BERSUA DENGAN ‘MUSUH’ SELEPAS LAPAN TAHUN BERLALU …


Pada jam 11 pagi Jumaat… ini adalah kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad bersua dengan George Soros – orang yang pernah beliau gelar sebagai moron dan dikecamnya gila-gila kerana didakwa dalang disebalik krisis kewangan yang melanda Asia Tenggara tahun 1997.Soros yang dicop sebagai penyangak mata wang dikatakan menyebabkan merudumnya nilai ringgit dan pasaran saham.Banyak syarikat yang tutup kedai dan ramai orang korprat yang jatuh bangkrap akibat krisis itu.Makanya ramai yang tumpu perhatian bila dua tokoh yang bermusuh menerusi berbalas kenyataan ini bersua di Hotel Marriot Kuala Lumpur.Selepas pertemuan mereka berdua selama sejam,para wartawan dalam dan luar Negara bersesak menghadiri sidang akhbar bersama mereka.Bekas Perdana Menteri itu dan Soros kelihatan ‘macam tak ada hal’ saja.Menjawab soalan samaada beliau telah memaafkan Soros kerana krisis mata wang itu,Dr Mahathir memberitahu pandangannya tentang Soros berbeza selepas bersemuka dan mendengar penjelasannya.Beliau tidak lagi menyalahkan Soros sebagai penyebabnya.Soros pula berkata langkah Dr Mahathir memperkenalkan tambatan ringgit adalah sesuatu yang wajar dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia waktu itu.Namun begitu pertemuan mereka hari ini lebih bertumpu kepada isu anti-peperangan yang menjadi perjuangan bersama mereka.Soros pernah membiayai gerakan anti-Presiden George Bush manakala Dr Mahathir mengetuai Global Peace.Pertemuan itu adalah atas permintaan Soros,76 yang berada tiba di sini Khamis dalam rangka promosi bukunya dan menyampaikan ceramah pada Persatuan Almuni London School Of Economic di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam ini.Ini adalah lawatan pertama Soros yang merupakan salah seorang terkaya di dunia ke Malaysia.-Sumber Agendadaily

Posted on December 15, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: