Apa ada pada MLM?


Multilevel Marketing atau MLM memang `gah` diperkatakan..selepas itu konsep binary [berpasangan] atau matrix..semuanya adalah utk membina downline..atau jaringan dan rangkaian dalam bisnes..Konsep yang diperkenalkan adalah bagus dan baik sekiranya kita sama2 berpakat..memang benda cam ni memerlukan kepada pengaruh seseorang dan dpt mempengaruhi orang lain..dengan kata lain kena cari orang untuk mendapatkan komisyen atau point yang akan diberikan oleh syarikat tertentu yang menjalankan program ini.Siapakan orang yang berjaya..semestinya orang yang mempunyai pengaruh yang ramai seperti tokoh bisnes..tokoh agamawan…tokoh politik dan sebagainya..dan kumpulan yang membentuk komuniti..

Pandangan aku lah..masalah org melayu ni agak rumit dan sukar utk melaksanakan program cam ni..tidak dinafikan memang ada yang dah berjaya dengan program2 seperti ni..ada juga yang `terkena`..yang berjaya kena kepetahan bercakap dan dapat mempengaruhi seseorang dengan baik seperti memukau…yang tidak berjaya kerana kita yang tidak mendapatkan org dibwh kita..atau downline..semuanya boleh dijalankan secara offline atau online..skrg pun dah bercambah2 wujud di online program2 MLM..bermacam2 ada.

Konsep downline atau reffer

Refferral atau downline atau orang bwh juga salah satu membina jaringan selagi ada org dia bwh kita kita akan tetap mendapat komisyen yang akan diberikan oleh syarikat termasuk juga investment secara online atau menjualkan produk tertentu..sama juga cam broker..

Tujuan utama dalam membentuk konsep2 tersebut dalam alam bisnes adalah untuk mencapai seseorang itu bebas dari belenggu hutang atau kebebasan kewangan..sama2 mendapat keuntungan..bagi yang bekerja keras insyallah ada hasilnya..Kedapatan juga org yang tamak dan mementingkan dirinya saja kerana dia byk wang..misalnya menyertai program-program yang bersifat tawaran keuntungan yang besar dan pulangan yang tinggi..seperti pelaburan yang dijalankan secara online atau pelaburan berisiko tinggi [HYIP] atau program autosurf..hanya dengan membuka akauan atas dirinya 10 akauan misalnya..di akauan pertama mereka hanya laburkan minimal saja..dan dia akauan kedua,ketiga dan seterusnya dia akan masukkan atau sumbat semaksima yang mungkin utk mendptkan komisyen yang akan diberikan oleh kompeni tersebut semakin byk yang dilaburkan semakin byk lah dia dpt komisyen biasanya ditetapkan 12%,6%,5% dan sebagainya.

Terdapat juga yang tak menghiraukan ada bersifat tamak yang tak mahu nak menolong sesama kita.Orang memperkenalkan satu2 program investment misalnya..komisyen 12%..dah bagi link atau url yang ada no.refernya…kita hanya klik dan terus register…terus juga ke web utama yg tiada no.refer..Sebenarnya orang yang memperkenal tu memerlukan komisyen juga cam kita akan memperkenalkan kepada orang lain..tetap sama mendapat komisyen yang ditetapkan.Soalnya kenapa tidak mahu menolong sesama kita ? dia perkenalkan utk kita sama2 bebas wang dan sama berjaya..itu pun dia berusaha mendapatkan dan membongkar maklumat untuk membantu kita dan memberitahu cara2nya dan kaedahnya..kekadang kita tak ada masa nak bongkar satu2..ibarat kita tunggu suap…apa program yang menarik dan dpt hasil..ada masalah boleh dibincang dan sebagainya.Kenapa kita tidak mahu menolong dan berterima kasih kepadanya jika kita berjaya dan mendapatkan hasil?

Di pihak kompeni juga kalau nak runkan atau handle kan satu2 program secara online pun kekadang bukannya mudah..ribuan modal juga diperlukan..

Apapun semoga teknik kebebasan kewangan yang dilaungkan akan tercapai sekiranya kita memahami konsep downline atau refferral…sepakat membawa berkat..

Posted on July 26, 2006, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: