Cari Duit Di Internet ?


Peter Bain Forex Trading Video Course

Apa yang ingin penulis utarakan disini tentang perbincangan Berdagang di Internet vs Program Menjana Wang Internet.

“Pendapatan Melalui Internet” …. mungkin sesetengah daripada anda mengganggapnya hanyalah sebagai sebuah mitos,khayalan,alam fantasi dan di atas angin . Percaya atau tidak bahawa internet boleh menghasilkan wang seperti mesin ATM ?. Anda menganggap… wang dari internet hanyalah merupakan sebuah penipuan semata-mata.Mungkin anda telah mengalaminya sendiri atau, mungkin rakan-rakan anda telah mengalaminya. Mengalami kerugian disebabkan melabur di program-program di internet.

Penulis memang tak nafikan, memang terdapat banyak program-program penipuan yang terdapat di internet..boleh dikatakan hampir 20% memang kedapatan. Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna, tidak ada langsung program yang benar-benar memberikan anda wang di internet.

Pada hemat penulis, internet adalah merupakan sebuah lombong emas yang besar yang masih belum di teroka sepenuhnya, terutamanya oleh rakyat malaysia.

Oleh itu, ilmu asas untuk menilai antara “kaca dan permata” haruslah didalami terlebih dahulu sebelum anda bertindak dan menceburkan diri di dalam dunia “penjanaan wang menerusi internet”.

Secara umumnya, terdapat 2 kaedah di dalam menjana wang di internet, iaitu:-

1) Perniagaan Internet

Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka walaupun berada beribu-ribu batu jauhnya.

Antara contoh perniagaan internet adalah seperti:-

-Menjual CD multimedia

 

-Menjual ebook [seperti www.belajarbahasarab.com , Study Skill ]

-Menjual Perisian-perisian [seperti www.coversoftware.com

-Menjual peta (seperti yang dilakukan oleh irfan khairi)

-Membuat Logo,Kad Kahwin

-Menjual Webhosting & nama domain (seperti www.namsahaz.com , www.godaddy.com

-Menjual buku (seperti www.maskahwin.com

-Menjual tikar (seperti www.tikarsarawak.com)

-Menjual ubat kuat (seperti www.AbangPOWER.com

-Menjual Resepi [seperti www.rahsiaroticanai.com

-Barangan Lelong [Seperti www.ebay.com]

-Seminar Rahsia Buat Duit [seperti www.saudagar.com

-Belajar Bahasa Inggeris Online [seperti www.English-Essentials.com

-Khidmat Peti Pos di USA [seperti www.usa2me.com

dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini biasanya adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika anda melakukan kaedah ini, iaitu.. membina perniagaan anda di internet seperti contoh-contoh yang saya nyatakan di atas, maka anda layak digelar sebagai “usahawan internet” dan tidak mustahil anda boleh menjadi kaya/jutawan dengan perniagaan tersebut.

Namun begitu, untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah mudah. Pelbagai ilmu perlu dipelajari, sama seperti anda membangunkan perniagaan konvensional.

Membangunkan perniagaan internet bukanlah semudah dengan hanya membangunkan website sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan di dalami seperti ilmu berkenaan pemasaran internet, “Search Engine Optimization(SEO) ” , “Writing Sales Letter”, “Building Web Credibility”, “Niche Market”.. dan bermacam-macam lagi.

Untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang membina perniagaan di internet, sertailah komuniti dan forum kami di Jejak Bisnes Online

2) Program Wang Internet

Ini adalah satu lagi kaedah menjana pendapatan secara online. Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu membina perniagaan internet.

Antara program-program wang penjanaan wang secara online yang popular adalah seperti:-

-Program Autosurf / Get Paid To Surf

-Get Paid to Read Email

-Get Paid to Survey http://www.paidsurveysonline.com

-Internet MLM / Matrix [ seperti www.golden-rmp.com

-Google Adsense

-Affiliate Program [seperti www.ideabisnesluarbiasa.com

-HYIP

-Doubler

-Randomizer seperti www.dollarrandomizer.com , www.money.alkiram.net atau www.myringgitsense.com

-Online Trading [seperti www.marketiva.com , www.easy-forex.com

-Internet Marketing [seperti www.empowerism.com dan bermacam-macam lagi

Anda boleh menyertai program ini, dan juga tidak mustahil anda menjadi kaya dengan menyertai program ini. Namun begitu, anda perlulah berhati-hati dan mesti bijak menilai program yang ingin anda sertai.Di sinilah anda perlukan mentor dan skill bagaimana menjana wang di internet.

Jika anda menjadi kaya dengan menyertai program-program seperti ini, syabas saya ucapkan, namun begitu, anda masih belum layak untuk digelar sebagai usahawan internet. Ini kerana, anda tidak melakukan sebarang urusan jual beli dan tiada produk yang diniagakan, malahan website tersebut juga bukanlah milik anda. Anda hanyalah merupakan ahli atau “players” bagi perniagaan internet (kaedah pertama mencari wang di internet) . Jika anda merasakan anda sudah cukup kaya dengan menyertai program-program penjanaan wang di internet, fikirkan pula hasil yang diperolehi oleh pemilik program tersebut.

Sekali lagi saya nasihatkan, berhati-hatilah jika anda ingin menyertai mana-mana program wang online. Jika anda kurang mahir atau masih ragu mengenai sesebuah program wang online, sertai komuniti kami dan dapatkan pandangan dan pengalaman dari mereka-mereka yang mahir di dalam dunia wang online ini.

Kesimpulannya, penjanaan wang secara online bukanlah suatu cerita dongeng. Sememangnya telah ramai yang berjaya menjadi jutawan dan memperolehi pendapatan mereka menerusi internet. Namun begitu, anda perlulah mempunyai ilmu dan bijak menganalisa kaedah mana yang benar dan sesuai dengan anda.

Diharapkan, selepas ini, tiada lagi kekeliruan bagi anda untuk membezakan antara “Perniagaan Internet” dan juga “Program Wang Internet”. Usahlah menganggap kesemua perniagan internet itu adalah sebuah perniagaan yang menipu. Zaman telah berubah, usah lah ketinggalan dengan perubahan masa dan jarak.

Kesimpulannya,apapun sesuatu sebelum kita bertindak sewajarnya dengan mendalami pengetahuan dan ilmu..Sekiranya anda ingin mencari seminar tentang bagaimana cara membuat atau menjana duit dari internet seperti mesin ATM disyorkan mengikuti seminar dalam kumpulan www.saudagar.com atau masuk di SINI.


<Klik Banner Untuk Menyertai Seminar Buat Duit Dengan Interner>

Posted on July 27, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: