MEASAT Pacu M’sia Jadi Negara Teknologi Maju


KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Pelancaran satelit MEASAT-3 hari ini akan membawa Malaysia ke arah menjadi antara negara terkemuka dalam bidang teknologi terkini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata satelit baru itu akan menjadi pemangkin kemajuan industri telekomunikasi dan media di negara ini.

“Saya berpendapat pelancaran MEASAT-3, yang merupakan satelit komunikasi ketiga dan terbaru milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd dan negara, akan menjadi pemangkin bagi gelombang kedua dalam revolusi teknologi Malaysia,” katanya di Kuala Lumpur Convention Centre ketika menyaksikan pelancaran satelit itu yang dipancarkan secara langsung dari tempat pelancarannya di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Roket yang membawa satelit itu dilancarkan pada 7:28:30 pagi tadi (5:28:30 pagi di Baikonur).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik adalah antara 1,200 tetamu yang turut hadir.

Najib berkata satu bidang yang akan menikmati pertumbuhan besar ialah akses jalur lebar Internet.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, akses jalur lebar disasarkan berkembang daripada 1.9 peratus tahun lepas kepada 13 peratus atau 3.73 juta langganan pada 2010.

“Jalur lebar berasaskan satelit yang menggunakan antena kecil dipasang di bangunan bagi menyediakan hubungan satelit dengan kepantasan komunikasi yang tinggi, pasti dapat membantu kita mencapai sasaran ini,” katanya.

Najib berkata MEASAT-3, yang menelan belanja RM1 bilion, akan turut memudahkan pelaksanaan peringkat seterusnya pembangunan industri media tempatan untuk meluaskan perkhidmatan television dan komunikasi satelit.

Katanya satelit itu akan memenuhi keperluan pelanggan MEASAT-3 di rantau Asia-Pasifik.

Pengarah Measat Satellite Systems Sdn Bhd Tun Hanif Omar berkata MEASAT-3 menyediakan Malaysia dengan satu sistem komunikasi satelit terkini untuk abad ke-21.

— BERNAMA

Posted on December 12, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: