Rahsia Kokka ?


KANGAR: Tindakan menjual kayu kokka yang didakwa dari jenis tongkat Nabi Musa dan mempunyai pelbagai khasiat adalah perbuatan yang menyeleweng dari Islam.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan peniaga terbabit menerusi risalah yang mendakwa kononnya kayu kokka itu mampu memakbulkan hajat, keselamatan dan memajukan perniagaan, adalah satu bentuk penyelewengan daripada Islam.

“Dakwaan yang dibuat peniaga terbabit menerusi risalah yang diedar kepada orang ramai adalah dakwaan palsu dari segi agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Asri memberi dua hujah bagi menyangkal dakwaan yang dibuat peniaga itu iaitu tiada dalil sahih yang mengatakan tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi diperbuat dari kayu jenis itu.

“Jika kayu dari jenis ini (kayu kokka), mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu tetapi kerana mereka ditabalkan menjadi Rasul.

“Mengaitkan kayu kokka dengan mukjizat nabi lebih kepada motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan akidah,” katanya. -Bharian Online-

Posted on November 28, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: