Kejatuhan ekonomi bukan masalah saya, kata Soros


Kejatuhan ekonomi sesebuah negara bukanlah masalah seorang spekulator matawang yang tujuan utamanya adalah untuk membuat keuntungan, kata jutawan George Soros di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan di majlis makam malam untuk mengumpul dana anjuran Persatuan Alumni London School of Economics (LSE) Malaysia, malam tadi

Presiden Alumni tersebut, Datuk Dr Munir Majid sebelum ini bertanya sama ada Soros memikirkan soal kebajikan negara-negara terbabit apabila beliau menspekulasi matawang mereka.

“Adakah anda tidak kisah bahawa ekonomi (negara terbabit) akan jatuh akibat spekulasi matawang?,” soal Dr Munir yang juga Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS).

Soros menjawab: “Secara ikhlas, saya tidak ambil kisah. Saya berada di pasaran untuk membuat keuntungan, dan itulah yang saya perolehi.

“Hanya apabila saya membelanjakan wang saya, maka saya ambil berat tentang kebajikan dunia.

“Tetapi di pasaran […] anda tidak boleh mengharapkan mereka di pasaran untuk ambil berat (mengenainya). Itu adalah tugas pihak berkuasa, bukan tugas spekulator.”

Beliau menolak tuduhan menjadi punca krisis ekonomi pada 1997 dan sebaliknya menegaskan kerajaan negara di rantau Asia Timur sepatutnya boleh mengelak krisis tersebut.

“Kami bukan penjual sama ada matawang baht Thailand atau ringgi Malaysia pada Disember 1996 hingga Januari 1997…jadi bukan kami yang menyebabkan kejatuhan nilai (matawang tersebut).

“Apa yang jelas kepada kami ialah tambatan (matawang) tidak boleh kekal lama, dan ini juga mungkin turut disedari oleh pihak berkuasa. Lebih baik jika ia ditamatkan,” katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

Lancar buku baru

Soros menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduhkan bertanggungjawab terhadap kejatuhan nilai matawang negara Asia Tenggara sehingga mencetus krisis ekonomi di rantau tersebut.

Semalam, mereka mengadakan pertemuan selama sejam dan Dr Mahathir memberitahu sidang akhbar bersama selepas itu bahawa Soros bukan punca krisis kewangan pada 1997-78 itu.

Di majlis malam tadi, Soros duduk di antara Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi YTL, Tan Sri Francis Yeoh.

Dino Patti Djalal, jurucakap bagi halehwal antarabangsa Pejabat Presiden Indonesia, turut hadir untuk mengulas buku baru tulisan Soros bertajuk The Age of Fallibility.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Nazir Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Holdings, Datuk Azman Mokhtar dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Soros tiba di Malaysia Khamis lalu dan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk di bidang perniagaan, kerajaan dan pemimpin badan sivil.Sumber Malaysiakini.Com

Posted on December 16, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: