Dr Mahathir setuju bertemu Soros


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk bertemu  tokoh kewangan antarabangsa, George Soros yang pernah dilabelnya sebagai penyangak matawang satu ketika dulu.

Menurut sumber-sumber, bekas Perdana Menteri itu telah menerima undangan    rasmi untuk ditemukan dengan Soros pagi ini dan beliau bersetuju dengan rancangan tersebut.

“Bila dan di mana mereka akan bertemu akan diumumkan bila hampir dengan hari temujanji itu,” kata sumber tersebut.

Semalam malaysiakini melaporkan pelabur antarabangsa itu yang akan melawat Malaysia minggu ini mungkin mengadakan pertemuan dengan “musuhnya”, Dr Mahathir.

Pelabur antarabangsa dan spekulator matawang terkemuka dunia, Geroge Soros akan melawat Malaysia minggu ini dan mungkin mengadakan pertemuan dengan “musuhnya”, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami telah berutus surat sebelum ini dan mungkin satu pertemuan akan diadakan jika kesihatan beliau (Dr Mahathir) mengizinkan,” kata Soros kepada malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif menerusi emel.

Kunjungan Soros, 76, ke negara ini adalah atas jemputan Persatuan Alumni London School of Economics (LSE) Malaysia dan beliau dijadualkan berucap di satu majlis anjuran persatuan itu di ibunegara Jumaat ini.

“Persatuan alumni LSE pernah menjemput saya sebelum ini. Memandangkan saya juga ahli alumni LSE dan dalam rangka lawatan ke rantau ini, saya bersetuju menerima pelawaan mereka,” katanya.

Ini merupakan kunjungan pertama Soros ke negara ini walaupun beliau telah beberapa kali melawat negara-negara Asia Tenggara.

Dalam lawatannya kali ini, Soros merancang bertemu dengan pelbagai pihak, termasuk ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin gerakan sivil. Bagaimanapun tumpuan umum ialah pada pertemuannya dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir ketika ini sedang berehat selepas diserang sakit jantung ringan pada 9 November lalu.

Pertemuan Soros dengan bekas Perdana Menteri itu, jika terjadi, akan menjadi satu titik tolak penting dalam perhubungan mereka yang “tegang” sebelum ini.

Kira-kira sedekad lalu, Dr Mahathir menyalahkan Soros sebagai punca terjadinya krisis kewangan di rantau Asia. Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, menuduh Soros sebagai penyangak matawang yang mahu menghancurkan ekonomi negara-negara kecil sedang membangun.

Dr Mahathir telah memanggil Soros “moron” yang mahu meruntuhkan ekonomi negara dengan menjual matawang negara berkenaan manakala jutawan kewangan itu pula, dalam serangan balasnya, menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai “perosak negara”.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kedua-dua tokoh ini telah berlembut dan menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik-baik.

Sementara itu ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Alumni LSE, Dr Chandran Jeshurun memberitahu malaysiakini, cadangan membawa Soros ke negara ini telah dicetuskan sejak tiga tahun lalu.

“Soros berada di Jakarta sekarang untuk melancarkan buku terbarunya di negara itu dan kita mengambil peluang mengundangnya ke sini,” kata Dr Chandran.

Soros, 76, yang mempromosi buku ‘The Age of Fallibility’ versi Indonesianya akan menyampaikan ucapan di majlis makan malam bagi mengumpul dana LSE pada Jumaat ini. Harga korporat di majlis itu ialah sehingga RM10,000 semeja.

Chandran, bekas pensyarah sejarah Asia di Universiti Malaya mendedahkan pada awalnya agak sukar mendapatkan persetujuan Soros untuk singgah di Kuala Lumpur.

Katanya, cadangan awalnya ialah menemukan Soros dan Dr Mahathir dalam satu debat terbuka.

“Dialog antara dua tokoh besar adalah suatu yang amat menarik. Bagaimanapun idea itu digugurkan ekoran situasi politik dalam negara sekarang,” jelasnya.

Posted on December 12, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: