Disiplin Dalam FOREX


Panduan Umum dalam urusniaga FOREX.Bagaimana untuk BERDISIPLIN ?

1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
– Bila anda akan masuk/keluar pasaran,
– Bila anda akan menjual kerugian,
– Dimana had maximum keuntungan anda.

2. Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.

3. Fokuskan perhatian pada modal
Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis di telan margin sahaja.

4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss anda, dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.

5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai segera closed. Biarka lah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.

6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!Ibarat kata kita tiada seni dalam forex kalau hanya semata-mata mengharapkan signal

7. Buat catatan trading
Ketika membeli stok, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.

8. Ketika was-was jangan masuk pasaran
Ketika anda tidak tahu ke mana market akan berjalan, cuba lah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.

9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.

10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit

11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.

12. Memperhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa ‘chart’, kita harus juga memperhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu ‘pivot’, ‘support’ dan apa itu ‘resistant’ serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.Website news: http://www.forexnews.com

13. Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.
Biasakan untuk menggunakan salah satu metode yg anda kuasai untuk bermain forex.
Perlu diingat juga ketika memasuki forex, kita semua harus punya strategi yang baik, selalu memasang stop loss disetiap trade. Setiap trader mempunyai batas toleransi masing-masing terhadap ‘loss’ yang sanggup diterima yang bergantung kepada jumlah ‘capital’ yangg dimiliki masing-masing.

14. Mula dengan Virtual Trading
Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex! kecuali anda telah biasa dengan pasaran saham.
Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir!
Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda disiplin.90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup! Money management sangat penting dalam bermain forex!

Posted on July 15, 2006, in Belajar Forex Marketiva, Forex Trading. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: