Laman web syarat dapat pinjaman – Khaled


DUBAI 13 Sept. – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mengkaji kemungkinan mengenakan syarat ke atas setiap usahawan yang berhasrat mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank supaya mempunyai laman web sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, syarat itu bertujuan memudahkan usahawan mempromosi, mengiklan dan memasarkan produk mereka dengan lebih luas.

“Kalau mereka menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam perniagaan dan menjalankan perusahaan mereka, sudah tentu ia dapat meningkatkan pemasaran produk mereka yang, dengan sendirinya, menambah jualan dan seterusnya dapat membayar balik hutang,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Mohamed Khaled yang mengetuai delegasi perdagangan Malaysia ke Timur Tengah untuk mempromosikan produk halal Malaysia, ditemui selepas merasmikan pavilion Produk Halal Malaysia Untuk Dunia sempena Pameran Halal Antarabangsa Dubai (Dihas) 2006, hari Isnin lalu.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan belum menetapkan sebarang peraturan untuk mewajibkan usahawan berbuat demikian.

Bagaimanapun, untuk menembusi pasaran antarabangsa, mereka perlu lebih celik IT dan keluar daripada pendekatan tradisional, katanya.

Mohamed Khaled berkata, kadar penggunaan IT di kalangan usahawan terutamanya usahawan mikro agak kurang dan memerlukan usaha bagi menanganinya.

Beliau berkata, idea untuk mengenakan syarat sedemikian tercetus hasil lawatannya ke Tejari FZ-LCC, di sini.

Tejari merupakan syarikat berkaitan kerajaan Dubai yang mengendalikan pasaran melalui Internet bagi membantu usahawan atau peniaga mendapatkan bekalan, mengendalikan perjanjian perdagangan serta memaksimumkan kapasiti pemerolehan secara dalam talian.

Setiap syarikat yang mendaftarkan perniagaan mereka di sini disyaratkan mendaftar dengan Tejari dan mempunyai laman web sendiri, yang membolehkan mereka menjalankan janji niaga dengan syarikat dari luar negara.

Mengenai pameran produk halal yang disertai 20 syarikat Malaysia itu, beliau yakin produk keluaran bumiputera boleh mendapat tempat di pasaran Timur Tengah memandangkan produk berkenaan berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Dihas yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini turut disertai oleh Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Brazil.

– Bernama

Posted on September 14, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: