MEASAT Mahu Kuasai Pasaran Asia Selatan & Asia Barat


KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Satu-satunya syarikat pengendali satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd, (MEASAT) berhasrat menguasai lebih banyak pasaran di Asia Selatan dan Asia Barat, terutama sekali dengan pelancaran satelit MEASAT-3.

Paul I. Brown-Kenyon, ketua pegawai operasi anak syarikat milik penuh MEASAT, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd berkata syarikat akan menyediakan kapasiti yang lebih tinggi kepada pelanggannya sebaik sahaja MEASAT-3 beroperasi sepenuhnya sebelum Januari 2007 dan pada masa yang sama meninjau lebih banyak pasaran di rantau ini.

“Kami sedang berbincang dengan tiga pengendali di Asia Selatan dan perbincangan sedang berjalan dan kami berharap berjaya mendapatkan pelanggan tambahan di rantau itu,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran MEASAT-3 hari ini.

Pelancaran itu dipancarkan secara langsung menerusi satelit di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Roket Proton Breeze-M yang membawa satelit MEASAT-3 dilancar pada 7:28:30 pagi tadi (5:28:30 pagi di tempat pelancaran di Baikonur, Kazakhstan) disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lebih 1,200 tetamu di KLCC.

Brown-Kenyon berkata MEASAT, yang pada masa ini memberikan perkhidmatan kepada 50 pelanggan menerusi MEASAT-1 dan 2, sentiasa terbuka untuk sebarang peluang usaha sama.

Beliau berkata kapasiti Ku-Band tambahan yang diperolehi di bawah satelit MEASAT-3 telah dikenalpasti untuk penyiaran TV satelit DTH (terus ke rumah).

Beliau juga berkata MEASAT menjangkakan tempoh bayar balik ke atas anggaran pelaburan RM1 bilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun.

— BERNAMA

Posted on December 12, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: