Dr. Mahathir mahu aktif dalam perniagaan


Oleh YUSRI SAHATLANGKAWI 30 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan bagi mempromosikan budaya hidup yang lebih berkualiti kepada masyarakat.

Menurutnya, selepas berjaya membuka kedai roti ‘The Loaf’ di Telaga Harbour, Pantai Kok di sini, beliau bercadang membuka perkhidmatan dobi di pulau peranginan itu.

‘‘Saya juga bercadang mengajar dalam jurusan politik dan kewartawanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedai roti miliknya, di Pantai Kok hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pembabitannya dalam bidang perniagaan bagi merealisasikan konsep yang pernah dicanang ketika menjadi Perdana Menteri iaitu ‘kepimpinan melalui teladan’.

Menurutnya, beliau memang berminat dalam bidang perniagaan tetapi peluang untuk berniaga tidak boleh dilakukan ketika masih berada dalam kerajaan.

‘‘Sebagai Perdana Menteri, saya hanya suruh orang (berniaga) sahaja. Sekarang ini saya hendak cuba sendiri sebab dulu saya hanya pandai suruh orang.

‘‘Kita ada slogan kepimpinan melalui teladan dan apa yang saya lakukan ini kepimpinan melalui teladanlah,” katanya.

Mengenai projek perniagaan perkhidmatan dobi yang akan dijalankan itu, katanya, ia menggunakan konsep yang diamalkan oleh hotel-hotel di Jepun.

Katanya, perkhidmatan dobi di negara itu dianggap terbaik kerana ia dapat dilakukan dengan pantas dan kebersihannya terjamin.

‘‘Suatu hari ketika saya di Jepun, perkhidmatan dobi di sana dapat membersihkan pakaian saya dalam tempoh 20 minit,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau akan mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat dobi di negara ini untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Sumber Utusan-Online

Posted on July 31, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: