatan Internet pasti berulang dan tidak dapat dielakkan pada masa depan.

‘‘Sebagai alternatif, laluan kabel yang menghala ke arah Barat melalui India, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat boleh digunakan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed berkata, laluan baru itu hanya diletakkan sebagai sokongan sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan manakala laluan sedia ada arah ke Timur melalui China dan Jepun masih tetap digunakan.

Menurut beliau, kadar bayaran penggunaan laluan baru itu dijangka empat kali lebih tinggi daripada kos yang dibayar melalui laluan Timur sekarang kerana jaraknya yang jauh.

‘‘Dalam menghubungkan Malaysia ke talian antarabangsa, kabel dasar laut sedia ada sekarang melalui kawasan Asia Pasifik seperti Taiwan, Hong Kong, China dan seterusnya Amerika Syarikat.

‘‘Sebagai alternatif, kita boleh hubungkan Malaysia dengan kabel dasar laut melalui arah bertentangan iaitu melalui India, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat,’’ katanya.

Semalam, pedagang-pedagang dan para pelayar Internet di Malaysia dan sebahagian besar Asia Timur ‘panik’ setelah perkhidmatan Internet mereka terganggu akibat kabel dasar laut yang membawa talian Internet rosak kerana gempa bumi kuat dekat pantai selatan Taiwan malam kelmarin.

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter di pantai selatan Taiwan itu menyebabkan kemusnahan bangunan di negara itu dan mengorbankan dua mangsa.

Kerosakan dikesan di dua lokasi iaitu di antara Lantau (Hong Kong) dan Chongming (China) serta Shantou (China) dan Tansui (Taiwan).

Selain 11 juta pengguna Internet di Malaysia, gangguan itu turut menjejaskan kira-kira 300 juta pengguna Internet di China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura dan Australia.

Selain Internet, perkhidmatan panggilan telefon antarabangsa terutama ke negara-negara berkenaan dan AS turut terganggu.

Impak gempa bumi itu dipercayai lebih serius berbanding semasa tragedi tsunami dua tahun lalu kerana ia menjejaskan banyak sektor termasuk bursa saham dan pasaran kewangan serta perbankan di beberapa negara rantau Asia.

Di Malaysia, bagaimanapun, perkhidmatan perbankan dan bursa tidak terjejas teruk akibat kejadian itu.

Gangguan akses Internet dan komunikasi antarabangsa di Malaysia berlarutan sehingga petang semalam manakala di beberapa negara lain ia pulih secara berperingkat-peringkat dan memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk kembali normal.

Menurut Mohamed, untuk mewujudkan laluan kabel dasar laut antarabangsa yang baru, peranan kerajaan diperlukan kerana ia melibatkan dasar negara.

Beliau menambah, dengan adanya laluan alternatif Internet itu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara dari segi meningkatkan kepercayaan pelabur asing dan dalam jangka panjang menjamin kestabilan ekonomi.

Ditanya sama ada satelit boleh digunakan untuk kegunaan komunikasi bagi menggantikan kabel dasar laut, beliau memberitahu, ia bukan langkah yang praktikal.

Ini kerana, jelasnya, bahan gentian optik yang digunakan dalam kabel dasar laut lebih berkeupayaan daripada peralatan telekomunikasi lain termasuk satelit.

‘‘Lagipun satelit mempunyai kapasiti yang terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna,’’ katanya.

Mengenai kerja-kerja pembaikan yang sedang dilakukan terhadap kabel yang terputus pada kedalaman hampir tiga kilometer di dasar laut dekat China itu, Mohamed berkata, beliau dimaklumkan ia mampu disiapkan dalam tempoh seminggu hingga sepuluh hari jika semua kerja berjalan lancar.

Posted on December 29, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: