Alamku Alam Internet


$1.99 Go Daddy DomainsKini sudah 10 Tahun Kerajaan Malaysia menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan MSC Creative Multimedia Content Initiative (M-CMCI) dan berbilion bahkan milion peruntukan telah dibelanjakan untuk kemudahan capaian Internet samada di kotaraya atau di desa dengan bertapaknya MSC.

Peningkatan penggunaan internet dengan kemudahan jalur lebar atau DSL/ADSL misalnya memberi impak yang dapat menarik lebih ramai lagi pengguna internet dalam kehidupan sehariannya untuk meredah kepelbagaian maklumat samada hiburan,sukan,komunikasi,ilmiah,forum dan sebagainya.

Sedarkah anda hari ini pula,Kementerian Pelajaran meramalkan perbelanjaan RM2.3 bilion bagi membiayai inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jangkaan perbelanjaan projek ICT itu tidak termasuk peruntukan RM6.2 bilion untuk pembiayaan projek menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) kementerian sepanjang lima tahun akan datang.

Katanya, menerusi inisiatif itu, kementerian akan melaksanakan 22 projek utama berkaitan ICT bernilai RM220.3 juta tahun ini.

Menurutnya lagi daripada jumlah itu, 16 projek membabitkan pembangunan infrastruktur dan pembekalan perkakas, tiga projek pembangunan sistem dan aplikasi, manakala tiga lagi projek pembangunan perisian kursus untuk kegunaan guru di sekolah,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) pelan pembangunan strategik ICT antara Kementerian Pelajaran dan MSC Technology Centre Sdn Bhd (MSCTC) baru-baru ini.

Kementerian Pelajaran akan memberi keutamaan pembangunan infrastruktur penting seperti makmal komputer, pusat akses sekolah, pusat data dan sokongan, penggantian serta menaik taraf perkakas ICT di sekolah.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan internet yang ada di negara kita meningkat dari masa ke semasa bermula dari alam persekolahan dari sekolah rendah,menengah hingga ke universiti yang mana maklumat di internet adalah lebih pantas dan cepat di mana jua kita berada.

Justeru,pendedahan teknologi maklumat di peringkat sekolah lagi akan mampu bersaing dengan negara-negara maju nanti dalam mencapai wawasan 2020.

Dunia internet mempunyai kepelbagaian sumber dan maklumat yang tidak terbatas termasuk juga untuk mengikuti pelaburan secara online,pasaran matawang asing ,stock, komoditi, pengiklanan dan sebagainya di mana saja kita berada.

Posted on July 29, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: