Punca ekonomi Melayu ketinggalan


Masalah ketirisan dalam perniagaan dan hak milik yang tidak dapat dikekalkan di dalam pegangan bumiputera antara punca menyebabkan kedudukan ekonomi orang Melayu di negara ini masih ketinggalan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang Melayu sebenarnya mempunyai banyak peluang perniagaan di negara ini, tetapi ia tidak dimanfaatkan dengan baik.

Katanya, kemampuan orang Melayu untuk memegang hak milik ekuiti saham dan sebagainya adalah sesuatu yang penting dilakukan kerana ini merupakan satu sumber penjana kekayaan.

“Bukan kerana kita gagal, tapi kerana kita sedar bahawa walaupun kita sudah berjaya di dalam beberapa aspek, tetapi kejayaan itu belum bersifat menyeluruh lagi dan matlamat-matlamat induk seperti matlamat asal Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai sepenuhnya.

“Ini juga membabitkan masalah ketirisan sebab banyak juga peluang perniagaan dan hak milik yang sudah mengalami kesan ketirisan tidak dapat dikekalkan di dalam pegangan kaum bumiputera,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri 2006 di Dataran Pekan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, ini bukan bereti bahawa melaksanakan DEB dan dasar-dasarnya sebelum itu telah menemui kegagalan.

Sebaliknya, katanya lagi, kerajaan telah berjaya melakukan beberapa perubahan besar kepada bangsa Melayu di negara ini menerusi DEB walapun memakan masa yang lebih lama daripada dijangkakan

Najib seterusnya memberitahu, masalah ekonomi Orang Melayu itu antaranya berpunca daripada sikap mereka sendiri yang tidak melihat prospek perniagaan dan ekonomi dalam jangka masa panjang.

“Dalam erti kata lain, kita tidak lihat sesuatu yang kita lakukan itu sebagai satu proses jangka masa yang lama dan kita tidak ambil perspektif jangka panjang dalam apa yang kita patut lakukan.

“Misalnya, jika kita beli saham di bawah tawaran saham awam (IPO), kita pegang saham itu dan dari itu, kita boleh dapat bukan sahaja dividen, tetapi bonus dan sebagainya. Ini merupakan salah satu punca kejayaan untuk kita,” katanya.

Posted on July 22, 2006, in Investment Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: