Pembangunan Modal Insan


Kaherah 21 Nov 2006 –Agenda Pembangunan Modal Insan yang laungkan oleh Perdana Menteri Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat sambutan yang hangat di kalangan mahasiswa malaysia yang menuntut di pelbagaian Universiti di Mesir. Amanat tersebut disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat [MARA] Y. B. Brig. Jen. (B) Dato’Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin semasa mengetuai delegasi MARA ke Mesir di Malaysia Hall,Abbasiah.Kaherah.
Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah
Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti serta kakitangan JPMK, pengawai-pegawai rumah negeri di Mesir dan kira-kira 500 orang mahasiswa malaysia di Mesir dari pelbagai fakulti dan persatuan.

Y. B. Brig. Jen. (B) Dato’Seri Abdul Hamid

“Kita perlu fahami bahawa modal insan merupakan aset penting yang ada pada personaliti seseorang atau juga lebih
dikenali sebagai Syakhsiyyah dan jati diri yang perlu dibangunkan dalam memartabatkan bangsa Melayu dan Umat Islam di mata dunia kerana hebat dan unggulnya seseorang adalah bergantung kepada syakhsiyyahnya ” katanya.
Beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa bahawa negara Malaysia sekarang dipandang mulia oleh negara-negara Islam dan antarabangsa sejajar dengan itu,mahasiswa perlulah menjaga nama baik agar tidak dicemari dengan agenda yang boleh merosakkan negara.

“Proses transformasi dan proses tahrir [kebebasan]
bangsa Melayu dan umat Islam merupakan salah satu misi Al-Quran kepada manusia sekirannya umat Islam itu betul-betul memahaminya dan berfikir secara mantiq” tegasnya semasa mengetuai kedatangan delegasi MARA dalam usaha merealisasikan pembangunan modal
insan yang dilaungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam RMK-9 agar dapat dilaksanakan bagi membolehkan bangsa Melayu dan negara bersaing di peringkat antarabangsa.

“MARA juga akan sentiasa membantu lepasan mahasiswa dari Mesir ini untuk menyumbangkan khidmat baktinya terhadap bangsa Melayu dalam mengembangkan
bakal-bakal usahawan bumiputra di Malaysia.” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Keusahawanan Bumiputra Malaysia di Mesir yang dianjurkan oleh MARA dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Penuntut Kaherah. Sember-Numram-Online

Posted on November 21, 2006, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: