Belajar Forex ?


pengurusanrisiko

FOREX ? Apakah Forex..[Perkataan FOREX adalah berasal daripada Foreign Exchange atau Pertukaran Wang Asing dan merupakan pasaran kewangan terbesar dalam dunia. FX adalah pasaran yang terbuka dalam masa 24 jam setiap hari dan telah dianggarkan $1.8 Trillion perolehan setiap hari. Perolehan hebat ini adalah lebih daripada kombinasi semua pasaran-pasaran saham dunia setiap hari.]

Teringin juga nak menceritakan pengalaman dan berkongsi2 disini cam ne aku terjun dalam satu bidang bisnes perniagaan tukaran wang asing..minat juga pada mula..tapi aku tak lah pandai la..pening dan memeningkan gak lah benda cam ni..kena tgk chart dan boleh dikatakan ini adalah pengalaman dan ilmu baru bagi hidup aku..aku hanya belajar sekadar bertanya pak arab sini dan kawan di YM jer…sekadar kenal istilah..tahu buy/sell…cam tu la..kira basic2…ler..

Disamping itu tengok2 kat web,forum dan ebooks..tah apa2 la masa tu..hampir putus asa..juga sbb loss..maklumlah main hentam2 cam tue je.aku hanya pakai marketiva register pada dalam bulan 7 2005…sedar tak sedar dah setahun aku menemui bidang ni..selepas daftar terus main dan dipandu juga oleh beberapa rakan di YM pada masa tu…hanya dalam 2-4 bulan je main cam tu je…tgk pergerakan nombor tue je..apa2 indicator aku tak reti dan tak faham lagi masa tu..so,aku berenti jap disebabkan selalu loss je akhirnya..di platform Marketiva dia bagi modal free $5 utk.main live…dan $10k untuk main virtual…masa tu main live dpt..dlm tgk2 nombor dpt lah sehingga dalam $20 pastu Loss..jadi aku rilek jap sebab masa tu kalut dengan autosurf [tgk iklan web dpt komisyen] kira kita masa tu paling top aku join 12dailypro..beli pakej iklan $6 komisyen 12% sari..cukup 12 hari dpt.keluarkan modal dan untung…masa tu dpt juga lah buat side-income..paling tinggi aku dpt beli pakej dlm $500 je..upgrade dari untung2 yang lepas..lah..sbb aku abik untung dlm 30% yang selebihnya tambah pakej plak..memang best la masa..

Pelaburan yang berisiko tinggi atau HYIP pun aku join gak..macam2 cuba..kebanyakkan nya berkubur tak sampai 2-3 bulan pun..so,semuanya tak dpt bertahan sehingga hari ini..dan terakhir pada tahun lepas dalam bulan 11..sempat juga aku join SWISSCASH terbaca2 dalam forum nogold dan jumpa pak arab sini…sehingga hari ini masih bertahan..insyallah akan bertahan..dah semakin rancak sehingga ke saat ini..dan sekarang dah pun dpt untung dan balik modal.

Setelah 12dp tutup dan HYIP pun nampak tak dpt bertahan aku mencari jalan dan merebut peluang di FOREX dengan belajar secara perlahan dan menghayati dengan baik..dan nampak memang dpt buat side-income juga ni kalau betul terror le…pentingnya FOREX itu bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini di samping tidak lupa utk berdoa kpd tuhan. Setelah kita mempelajari teknik2, kita berusaha utk memahaminya. setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba menggunakan virtual money semasa trading sbg latihan… jgn gusar dgn keadaan market, bertawakal setelah membuat keputusan. insya Allah kalau rezeki tak ke mana.Jika tiada ilmu, maka jadilah forex seperti taruhan atau perjudian.

Sebenarnya,Terdapat banyak teknik yang digunakan dalam dunia forex..kekadang boleh memeningkan kita kalau masih baru dalam dunia forex sekiranya kita tidak dapat memahami sesuatu teknik atau kaedah yang dipelajari.

Apapun semua teknik ada kelebihan dan kekurangan..Oleh itu..yang penting sekali adalah kita dapat trial and error dan sesuatu teknik..atau selalu mempelajari dan menganalisis dengan sebaik mungkin sebelum masuk posisi.

Ilmu adalah penting dalam forex. kelas hanya mengajar ilmu..pada pandangan aku ilmu forex hanya merangkumi 25% utk menguasai dunia forex. 25% lagi ialah timing kita enter market. 25% lagi kawalan emosi. 25% lagi ialah keadaan market.

Sebenarnya nak buat kelas forex senang. tetapi yang susah ialah memastikan pelajar2 faham utk menggunakan ilmu yang diajar. memag penting follow-up selepas kelas. persoalan2 perlu drungkai sebaiknya.

Situasi yang selalu timbul ialah: teknik yang diajar memberi keuntungan kpd guru yg mengajar, tp bila pelajar guna, tak menjadi. keadaan ini agak memberi tekanan sedikit kpd guru…mungkin itulah yang dikatakan REZEKI ALLAH yang bagi…

Setelah lama gak aku rehat kemudian adalah kawan di list kat YM dan selalu chat juga ngan dia dan berurusniaga e-gold masa 12dp tgh top..so,dia ajar aku cam ner..jadi aku semangat balik nak main..akauan aku masih lagi dpt login cam biasa dan dah verify..kemudian rasa perlukan guru untuk belajar…jadi aku mencari dan jumpa kat forum dengan nogold kelas FOREX bayaran hanya $100 je seumur hidup..sambil2 tanya kawan2 di list YM aku yang dah join..dan kemudian aku join lah..situ lah aku belajar secara online..dan cuba..kini boleh dikatakan alhamdulillah kerugian dapat dikurangkan kalau berbanding dengan dulu.sehingga kini aku masih belajar dan mencuba analisis keberkesanan sistem yang dia bagi..

Posted on July 21, 2006, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: