Ekonomi dunia diramalkan menyusut


PERTUMBUHAN ekonomi dunia diunjurkan menyusut kepada 4.7 peratus pada tahun depan berbanding 4.9 peratus tahun ini berikutan pertumbuhan negara-negara maju yang umumnya menunjukkan trend semakin sederhana.

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) diramal mencapai antara tiga peratus hingga 3.25 peratus pada tahun 2007 manakala kawasan euro pula 1.9 peratus dan Jepun dengan 2.1 peratus.

Unjuran itu dibuat berdasarkan suasana persekitaran harga minyak mentah yang tinggi, keadaan monetari semakin ketat dan ketidakseimbangan dunia yang semakin membimbangkan.

Kadar inflasi di negara-negara maju diramalkan terkawal pada kadar 2.1 peratus pada tahun hadapan berbanding 2.3 peratus tahun ini.

Walau bagaimanapun, rantau Asia Timur khususnya China akan terus mengalami pertumbuhan menggalakkan dengan sokongan permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport.

Di sebalik prestasi ekonomi sejagat itu, Tinjauan Ekonomi Dunia Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pelbagai sumber dalam Laporan Ekonomi 2006/2007, menempatkan Malaysia berada di tangga kedua selepas Indonesia dalam ramalan pertumbuhan KDNK negara-negara terpilih kategori ASEAN 5 bagi tempoh antara tahun 2005 hingga 2007.

Pada tahun ini, KDNK dunia juga diunjurkan terus berkembang 4.9 peratus walaupun mungkin dikekang oleh beberapa risiko terutama harga minyak mentah dan kadar faedah dunia yang terus meningkat serta pelarasan ketidakseimbangan dunia yang tidak teratur

Faktor-faktor lain ialah perbezaan kedudukan keadaan akaun semasa kebanyakan ekonomi di rantau utama dunia serta suasana geopolitik di Timur Tengah yang semakin tidak menentu, katanya.

Pada tahun ini, ekonomi dunia terus berkembang di sebalik harga minyak mentah yang tinggi dan dasar monetari yang lebih ketat di negara-negara utama dunia.

Kegiatan ekonomi negara maju dijangka terus meningkat, dengan kawasan euro diunjurkan bertambah baik, disokong oleh sentimen pengguna dan perniagaan yang positif, sementara pertumbuhan di Jepun terus bertambah baik berikutan pengukuhan keyakinan perniagaan dan pengguna.

Ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda menjadi sederhana manakala Di kalangan negara membangun, pertumbuhan terus kukuh di China, India dan negara Asia lain dengan disokong oleh peningkatan eksport, pelaburan dan penggunaan.

Posted on September 1, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: