Malaysia mungkin ‘hilang’ pakar bank Islam


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Malaysia bakal berdepan dengan risiko kehilangan pakar-pakar perbankan Islam berikutan pertumbuhan pesat industri perbankan Islam dunia.Eksekutif Negara ABN AMRO, Harry Naysmith berkata, kehilangan pakar itu sedikit sebanyak akan menimbulkan masalah kepada industri perbankan tempatan untuk bergerak ke hadapan.

‘‘Bergerak ke hadapan, Malaysia akan mengeksport pekerja (pakar perbankan Islam) ke negara lain,’’ katanya dalam satu sesi perbincangan pada “Forum Kewangan Islam Malaysia – Penerbit dan Pelabur 2006” selama dua hari bermula di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bhd., Datuk Nazir Razak berkata, Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada pengurusan dana untuk menjadi pusat kewangan Islam, sebaliknya ia perlu memberi perhatian terhadap sumber manusia.

‘‘Kita perlu mempunyai pekerja yang mempunyai skil dan dana ke Malaysia,’’ jelasnya.

Nazir berkata, masa depan bukan hanya tertumpu kepada pelaburan di Malaysia tetapi ia juga membabitkan pelaburan di ASEAN dengan menjadikan negara sebagai pintu masuk.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Bhd., Datuk Abdul Hamidy Hafiz pula berkata, industri perbankan Islam tempatan perlu ‘keluar’ ketika pelabur asing memasuki negara ini.

Tambah beliau, Malaysia yang menawarkan perbankan Islam secara komprehensif tidak sepatutnya mengehadkan pasarannya kepada pasaran tempatan sebaliknya ia perlu diperluaskan ke pasaran antarabangsa.

Jelasnya, bank Islam akan kekal walaupun terdapat persaingan daripada bank konvensional berikutan pembukaan pasaran dan kini apa yang perlu dilakukan ialah memastikan produk yang ditawarkan diterima pasaran.

Posted on August 15, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: