Penubuhan Kelab Usahawan Malaysia Mesir


Kaherah-24 November 2006-Sebuah lagi Kelab berjaya ditubuhkan di kalangan pelajar Malaysia di Mesir ini menunjukkan mahasiswa di sini inginkan perubahan dan pembebasan corak hidup mereka.

Ini merupakan sejarah besar di kalangan mahasiswa di sini dengan tertubuhnya Kelab
Usahawan Malaysia Mesir [KUMIM] yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di KaherahProf. Madya Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti ,di Malaysia Hall,Abbasiah yang ditaja oleh Tuan Hj.Rosdi Ismail. Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan [BPU] MARA.

Menurut Tuan Haji Rosdi Ismail “KUMIM ditubuhkan bertujuan untuk menyemai budaya keusahawanan di kalangan bumiputra di Mesir sekaligus meluaskan empayar pembangunan modal insan yang dilaungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri untuk menjayakan RMK-9 .

Bagi pihak BPU akan menghubungkan rangkaian ini di antara-antara Kelab Usahawan ini di seluruh tempat pelajar
bumiputra seperti di UK,German,Perancis dan sebagainya”.Katanya semasa ucapan penutup Program Keusahawanan Bumiputra Malaysia di Mesir yang dianjurkan oleh BPU Mara dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah.

Menurut beliau lagi “KUMIM telah melantik beberapa orang ahli jawatankuasa tertinggi yang di ketuai oleh Ustaz Muhamad Fikri bin Ishak dari Kedah yang mendapat sokongan padu dari peserta-peserta di akhir program tersebut,yang mana KUMIM dipilih sebagai Kelab
Usahawan Malaysia di Mesir dan akan bergerak juga melalui networking e-dagang secara online dan menyarankan kepada JPMK agar di Malaysia Hall dapat menyediakan kemudahan internet untuk mahasiswa di sini.

“Sebenarnya kita memilih mahasiswa malaysia di Mesir agar dapat meningkatkan lagi usahawan melayu suatu hari nanti kerana majoritin pelajar disini adalah melayu dan dengan harapan akan melahirkan lebih ramai lagi bumiputra yang berkecimpung dalam bidang ini

yang mana pelajar agama tidak hanya terhad dalam sesuatu bidang saja.Walaupun mereka juga berhak memilih bidang ini untuk dijadikan salah satu peluang keemasan dalam menjana dan meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam .”katanya.

Beliau mengharapkan agar Kelab ini dijadikan medium dan penghubung untuk melahirkan usahawan-usahawan muda di kalangan mahasiswa di sini yang akan dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh pihak Mara dari masa ke semasa.

Pihak MARA juga akan berusaha untuk menghantar pegawainya bertugas ke Mesir dalam mencapai agenda ini selain memantau pergerakan pelajar tajaannya dalam bidang perubatan di beberapa Universiti di Mesir.

Terdapat kira-kira 225 orang pelajar tajaan MARA mengikuti fakulti perubatan agar tidak digunakan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan politik kepartian yang menganggu pengajian mereka.

Manakala menurut Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah [JPMK] Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti pula, pihaknya sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang bertungkus lumus dalam membantu mahasiswa malaysia di Mesir dalam menganjurkan program seperti ini kerana kita juga telah berjaya mengadakan Program Pembangunan Usahawan kali pertama dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar dari Jabatan Pengurusan IPT di Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah bermula pada 3 September-9 September 2006 baru-baru ini yang telah disertai kira-kira 200 peserta telah diberi tunjuk ajar oleh Prof.Madya Salahuddin Mohd.Noor,Ishak Hj.Abd.Rahmad,Jumaat Abd Moein,pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] dan Muhammad Haizuan Rozali dari Kolej Universiti Islam Malaysia.

Hasil tersebut, mahasiswa Mesir dapat memberi komitmen yang jitu dalam usaha memajukan diri mereka dan inginkan perubahan semasa yang tidak hanya tertumpu kepada satu bidang agama saja bahkan dapat meneroka dalam bidang usahawan.Secara tidak langsung kadar pengganguran graduan-graduan nanti dapat dikurangkan dengan pendedahan kemahiran dalam bidang perniagaan yang telah dilatih oleh pakar-pakar dalam bidang perniagaan.

Program Pembangunan Usahawan Bumiputra kali ini adalah kesinambungan daripada
Program kali pertama yang diasuh oleh beberapa fasilatator dari Timbalan Pengarah Kanan BPU MARA Tuan Hj. Rosdi Ismail,Pengerusi MARA Pulau Pinang, Tuan Hj.Abd.Rahim Hj.Taha,Pensyarah dari UKM,En.Ishak Hj.Abd.Rahmad,Usahawan Berjaya Datuk Abdullah dan En.Shahrul dari Aida Holdings.

Oleh yang demikian, dengan lahirnya Kelab Usahawan Malaysia Mesir [KUMIM] yang dipersetujui dan mendapat mandat kira-kira 200 peserta yang menyertai Program Keusahawanan Pelajar Mesir baru-baru ini jelas menggambarkan mahasiswa sudah berani dengan perubahan dan pembebasan minda dalam usaha membangunkan modal insan untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara.

Harapan penulis juga agar Kelab Usahawan Malaysia Mesir [KUMIM] dapat melakukan suatu perubahan yang mendadak di kalangan mahasiswa ini, memandangkan ramai mahasiswa cenderung kepada bidang perniagaan di sini sejak akhir-akhir ini.

Secara tidak langsung juga dapat menjadikan sebuah Kelab yang juga memperjuangan nasib bangsa melayu di Mesir ini dan memperkembangkan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya,sekaligus dapat menjaga kebajikan dan memberi khidmat kepada mahasiswa di Mesir dengan berpandukan laungan Y.A.B Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi agar umat Islam menjadi penyumbang bukannya hanya sekadar peminta.-Sumber Numram-Online

Posted on November 24, 2006, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: