Rela ditumbuk daripada dicaci


Zinedine Zidane (kanan) tenang menjawab soalan Michel Denisot mengenai insiden hantukan ke atas Marco Metarazzi dalam rancangan temu bual televisyen di Paris, kelmarin. – Reuters.

Misteri Zinedine Zidane masih belum telerai. Dalam komen sulung yang dinanti-nantikan sejak perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, ketua pasukan Perancis itu hanya menjelaskan sebahagian daripada sebab mengapa dia menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi: Cacian kesat berulang terhadap ibu dan adik perempuannya.

Bagaimanapun Zidane tidak menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi, yang sebelum ini bersumpah tidak pernah mencaci ibu Zidane.

Tenang dan bercakap lembut, Zidane berkali-kali memohon maaf kepada peminat, terutama kanak-kanak dalam temu bual kelmarin – tiga hari selepas kejadian ganas itu berlaku.

‘‘Apa pun, saya hanya manusia,” kata Zidane.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu tidak menyesal dengan hantukan yang telah mengakhiri karier profesionalnya selama 18 tahun.

‘‘Saya memberitahu diri sendiri, jika kejadian sebegini berlaku, ia disebabkan ada `sesuatu’ di luar sana yang menetapkannya begitu.

‘‘Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya,” katanya kepada televisyen TF1.

Zidane enggan menjawab soalan tentang apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi.

‘‘Saya lebih suka rahang saya ditumbuk daripada mendengarnya,” katanya kepada saluran Canal Plus, sambil menegaskan bahawa bahasa Materazzi ‘amat kesat’ dan dia mengulangi cacian itu berkali-kali.

Zidane dan Materazzi berbalas cakap selepas Itali mematahkan satu serangan Perancis. Beberapa saat kemudian, Zidane membongkokkan badan dan menyondol dada Materazzi, menyebabkan dia rebah di padang.

Ketua pasukan Perancis itu bagaimanaoun menegaskan, dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu ‘kerana ia membuktikan apa yang diperkatakan oleh Materazzi adalah benar.’

‘‘Tindakan saya tidak boleh dimaafkan tetapi mereka mesti menghukum pihak sebenar yang bersalah dan orangnya ialah yang mencetuskannya,” katanya.

Materazzi pernah mengakui dia mencaci Zidane tanpa menjelaskan secara khusus.AP

Komen : Pemain Italy menggunakan serangan dan taktik psikologi untuk meraihkan piala dunia tahun ini.Kalau tak kenapa tiba-tiba Zidane mengantuk kepala di dada Materazzi.Serangan cacian ini memang lah sapa2 pun mesti berang kalau cacian dengan agama..keturunan..keluarga..mak bapak..semua manusia punyai perasaan.Rasanya ini bukan sekali dua..bahkan banyak kali melakukan serangan cacian ni…Kalau tgk corak permainan pasukan Italy bukannya best pun..[aku bukan sokong mana2 pun skadar komen dan pemerhati di dunia luar] hehe

Posted on July 14, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: